Belajar jadi isteri baik sesabar Mizz Nina | Berita perpisahan pasangan idola Mizz Nina dan Noh Hujan sudahpun diketahui umum.
Selama 11 tahun menjadi pasangan suami isteri, malah menjadi idola rumah tangga muslim yang sweet.
Terkejut sebenarnya bila dengar berita sedih yang berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti ini. Kerana, dalam melayari kehidupan bersama suami segala kemungkinan boleh terjadi.
Namun, apa yang menggetarkan hati adalah cara bagaimana Mizz Nina berdepan konflik rumah tangganya, sehinggalah saat mengumumkan berita perpisahannya.
Biar pun tidak lagi bergelar isteri, masih lagi ada perasaan hormat bekas suami sebagai kawan.
Mizz Nina juga mengumumkan berita sedih dengan permohonan agar mendoakannya dan Noh. Tidak mahu digembar-gemburkan punca perpecahan rumah tangganya.
Kerana bimbang ianya akan menjadi fitnah dunia. Indah cara Mizz Nina menangani ujian perkahwinannya yang retak.
Ciri-ciri Isteri Yang Baik
Menjadi isteri baik itu idaman setiap wanita. Tanyalah pada mana-mana isteri sekalipun, memang akan terdetik perasaan sebegini.
Isteri akan tenang dan baik emosinya bila mana suami faham bagaimana untuk menenangkan hatinya. Pada saya kuncinya, tetap pada seorang suami.
Hormati Suami Selagi Dia Layak Dihormati
Maksud saya di sini, selagi suami masih berada di landasan agamanya maka patuhi dan ikutilah apa yang diharapkan. Suami ini ada ketikanya, dia tidak suka kita membicarakan akan kelemahan dirinya.
Pantang dia nak dengar. Mungkin egonya tercabar.
Tetapi, tidak bermakna isteri tak boleh menegur. Tegurlah suami dengan cara yang baik ibarat menarik rambut di dalam tepung.
Tidak melukai hati suami, dan tentu sekali tidak melukai hati kita sendiri.
Bersabar Dengan Ujian Rumah Tangga
Ada orang dianugerahkan suami yang bengis, pemarah. Ada pula bersuamikan seorang lelaki yang penyayang. Ikutlah rezeki jodoh yang tuhan berikan pada seorang wanita.
Apa pun hidup berumah tangga ini memang banyak sekali ujiannya. Kadangkala, salah picit ubat gigi pun boleh jadi gaduh. Itu belum lagi hal yang besar-besar.
Betullah dalam hubungan rumah tangga ini memang akan ada fasa-fasanya. Fasa awal kahwin, masa ini memang berdarah muda betul. Pantang silap sikit nak melenting.
Telefon tak angkat pun boleh jadi masam muka berhari-hari.
Fasa matang pun ada juga ujiannya. Walau pun suami isteri akan lebih ‘cool’ menerima ujian hidup tetaplah ada turun naiknya kesabaran itu.
Kursus ESQ Mengubah Pandangan Seorang Isteri
Saya masih ingat satu kejadian selepas melahirkan anak kedua. Masa itu bila pandang je wajah suami, ada saja yang saya tak puas hati. Sekejap-sekejap merajuk, sekejap-sekejap mengungkit.
Sehinggalah suatu hari, ofis saya membuat kursus ESQ untuk setiap stafnya. Kami berdua bekerja di pejabat yang sama. Jadi, dapatlah kelebihan itu untuk kami manfaatkan.
Pada hari pertama berkursus itulah saya tersedar akan hakikat diri yang ‘saya ini sebenarnya tidak punya apa-apa’.
- Lahir-lahir pun kosong tak bawa apa-apa.
- Bila dah kembali padaNya nanti pun sama, tak bawa apa-apa.
Dari situ, bermula titik tolak perubahan yang besar dalam hubungan rumah tangga. Saya yang degil ini belajar sedikit demi sedikit jadi isteri baik.
Dan macam yang saya sebutkan tadi, suami jugalah yang memainkan peranan untuk melentur hati isterinya menjadi baik lagi tenang.
Baca : Tips bahagia dengan pasangan, suami rajinlah di dapur
Anugerah Eksklusif Seorang Isteri Baik
Saya pernah tanyakan pada mak. “Mak kalau abah meninggal, mak kahwin lain tak?” Mak jawab mak takkan buat macam itu. Sebab perkahwinan bagi mak cuma sekali.
Alhamdulillah, jodoh mak dengan abah panjang. Moga mak abah direstui tuhan sentiasa.
Begitupun pada saya, suami ini adalah anugerah yang tuhan berikan pada seorang wanita. Tentunya kehadirannya itu untuk melengkapkan apa yang kita tiada.
Dan sebagaimana Allah menciptakan pasangan dari jenisnya sendiri. Selagi masih boleh berkomunikasi, berkasih sayang dan melaksanakan tanggungjawab, selagi itulah kita jaga sebaik-baiknya.
Kerana hati setiap orang itu tuhan yang pegang. Misterinya mahu menebak hati pasangan. Walau dah berpuluh tahun kahwin pun masih gagal meneka-neka apa yang ada dalam hatinya.
Sebab apa.. sebab hati manusia Allah yang genggam. Jadi, doalah senjata terbaik untuk melembutkan hati pasangan.
Doa Rabitah dalam al-Mathurat itu pun bagus untuk jadi amalan suami isteri.
Sebut dalam bahasa Melayu, dan bila-bila masa saja pun boleh. Nak lagi cepat, bacakan terus doa depan-depan pasangan. Kata-kata tu pun doakan.
Belajar Jadi Isteri Yang Sabar
Sampai hari ini pun, nak menjadi isteri baik yang sabar itu terlalu struggle bagi saya. Sabar itu kan sebahagian daripada iman. Jadi, kalaulah ada hal yang semacam tidak berpuas hati.
Tapi, jika diluahkan akan menjadi punca pergaduhan. Kadangkala mendiamkan itu lebih baik bagi saya.
Dan akhirnya, berdoalah semoga Allah buka jalan untuk penyelesaian di setiap kekusutan yang berlaku. Minta sungguh-sungguh dan spesifik.
InsyaAllah, ada solusinya untuk menjadi isteri baik dan bersyukur pada pasangan.
Isteri Baik Tak Berkira Dengan Suami
Part yang satu ini saya memang akui saya lemah betul. Kadang-kadang sengaja atau tidak akan jadi ter’berkira’ juga dengan suami sendiri.
Padahal faham dah kalau isteri bersedekah kepada suaminya, isteri akan dapat dua pahala. Satu pahala sedekah, satu lagi pahala sedekah pada suami.
Haa.. banyakkan tu cara nak dapat pahala isteri baik lagi solehah itu.
Moga berjayalah saya menjadi isteri yang tak berkira dengan pasangan dengan jayanya nanti. Amin.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis