Penting untuk isi maklumat pembayaran Google Adsense payment ini sebenarnya. Tidaklah terlepas terima pendapatan Adsense.
Bila dah cukup USD100 pihak Google Adsense akan bayar blogger dengan payment method yang dipilih.
Saya pilih untuk isi kaedah pembayaran Adsense secara ‘payment wire trannsfer Google Adsense’ dengan bank Maybank Berhad.
Hadamkan Ini Sebelum Tahu Cara Isi Google Payment Method
Sebelum isi payment info itu, saya buat dulu tax declaration. Yang ini, saya buat lama dah. Caranya saya google saja info cara mengisi manage tax tu. Ada blog yang beri panduan khusus untuk melengkapkannya.
Tapi saya ‘tersangkut’ dekat payment info. Sebab tak faham nak isi SWIFT BIC tu.
Ada jugalah saya buka blog untuk hadamkan benda itu. Siap google, tengok Youtube, tapi tak faham jugak. Jadi saya minta bantuan daripada kak Azni.
Cara Setting Maklumat Pembayaran Google Adsense
- Mula-mula kenalah masuk di dashboard Google Adsense anda.
- Kemudian, klik bahagian Payments -> Payments info
- Klik Manage payment methods
Begini Masukkan Pembayaran Google Adsense Di Google Adsense
- Untuk masukkan maklumat pembayaran Google Adsense payment method ini akan diberikan pilihan sama ada mahu pilih ‘add new wire transfer details’ atau ‘add new Check details’
- Maka pilihlah klik ‘add new wire transfer details’ tu.
- Nanti dia akan keluar macam dekat gambar di atas.
Cara Mendapatkan Swift Code Bank Malaysia
- Isilah ikut maklumat data peribadi anda itu.
- Untuk isi kod Swift BIC tu anda boleh google untuk mendapatkannya. Taip saja ’swift code Malaysia’
- Tick ‘set as primary payment method‘
- Save
Baca juga : lulus google adsense lepas 4 bulan ada website
- Siaplah proses isi maklumat pembayaran Google Adsense.
- Akhirnya saya berjaya setting akaun bank tempatan (Malaysia) di Google Adsense.
Baca juga : surat pin adsense tidak sampai, akhirnya guna email
Saya tidak pasti pula tarikh tepat Adsense akan berikan bayaran kepada blogger. Sebab saya pun tak pernah dapat lagi. Hihi.. tapi daripada pembacaan antara 21hb ke 26hb (betulkan saya jika silap).
Tq kak azni modernmumthingy.com yang bantu saya siapkan isi maklumat payment method di Google Adsense.
Selamat menjana pendapatan.
Baca juga : Genap 2 tahun, pertama kali dapat duit dari google adsense