Cerita lucu anak dalam kereta | Hari ini saya cukup sibuk di ofis. Pertama, saya tersilap tengok jadual lalu terabai artikel untuk ruangan Harapan Negara.
Ini bukan kejadian pertama, mujurlah ada Suziana Che Will yang telah mendahulukan artikel untuk bilangan 1557. Macam tak berapa nak faham kan, artikellah… tersalah tengok jaduallah… bilanganlah…
Isk! Sebenarnya itu proses kerja di meja Mingguan Wanita. Dalam entri yang lain akan diterangkan bagaimana cara kerjanya kelak.
Setengah hari itu, saya berjaya menyudahkan artikel harapan negara.
Kisah pelajar perubatan Mesir yang terpaksa pulang awal ke tanah air kerana pergolakan di kawasan universitinya dekat Tanta.
Ketika melintasi meja Mama Ita, pengendali web dan fanpage Pa n Ma (maaf Mama Ita, saya tak pasti sangat jawatan sebenar Mama Ita sekarang) saya tersangkut seketika di situ.
Cerita Seronoknya Ada Blog
Mulalah bercerita tentang keseronokan berblogging. Sedar tak sedar, rupanya cerita saya membuatkan Mama Ita kembali terpesona mahu memasukkan entri baru dalam blognya yang terpendam lama. Bukan Mama Ita saja, Nor Pa n Ma pun teruja sama.
Memujuk-mujuk manja agar saya mengajarnya cara-cara membuat blog secara percuma ini.
Sebelum ini pun saya telah bermurah hati membuatkan blog untuk beberapa orang teman. Dan akhirnya blog mereka, sama sahaja macam saya dahulu. Terpendam bak gunung berapi tak aktif. Laharnya sahaja menggelegak di dasar. Tak sampai-sampai pun ke puncak untuk diletuskan.
Rupanya ketika saya kembali ke meja, Mama Ita sudah selesai memasukkan entri baru. Nama blognya juga telah ditukar ke tajuk yang lebih menyengat dan mantap.
Paling seronok Mama Ita sudi berkongsi kisah kami dalam blognya, nitasawal.blogspot.com aka travelog supermama. Terima kasih, Mama Ita. Seronok bila dapat membangkitkan semangat juang di kalangan teman-teman.
Pulang ke rumah, saya ambil anak-anak dari rumah mak. Dalam kereta, anak-anak memang banyak ragamnya. Paling tidak Mirza dan Zarif akan berperang-perang bak ultraman dan raksasa. Huh! Bikin pening kepala ibu saja.
Dalam Kereta Dengan Anak-anak
Bagi mengelakkan mereka naik syeikh, ibu beri soal jawab yang kononnya mencabar minda anak-anak dalam kereta.
Situasi 1 – Semasa menanti lampu merah bertukar hijau di lampu isyarat.
Ibu : Mirza traffic light dalam bahasa Inggeris apa?
Mirza : (Berfikir panjang. Lama dia termenung…) Jem! (Sambungnya riang)
Ayah : Hahaha… betullah tu jawapannya.
Ibu : ????
Situasi 2 – Kenderaan yang dipandu en suami semakin menghampiri rumah.
Ibu : Siapa tahu ayah dalam bahasa Inggeris apa?
Mirza : Father!
Ibu : Kalau Ibu?
Mirza : Mother!
Ibu : Abang?
Mirza : Brother!
Ibu : Kakak apa?
Mirza : Sister!
Ibu : Kalau pakcik pula apa?
Zarif : Kau ada? (Dengan muka selamba).
Ibu & Mirza : ????
Macam-macamkan perangai anak-anak kita. Momen sebegini sayang kalau tak disimpan dalam bentuk catatan. Sengaja saya kongsi supaya bila mereka membesar, mereka tahu perangai nakal yang buatkan ibu hampir jadi raksasa.
Tapi malam ini saya bersyukur, kerana anak-anak mendengar kata. Mirza sempat tolong ibu sapu sampah dan lipat baju yang menggunung macam bangunan KLCC. Zarif pula masih bersemangat memastikan biliknya kemas dan bersih.
Janji ada kata-kata Zarif hebat! dari mulut ibu, cepat saja anak kedua saya itu mendengar kata.
Memikirkan karenah anak-anak jugalah membuatkan saya sedikit fobia hendak membawa mereka makan di kedai. Terlalu banyak kenangan tak sedap terjadi ketika membawa mereka ke tempat-tempat sebegitu.
Barangkali saya perlu belajar lebih gigih lagi mencari kemahiran terbaik mengendalikan perangai anak-anak yang suka bereksplorasi itu.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 3 September 2013
Baca juga :
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
terima kasih nett sbb membakar semangatku semula.. hehe tk kisah lh apa jwtan aku yg pasti bukan org magazine to digital hihihi
terima kasih nett sbb membakar semangatku semula.. hehe tk kisah lh apa jwtan aku yg pasti bukan org magazine to digital hihihi