Mudah saja cara simpan duit tabung haji melalui Maybank2u ini. Tapi perkara pertama perlu diingat adalah, anda sudah mengaktifkan akaun Tijahari di Tabung Haji.
Kedua, anda sudah mengaktifkan akaun Tabung Haji di Maybank2u.
Bila semua itu dah aktif, maka secara automatiknya jumlah duit simpanan dalam Tabung Haji akan tertera di akaun Maybank2u yang baru.
Sebelum ini saya pernah kongsi cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank. Di situ, saya terangkan sekali macam mana nak aktifkan Tabung Haji dekat Maybank2u anda.
Berkongsi cara transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji ini, saya lebih suka guna Maybank2u yang baru sebenarnya. Caranya lebih mudah dan cepat.
Malah, kalau nak transfer duit guna DuitNow Maybank yang baru pun mudah. Sebab tak perlu no. akaun. Asal ada nombor telefon bimbit penerima dah lepas.
Ada juga saya terbaca, jika guna aplikasi Mae Maybank untuk transfer duit atau buat transaksi, pengguna boleh dapat rebate cashback. Menarik pulak.
Simpan Duit Tabung Haji Guna Maybank2u
- Login ke Maybank2u yang baru.
- Klik PAY & TRANSFER
- Tekan TABUNG HAJI
- Klik TRANSFER TO : (macam saya own Tabung Haji. sebab ni Tabung Haji sendiri. Kalau nak pindah ke Tabung Haji anak pun boleh)
- Tekan button Tabung Haji Account tu. Pastikan nombor akaun tu betul ya.
Akan keluar Transfer To Tabung Haji Account
- Periksa no akaun adalah betul
- Masukkan jumlah amaun yang mahu dipindahkan.
- Tentukan tarikh pemindahan : Today atau bila-bila
- Reference tu saya letak : Simpan TH
- Tekan button hijau TRANSFER
- Nanti akan ada permohonan TAC.
- Mohon untuk TAC dan isilah nombor yang dihantar dalam nombor telefon yang anda daftarkan. (Ingat! no TAC ni jangan kongsi dengan sesapa pun. Anda sorang je boleh tahu)
- Masukkan nombor TAC.
- Done.
Sebaik selesai buat pemindahan wang, dan anda semak jumlah transaksi pada Tabung Haji online, anda jangan panik bila amaunnya belum di update.
Kadang memang penyata itu lambat ter update. InsyaAllah, duit itu ada. Tak hilang pun jika ikut cara atas tu dengan betul.
Tak silap saya, ada masa itu penyata itu saya boleh terus nampak jumlahnya. Ada juga yang ambil masa sehari baru appear datanya.
Baca : Cara buat simpanan emas, sikit-sikit bertambah gram
Limit Transfer Maybank Ke Tabung Haji
Boleh rujuk carta di bawah untuk informasinya. Saya screenshot dari Maybank2u.
Bermakna transfer limit Maybank2u ke Tabung Haji boleh sampai RM15k sehari. Dengan pemindahan ‘instant’.
Saya paling maksimum pernah transfer ke Tabung Haji online pun cuma RM1000 saja. Jadi, tak dapatlah nak terangkan macam mana cara nak buat transaksi sehingga RM15k sehari itu.
Baca juga : Simpan RM5, cabaran menabung dengan gaji kecil
Kenapa Simpan Dalam Tabung Haji
- Simpanan Tabung Haji online ini antara alternatif yang boleh diambil. Salah satunya, tentunya simpanan untuk mencukupkan kewangan bagi membolehkan menunaikan haji bila sampai panggilan.
- Simpan duit Tabung Haji ini dah tak perlu risau bab zakat wang simpanan. Sebab Tabung Haji dah siap-siap kirakan untuk kita.
- Selebihnya, pada sayalah cara simpan duit di Tabung Haji ini antara yang susah untuk dikeluarkan
- Walaupun boleh buat pengeluaran online melalui Maybank. Selagi tak berapa nak perlu tu, biar sajalah di situ.
- Lagi pun, inilah simpanan kita itu untuk kegunaan akan-akan datang yang mendesak. Kita pun tak tahu kan masa depan macam mana.
- Kalau dapat duit i-Citra, Bantuan Khas Covid-19 (BKC), bantuan i-Suri KWSP atau lain-lain bantuan kerajaan itu. Janganlah semua dihabiskan untuk pembelian. Simpanlah paling tidak 10%.
- Biar je dalam Tabung Haji itu sehingga beberapa tahun akan datang. InsyaAllah, ada dividennya nanti.
Yassss.. Kita pun buat mcm ni gak… Senang.. Xyah nk pi pej TH dah
Sungguh.. takyah dah beratur panjang..