kasut-lucca-vudor

Selesanya Kasut Lucca Vudor, MEWAH Bila Dipakai

Kasut Lucca Vudor, selesa, terasa mewah bila dipakai | Aidilfitri lalu, bukan saja saya meraikan lebaran dalam kejutan, malah saya sendiri ‘terkejut’ dengan diri sendiri.

Dah lama sebenarnya tak membeli kasut yang ada ‘inci’ ini. Selalunya saya selesa saja pakai kasut flat. Tapi sebab nak merasai keselesaan kasut Lucca Vudor review daripada kawan-kawan blogger, saya pun trylah juga.

Kasut Pam Lucca Vudor Singapore ini saya pilih tentunya mengikut citarasa saya. Entah kenapa, saya suka betul kasut perempuan yang ada aksesori dekat bahagian depan.

Bukan saja saya terpesona dengan reben biru pada kasut pam ini, malah kagum betul dengan keselesaannya dan kasut cantik wanita bila kali pertama memakainya.

Dia punya lembut tapak dalam kasut ini memang tip top.

Ada Sebab Kasut Lucca Vudor Selesa Dipakai

Lucca Vudor ini simbol kasut mewah buatan tangan yang dihasilkan secara tradisional oleh tukang kasut mahir Itali. Maksudnya di sini, kasut yang direka khas ini benar-benar dibuat untuk memberi keselesaan kepada penggunanya tanpa mengabaikan perincian gaya.

  1. Kasut kulit selesa ini direka khas daripada kulit anak lembu/kambing yang berkualiti tinggi. Sangat selesa, lembut dan memberikan ruang kaki untuk bernafas.
  2. Terdapat juga ruang tambahan untuk jari kaki yang halus. Bermakna, tiada luka atau gosokan yang menyakitkan.
  3. Ada insole kusyen khas yang direka khas untuk memberi sokongan kepada pemakai wanita.
kasut-lucca-vudor
Bukan saja designnya cantik, kasut ini sangat selesa bila dipakai.

Paling saya suka tentang kasut kulit perempuan ini. Ianya tersangatlah lembut dan gerenti tak memberi kesakitan atau kesan melecet pada kawasan buku lali.

Orang kata, kalau beli kasut baru tu kena gigit dulu kan. Sebelum dia gigit kita.. haa.. kasut Lucca Vudor ni tak payah buat petua macam tu. Memang takkan jadi melepuh-melepuh kaki ni.

Sebab itulah, disebut kasut mewah. Bukan sekadar berbaloi membeli malah kualitinya terjaga.

kasut-lucca-vudor

Cara Ukur Saiz Kasut Online

Kadang sudah hati kan beli kasut online ini. Bimbang tak sama saiz pula. Jenama kasut ini menggunakan saiz Asia/Eropah.

Jadi boleh rujuk carta di bawah untuk ketahui cara ukur kaki untuk beli kasut online. Semoga memudahkan pembelian anda ya.

Baca : Safi Shayla tonik berkesan melebatkan rambut gugur

Penghantaran Percuma Untuk Belian Kasut Online

Sekiranya membuat pembelian secara online, penghantaran percuma diberikan kepada pelanggan dari Malaysia dan Singapura.

Katakan kasut Lucca Vudor Malaysia online yang dibeli tak ngam dengan saiz kaki. Anda sebenarnya boleh membuat pemulangan dan penggantian.

Untuk tahu syarat-syarat lainnya boleh rujuk sini : https://luccavudor.com/delivery-returns/

kasut-lucca-vudor

Mana Nak Dapatkan Kasut Lucca Vudor

Kasut berkualiti buatan Itali ini boleh anda dapati di :

Lucca Vudor Malaysia

Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Waktu operasi : 11.00AM HINGGA 7.00PM

Singapura

Lucca Vudor Suntec City #02-3463 Temasek Boulevard Singapore 038983Waktu operasi : 11.00AM HINGGA 8.30 PM 

Lucca Vudor Star Vista #01-30Envy And Pride1 Vista Exchange Green Singapore 138617Waktu operasi : 11.00AM HINGGA 9.00PM

Beauty World Centre #02-30Envy And Pride144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177Waktu operasi : 11.00AM HINGGA 7.00PM

Atau boleh saja buat belian secara dalam talian di : LUCCA VUDOR

Ini Pilihan Kasut Lucca Vudor Saya

Selalunya, saya memang selesa pakai flat atau sport shoes saja. Tiba-tiba tertarik nak mencari kelainan disamping reward diri sendiri.

Kadangkala, tak dapat gi spa atau memanjakan diri. Dapat kasut yang kita seronok pakai pun dah cukup menggembirakan hati.

Nak-nak diri sendiri bukanlah selalu ada peluang nak reward diri ini.

Kalau ada rezeki lebih itu, jangan lokek untuk diri sendiri ya. Hargailah momen itu dengan mencari apa yang kita suka (semampu diri sendiri). Jangan pula sampai memaksa diri.

Jenis-jenis Kasut Yang Ada Di Lucca Vudor

Untuk yang sedang mencari kasut idaman, boleh rujuk di sini. Ada beberapa jenis kasut mewah Lucca Vudor. Anda boleh tengok sambil layan perasaan di websitenya.

Antara yang ada,

Lebih mudah untuk anda membuat pilihan kerana di setiap kasut yang terpamer disertakan keterangan yang jelas akan material kasut tersebut.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!