guna-secure2u

Guna Secure2u Pindahkan Duit Tabung Haji Ke Maybank

Guna Secure2u Maybank untuk pindahkan duit Tabung Haji ke Maybank2u | Baru-baru ini, saya cuba buat pemindahan duit Tabung Haji ke Maybank2u ikut cara yang biasa saya gunakan.

Hairan sebab tak lepas. Ada notifikasi minta saya update Secure2u.

Saya cuba lagi sampai dua kali transaksi. Dan kedua-duanya gagal. Tetap Maybank2u saya minta download juga aplikasi Maybank2u untuk aktifkan Secure2u.

Walhal sebelum ini, boleh saja saya buat pemindahan duit tabung haji ke Maybank dengan sistem TAC. Isk! Tetiba pulak tak berjaya.

Musykil sungguh!

Sebab tak berapa nak faham, saya pun hubungi Maybank untuk kepastian dan panduan penggunaan.

Daripada perbualan dengan pegawai Maybank tu fahamlah saya bahawa;

  • Secure2u ini sistem keselamatan Maybank yang baru dan sudah lama pun sebenarnya.
  • Akan digunapakai oleh semua pengguna Maybank, tetapi dijalankan secara berperingkat.
  • Dan akhirnya, sampailah masa saya perlu buat juga Secure2u, tiada pilihan. Kena buat juga.
  • Saya ingat bila ada secure2u, sistem TAC akan terhapus. Nampaknya, ada yang masih perlukan TAC.
  • Tapi untuk pemindahan Tabung Haji ke akaun lain boleh langsung guna Secure2u.

Memandangkan saya membuat pemindahan menggunakan komputer, jadi saya terang kan cara guna secure2u ini. Tetapi tetap perlu ada handphone di sisi untuk approval.

Maaf ya, saya tak pandai lagi cara buat pemindahan TH ke Maybank menggunakan handphone. Belum pernah cuba, dan tak berani lagi sebenarnya. Hihi..

Cara Aktifkan Secure2u

Mudah saja caranya,

  • Cari aplikasi Maybank di App Store (untuk pengguna iphone)
  • Download aplikasi Maybank di dalam telefon pintar anda. (Pastikan anda memang ada akaun Maybank2u ya. Kalau tiada, kenalah buat dulu)
  • Log in gunakan username dan password Maybank anda.
  • Nanti Secure2u akan teraktif dengan sendirinya.

Baca : Cara simpan duit Tabung Haji melalui Maybank2u

guna-secure2u

Kenapa Saya Gagal Pindahkan Duit Tabung Haji Ke Maybank Dengan Secure2u

Sebab yang dua kali gagal buat pemindahan duit tabung haji tu, kerana sebelumnya saya tiada aplikasi Maybank2u di handphone.

Rasa seram pulak nak buat transaksi online di phone. Nampak gayanya bank dah paksa pula. Kenalah buat sudahnya.

Setiap kali nak buat pemindahan, perlu log in di aplikasi Maybank2u di telefon pintar juga. Kalau tak log in dia tak lepas nak approve.

Bila dah download aplikasi Maybank tu, insyaAllah pemindahan boleh dibuat seperti biasa.

Baca : Cara transfer duit guna DuitNow Maybank

Cara Guna Secure2u Maybank Untuk Transfer Tabung Haji Ke Maybank

  • Log in Maybank di telefon.
  • Kemudian, saya buka website Maybank2u yang baru untuk transfer duit Tabung Haji ke Maybank
  • Buat pemindahan seperti biasa.
  • Nanti akan diminta untuk aktifkan nombor pun di Secure2u Maybank
  • Tengok di aplikasi Maybank di telefon pintar, tekan Secure2u.
  • Tekan approve.
  • Selesai.
  • Akan terus nampak duit Tabung Haji masuk ke akaun Maybank. (Tetapi kadangkala transaksi ini ambil masa juga dalam 24 jam. Bergantung pada sistem)

Dalam pada menggunakan sistem keselamatan Maybank2u ini, hadamkan juga cara melindungi diri dari terjebak phishing scam berkaitan bank.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!