jual-balik-emas-public-gold

Cara Jual Balik Emas Public Gold (Fizikal)

Cara jual balik emas Public Gold (Fizikal). Saya kira sebulan setengah lalu, saya ada kongsikan status WhatsApp mahu melepaskan emas peribadi.

Ini pengalaman pertama saya menjual semula emas ketul yang ada di tangan. Sebelum ini, kalau nak guna duit saya letak saja di Ar-Rahnu Xโ€™Change Seksyen 18, Shah Alam.

Rupanya bila hendak jual balik emas gold bar ini tak semua Ar Rahnu akan terima. Hanya pajak gadai Islam tertentu saja yang ambil. Hajat hati nak jual gold bar di tangan.

Jual Emas Public Gold (Fizikal) Di Cawangan & HQ Public Gold

Dimana boleh jual emas Public Gold ini : Antara yang saya temui hasil google adalah menjual semula emas PG di cawangan atau HQ Public Gold. Ada 18 cawangan PG di seluruh Malaysia dan Singapura.

Kalau ada akaun emas GAP, boleh buat secara online.

Tapi cara ini saya tak tahu. Sebab tak ada akaun GAP. Cuma saya pernah hubungi ejen di cawangan Public Gold. Sampai ke sudah tidak berangkat.

Jadinya niat untuk meneruskan menjual emas gold bar 99.9 di cawangan Public Gold saya tahan dahulu.

Apabila hendak menjual emas di Public Gold, saya lakukan rujukan harga emas jual balik di laman web Public Gold dahulu. Waktu saya mahu jual balik emas Public Gold itu harga yang PG beli dalam RM2400++ untuk 10 gram.

Ketika saya menulis ini, harga emas 24K sedang naik seperti gambar di bawah.

jual-balik-emas-public-gold

Jual Balik Emas Public Gold Di Ar-Rahnu YaPEIM

Jika ada hajat mahu tahu cara jual emas di Ar Rahnu YaPEIM, sebaiknya hubungi AR Rahnu YaPEIM berdekatan dengan tempat anda dahulu. Kerana menurut rakan saya yang juga PR YaPEIM bukan semua cawangannya yang membeli emas PG.

Waktu itu, saya ada juga hubungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM online.

Prosedur Jual Emas Di Ar Rahnu YaPEIM

Daripada maklumannya, setiap emas gold bar yang dibeli dan bukan dari produk YaPEIM. Emas tersebut akan dipotong untuk menguji ketulenannya.

Itu SOP mereka.

Dan waktu itu, harga yang mereka ambil untuk pembelian emas Public Gold jenis gold bar ini pun sekitar RM2400++ untuk 10 gram.

Kiranya, lebih mahal berbanding ar-rahnu lain yang pernah saya hubungi. Ada yang menawarkan dalam RM2200 bagi 10 gram gold bar PG. Saya hampir menghantarnya ke sana, sebab masa itu macam tak nampak jalan nak jual kat mana.

Mengenangkan emas PG saya ini mahu dipotong ketika proses penjualan, saya hold dahulu niat mahu jual balik emas Public Gold ini di YaPEIM.

Namun, jika anda ada emas gold bar YaPEIM dan mahu menjual di ar rahnu YaPEIM. Emas itu tidak akan dipotong. Kerana itu adalah produk mereka sendiri.

Untungnya, sebab cawangan YaPEIM ini ada banyak dan mudah untuk dijejak.

Inilah beza YaPEIM gold vs Public Gold bila membicarakan cara jual emas fizikalnya. Namun, setiap produk itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

jual-balik-emas-public-gold

Menjual Balik Emas Fizikal PG Kepada Orang Lain

Boleh bertanyakan pada rakan-rakan collector emas. Cuma, tak semua rakan gemar menyimpan emas jenis gold bar ini. Rata-rata rakan wanita gemar membeli barang kemas.

Satu lagi, jumlah gram nak jual balik emas Public Gold ini bukannya sedikit. Misalnya, 1gram atau 5 gram. Mungkin lebih mudah untuk collector membelinya.

Bila nak jual balik 10 gram ini agak mencabar sebenarnya kepada orang perseorangan.

Waktu itu saya meletakkan harga jual semula antara RM2600 ke RM2500 untuk 10 gram emas.

Ada juga yang sekadar joy buyer.

Tapi, saya ok saja. Sebab saya positif bahawa emas saya ini akan sampai ke tangan yang layak dengan harga yang terbaik untuk saya dan pembelinya.

Jika, sudah menetapkan matlamat sebegitu. Kita takkan sedih mahupun gundah berdepan dengan joy buyer ini.

Yakinlah dengan rezeki yang Allah mahu berikan pada kita.

Cara Jual Balik Emas Public Gold Kepada Orang Lain (Trusted Seller)

Hendak berjumpa dengan trusted seller emas ini juga bukannya mudah. Memerlukan kepercayaan dan keyakinan gituh. Hahaha..

Sebab kan sekarang ini bersepah scammer. Bukan sebab tak hati-hati, kadang dah hati-hati dah.. tapi itulah bila tuhan nak uji kan. Jadinya, berdoalah mohon sentiasa Allah lindung dari benda-benda tak baik ni.

Sebelum ini, saya pernah membeli emas dengan seller Abi Dzar ini. Saya kongsi kisahnya di โ€˜cara buat simpanan emas, sikit-sikit bertambah gramโ€™

Sajalah saya bertanyakan jika beliau membuat belian semula emas gold bar Public Gold.

Alhamdulillah, ada rupanya. Dan harga belian semula lebih tinggi daripada harga sepanjang misi saya hendak jual balik emas Public Gold saya ini.

Untuk 1 gram emas Public Gold itu nilai dibeli lebih dari nilai jualan yang saya pernah tawarkan.

Dan akhirnya emas saya pun bertukar tangan. Selepas melalui pelbagai usaha dan cara jual semula emas Public Gold yang panjang.

Alasan Kenapa Jual Emas

Okay, saya tak nafikan agak struggle juga sebenarnya nak jual balik emas fizikal ini. Tertanya-tanya juga emas Public Gold jual di mana?

Sebab dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan semua orang mampu untuk beli emas.
Orang pilih untuk menjual, atau bertahan dengan kewangan yang ada.

Dalam pada mencari jalan cara terbaik untuk menjual balik emas gold bar PG itulah, saya temui cara jual emas seperti yang dikongsikan di atas.

Setiap orang tentu ada alasan tersendiri kenapa mahu menjual emas dalam simpanannya. Kenapa tidak dilpajakkan di Ar Rahnu saja? Bukankah itu juga cara untuk mendapatkan duit.

Bagi saya jual balik emas sebab,

  • Ada keperluan untuk membuat pembayaran melibatkan hutang.
  • Saya tidak lagi bekerja tetap. Jika meletakkan di Ar-Rahnu bagi saya ia seakan menambah hutang sediaada. Betul di Ar-Rahnu akan dapat duit pinjaman antara 75% ke 65% dari jumlah emas yang disimpan di arrahnu.. Cuma setiap bulan/hari ada kadar upah simpan yang perlu dibayar. Upah simpan itulah nanti yang menjadi kebimbangan akan menyukarkan saya kelak.
  • Jika keperluan duit itu mahu dibuat berniaga, mungkin memajak emas di ar rahnu antara jalan yang boleh dipilih.
  • Akhirnya saya pilih untuk menjualnya. Walaupun Ya ampun.. sayangnya kat dia. (hanya collector emas yang faham perasaan ini.. hahaha)

Harga jual balik emas Public Gold ini lebih rendah dari harga beli. Sebab apa jadi macam itu.

Semakin lama saya semakin faham, yang emas ini ada susut nilainya (spread orang putih panggil). Kalau barang kemas nilai spread dia lagi besar berbanding gold bar.

Ada orang berasa rugi bila dia menjual emas. Iya, hal sebegitu boleh jadi bila mana dia baru setahun dua membuat simpanan emas.

Kerana harga membelinya pada ketika harga emas semasa yang tinggi.

Jika, anda sudah membuat simpanan emas ketika harga 1 gram emas bersamaan RM175, menjual semula emas tidak menjadi satu kerugian.

Bayangkan jika individu itu menyimpan emas ketika harganya bawah RM100 lagi.

Apa pun dalam pada membuat simpanan emas, jika sudah cukup haul zakat emas. Janganlah lupa untuk membayarkan zakat.

Sekarang ini lebih mudah, boleh buat kiraan zakat secara online di laman berautoriti.

Bermula Dengan Simpan Duit Gaji Kecil Untuk Beli Emas

Walaupun bergaji kecil boleh sebenarnya jika sudah bertekad mahu membuat simpanan emas itu. Caranya beli dan kumpul 1 gram emas sebulan.

Anggaran harga semasa dalam RM268 (harga ini berubah ikut semasa) untuk segram.

Jika susah nak keluar sekali beratus, boleh cuba cara simpan duit RM5 yang saya tulis di entri lain dalam blog ini.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

6 Comments

  1. wawa azwa December 22, 2022
    • nettyahhiyer December 24, 2022
  2. Myzan December 22, 2022
  3. Sii Nurul January 1, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!