Ini pengalaman pertama walk-in jual gold bar di cawangan Public Gold Petaling Jaya atau dikenali juga Public Gold Sunway. Ini step saya buat.
Saya kongsikan di sini macam mana caranya nak jual gold bar Public Gold yang dah lama saya simpan ini ya. Kebetulannya waktu bulan puasa baru ni, syarikat PG (Public Gold) ada buat tawaran buyback emas Public Gold.
Iaitu membeli semula emas dengan harga emas yang tinggi. Harga emas 999 (gold bar) sebanyak RM275 per gram manakala emas 916 (barang kemas) sebanyak RM250 per gram.
Hubungi Cawangan Public Gold Untuk Panduan Jual Gold Bar
Sebelum walk-in ke cawangan Public Gold, saya whatsapp dahulu Public Gold di talian +6011 1095 2916. Bertanyakan cara jual semula emas saya di cawangan terdekat mereka.
Maklumkan pada person incharge yang saya bukan ejen jualan PG dan mohon panduan untuk menjual semula emas di Public Gold.
Kemudian, diminta untuk datang ke cawangan Public Gold terdekat dengan tempat saya untuk membuat urusan jual gold bar Public Gold saya tu.
Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa
Tak lama itu, saya pun pergilah ke Public Gold Sunway (Sebab lokasinya memang dekat dengan Sunway Pyramid). Nanti waze saja Public Gold Petaling Jaya.
Saya pergi awal pagi untuk mudahkan urusan. Pejabat cawangan PG ini buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (waktu hari bekerja).
Sampai saja di sana, naiklah ke pejabat PG. Ada en polis yang jaga, serahkan IC untuk dicheck dan tulislah maklumat dalam buku pelawat.
Terus ke kaunter dan serahkan dokumen yang diperlukan iaitu :
- Kad pengenalan
- Gold bar atau barang kemas anda
- Bank statement (tapi masa dekat kaunter, tak pula diminta. Ini keperluan yang dinyatakan di whatsapp)
Menurut pegawai bertugas, sekiranya item emas saya dari jenama Public Gold maka harga belian semula adalah mengikut harga emas Public Gold semasa di laman web PG.
Selain dari emas PG, harga beli gold bar atau barang kemas adalah mengikut apa yang tertera pada kertas depan saya itu.
Kemudian, saya diberikan kod dan log in untuk laman web Public Gold. Bermakna, kalau nak beli emas gold bar di laman web PG pun boleh buat sendiri.
Maka, hari itu saya dapatlah harga jual gold bar Public Gold lebih dari RM275 segram (ikut harga emas Public Gold hari tu di website).
Alhamdulillah, dapatlah buat belanja Hari Raya dan berkongsi duit raya dengan kesayangan.
Dalam tempoh 3 hari bekerja duit emas akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan.
Sekiranya, membuat urusan jual emas di HQ Public Gold, duit emas akan diperoleh dalam tempoh satu hari. Cuma, tidaklah saya ke ibu pejabat Public Gold yang terletak di Kuala Lumpur.
Senarai Lokasi Public Gold Di Selangor
Bagi anda yang berhajat mahu menjual emas di Public Gold Selangor, anda boleh menjejakkan kaki ke HQ dan cawangan Public Gold berdekatan yang berikut :
- HQ Public Gold : Public Gold Experience Center, Menara Public Gold @ TRX, Level 1
No. 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - PG cawangan Petaling Jaya : 8, Jalan PJS 8/6 (First Floor), Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
- PG cawangan Ampang KL : 12-G, Jalan Dagang, 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.
- PG cawangan Bangi, Selangor : No. 27, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Lebih Berbaloi Jika Melalui Ejen Public Gold
Sebaik sahaja saya selesai berurusan jual beli emas di Public Gold. Saya terbaca di facebook yang menyatakan lebih baik sekiranya ke pejabat PG dengan ditemani ejen PG bertauliah.
Akan lebih banyak info dan peluang menarik yang diperoleh.
Manalah saya tahu kan.. hahaha. Takpelah yang penting saya dapat pengalaman baru itu. Sebab sebelum ini, saya jual balik emas Public Gold tidak di pejabat PG.
Sebaliknya melalui orang perseorangan. Ini pun cara yang mudah juga untuk menjual emas anda. Saya kongsikan di sini tip jual emas Public Gold dengan peraih emas yang dipercayai.
Baca juga : Cara buat simpanan emas
Mencari Info Cara Menjual Gold Bar Di Ar Rahnu
Sewaktu dalam proses nak jual gold bar ini adalah beberapa kali saya Google dan hubungi beberapa ar rahnu sekitar Meru dan Shah Alam.
Untuk tahu berapa harga emas Public Gold yang mereka ambil jika mahu jual pada mereka.
Dan tidak semua ar rahnu yang beli semula emas ya. Yang saya tahu, YaPEIM, ar rahnu di Setia Alam dan ada juga di Shah Alam yang beli gold bar.
Cuma harganya berbeza ikut setiap ar rahnu.
Buat masa ini belum pernah lagilah jual gold bar di ar rahnu apatah lagi jual gold bar di kedai emas. Pengalaman pajak gadai emas bar di ar Rahnu pernahlah saya buat sewaktu masih bekerja.
Ketika itu, ada pendapatan bulanan dalam masa saya berjualan kecil-kecilan. Jadi, ada cash setiap bulan untuk bayar balik duit pinjaman di ar Rahnu.
Itu pun saya buat, sebab nak beli barang rumah cash. Tapi, bila dah jadi suri rumah ini taklah saya berani meletakkan emas di ar rahnu. Sebab, upah simpan harian itu tetap perlu dibayar juga.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
saya ada buka akaun GAP tp x terfikir nak jual lagi. mungkin bila pencen nanti nak jual la semua.
InsyaAllah.. berguna juga emas ni suatu hari nanti.