cara-simpan-duit-gaji

Cara Simpan Duit Gaji RM1000 Sebulan

Biar pun Julai 2023 nanti, pekerja sudah menerima kenaikan duit gaji minimum RM1500 tetaplah belajar cara simpan duit gaji dengan betul.

Jika bermula menyimpan ketika gaji rendah. Malah, menetapkan tetapkan matlamat cara simpan duit untuk gaji kecil. InsyaAllah apabila pendapatan sudah mencecah RM3000 ke atas, anda mampu membuat tabungan RM1000 sebulan.

Dalam zaman ekonomi sekarang ini, pendapatan RM3000 sebenarnya kecil untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Ditambah inflasi kenaikan harga barang.

Namun, jika tahu cara simpan duit gaji 3000 sebulan dengan bijak. Tiada yang mustahil untuk memulakan strategi menyimpan duit gaji anda itu.

6 Cara Simpan Duit Gaji RM1000 Sebulan Dengan Berkesan

Marilah saya kongsikan cara menyimpan duit gaji kecil. Biarlah orang kata simpan duit gaji sikit-sikit, lama-lama simpanan jadi bukit.

Belajar Simpan Duit Dengan Gaji Kecil

Habit menyimpan duit dengan gaji kecil ini perlu pupuk dari hari pertama terima gaji lagi. Biarlah simpan sedikit asalkan membuat simpanan.

Anda perlu ada keyakinan untuk menggajikan diri sendiri sebelum menggajikan orang lain. Bermakna setiap gaji yang diperoleh. Sebanyak 10% pendapatan adalah untuk disimpan.

Katakan ketika itu anda mendapat gaji RM1000. 10% daripadanya sebanyak RM100 adalah simpanan untuk diri sendiri. (Jangan usik tau!)

Masukkan dalam platform ASB ataupun Tabung Haji.

Biarkan saja. Dalam Setahun anda sudah ada simpanan RM1200.
RM1200 x 5 = RM6000 (Ini tak termasuk jumlah dividen dan bonus ASB atau Tabung Haji yang anda akan peroleh)

Lima tahun tu sekejap je sebenarnya. Dalam tempoh itu, jika menerima kenaikan gaji, gandakanlah lagi simpanan gaji bulanan anda itu.

Ketika sudah bergaji RM3000, anda sudahpun ada sikap suka menyimpan. Dan 10% daripada RM3000 gaji itu adalah RM300.

Setahun saja sudah boleh menyimpan, RM3600.
RM3600 x 5 = RM18000.

Cara kiraan ini juga praktikal untuk simpan duit gaji 1500, 1200 mahupun RM500 sebulan.

Buat Jadual Simpanan Duit Simpan Dalam Tabung Ayam

Jika sebegitu sukar untuk meletakkan komitmen menyimpan yang besar. Sebagaimana yang dikongsikan CTOS, anda juga boleh membuat jadual simpan duit sendiri.

Mulakan dengan cara simpan duit gaji mengikut jumlah hari anda menyimpan.

Contoh :

  • Hari pertama simpan RM1
  • Hari kedua simpan RM2
  • Hari ketiga simpan RM3
  • dan seterusnya sehingga hari ke-52 anda simpan RM52.
  • Jika anda konsisten simpan duit gaji dengan cara ini, pada hari ke-52 nanti anda sudah ada simpanan sebanyak RM1378

Ini pun antara cara mudah untuk simpan duit pendapatan bulanan.

Tak nak simpan dalam bank, buh dalam tabung ayam dulu pun boleh kome. Janji mula buat simpanan. Kalau tak mula, penat je sembang ribu riban kome.

Usaha Gandakan Pendapatan Sampingan

Sekiranya pendapatan sedia ada cukup-cukup makan, berusahalah untuk menggandakan pendapatan sampingan. Samada berniaga mahupun bekerja part time sebagai rider e-hailing antara cara gandakan duit sedia ada di tangan.

Dari lebihan pendapatan ini anda boleh membuat simpanan pelaburan kewangan. Gaji tambahan ini antara cara mudah untuk simpan duit gaji bulanan yang boleh dipraktikkan.

Agar pelaburan yang dilaburkan menjadi. Gunakan kalkulator kira duit pelaburan dengan betul.

Gunakan savingscalculator.org ini membantu anda mengetahui dengan cepat jumlah wang yang anda simpan sepanjag tempoh pelaburan dibuat.

Dengan ini, anda tahu target simpanan anda. Mudahlah untuk anda memasukkan jumlah wang yang ingin didepositkan. Atau membuat pengeluaran secara berkala.

Belajar Berjimat Cermat Dalam Perbelanjaan Bulanan

Sungguh, dalam keadaan ekonomi sekarang. Ada diantara kita yang sudah sehabis berjimat cermat. Tetapi harga barang yang tinggi membuatkan sukarnya untuk melaksanakan petua berjimat dalam perbelanjaan bulanan.

Sebab itulah, pentingnya untuk membuat catatan. Kira-kira perbelanjaan bulanan keluarga.

Sama ada pendapatan digabungkan bersama suami, atau anda buatlah kira-kira perbelanjaan untuk bahagian anda sendiri.

Jika untuk diri sendiri. Kita lebih tahu mana satu keperluan yang penting, mana satu barang kehendak yang boleh ditangguhkan pembeliannya. Apabila anda berjaya mengecilkan komitmen bulanan, mudahlah untuk membuat kiraan belanja bulanan.

Paling penting anda tahu bagaimana cara jimat duit gaji yang diterima setiap bulan. Baik dari gaji bekerja part time atau pun full time.

simpan-duit-gaji-1000

Membuat catatan kira-kira perbelanjaan bulanan ini penting sebenarnya. Sebab anda akan tahu kemana sebenarnya duit gaji anda dibelanjakan.

Sebaiknya dalam bahagian pendapatan itu (ini selepas simpan 10% itu ya.) Ada agihan untuk perbelanjaan, simpanan bertarget (simpanan untuk anak-anak, simpan untuk bercuti dengan anak-anak) dan sedekah.

Tip yang boleh digunapakai untuk membolehkan membuat simpanan kira-kira RM1000 sebulan dengan gaji RM3000. Komitmen perbelanjaan bulanan perlulah tidak melebihi dari kadar 30%.

Apabila anda dapat mengawal perbelanjaan bulanan dengan betul. Anda boleh membuat simpanan duit gaji dengan baik dan berkesan.

Selagi Belum Mampu, Tahan Dahulu Niat Mahu Membeli Kereta

Jika cuma ada duit gaji RM1200. Tahanlah dulu hasrat untuk membeli kenderaan idaman hati. Percaya atau tidak, komitmen bulanan ansuran kenderaan boleh menghalang hasrat anda membuat simpanan duit gaji seperti yang dibayangkan.

Kereta ini tak macam rumah. Tiba-tiba saja boleh ‘semput’ di tengah jalan. Baru gaji RM1000 beli kereta idaman pulak. Kalaulah semput di tengah bulan.

Tentulah kos pembaikannya boleh mencecah diluar jangkaan. Aduhai!

Jika anda sedang membayar ansuran kenderaan. Usahakanlah untuk untuk memenuhi keperluan berhutang dengan mengikut syariat. Sekiranya membuat pembelian rumah atau kereta yang memerlukan pinjaman di bank.

Carilah pinjaman kewangan Islamik yang patuh syariah.

Beli Barang Tanpa Hutang

Membeli barang tanpa berhutang juga sebenarnya mampu mengurangkan komitmen ansuran bulanan anda. Tak perlu pening kepala nak memikirkan hutang ini.

Jadi, anda akan ada lebihan wang di tangan.

Boleh buat simpanan bertarget, jika mempunyai impian untuk memiliki sesuatu barang idaman. Sebaik capat target simpanan. Buatlah belian secara tunai.

Belajarlah untuk membeli mengikut kemampuan kewangan diri sendiri. Jangan membeli mengikut nafsu. Atau boros ketika membuat perbelanjaan.

Lebihan tunai di tangan, membolehkan anda membuat simpanan duit gaji melebihi sasaran. Mungkin bukan sekadar RM1000, anda boleh lagi membuat pelaburan kewangan yang lain dengannya.

Bolehkan diusahakan untuk mencuba cara simpan duit gaji 1000 ini.

Asal Ada Simpan Duit RM5 Dan RM20, Pun Berbaloi!

Jangan tak percaya, menabung duit RM5 pun boleh jadi satu cara simpan duit gaji kecil dengan berbaloi. Setiap hari takkan tak jumpa note RM5 kan.

Sure ada punya. Saya kongsi sini tips simpan duit RM5 paling praktikal.

Misalnya : Kalau setiap hari dapat simpan RM5 x 30 = RM150. Dalam setahun sudah berjaya kumpul RM1800. Ini pun antara cara menabung duit dengan cepat.

Baca juga :

Cara Simpan Duit Gaji Guna Kalkulator Savings Calculator

Dulu-dulu kalau nak simpan duit untuk target beli sesuatu kita masuk dalam tabung ayamkan. Lepas itu, tak tahu berapa jumlah. Tau-tau dah penuh baru pecahkan.

Sekarang ini dah mudah sebenarnya.

Boleh je guna Savings Calculator untuk buat sasaran simpanan duit gaji bulanan. Ada dua pendekatan cara membuat simpan kira yang anda boleh pilih.

Tetapkan matlamat jumlah simpanan setiap bulan.
Menetapkan masa simpanan yang diperlukan untuk mencapai sasaran jumlah simpanan.

Merujuk gambar di bawah, saya pilih untuk menetapkan berapa perlu saya simpan duit gaji setiap bulan.

cara-simpan-duit-gaji-dengan-betul
  • Matlamat saya adalah untuk menyimpan RM5000 dalam masa 5 tahun.
  • Masukkan info ‘your savings goal
  • Katakan current saving dalam bank anda sudah ada RM500
  • Masukkan interest rate (APR%) sebanyak 2%
  • Tetapkan tahun simpanan
  • Tekan calculate
  • Anda akan dapat jawapan dengan jadual simpan duit ini : cuma perlu simpan duit gaji sebanyak RM70.55 untuk mencapai target simpanan pendapatan anda itu.
Tags:

12 Comments

  1. abam kie January 3, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023
  2. Che Hasnida Hamid January 3, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023
  3. Mama Reen January 4, 2023
  4. Myzan January 4, 2023
    • nettyahhiyer January 4, 2023
  5. SR January 6, 2023
  6. Unyang March 19, 2024
    • nettyahhiyer August 17, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!