cara-keluarkan-duit-tabung-haji

3 Cara Keluarkan Duit Tabung Haji

Sebenarnya ada tiga cara keluarkan duit Tabung Haji iaitu; pengeluaran di kaunter, melalui mesin ATM dan pengeluaran secara online.

Lebih mudah jika duit tabung haji boleh dikeluarkan secara online. Sebab tak perlu keluar rumah mahupun menunggu giliran di kaunter.

Namun, jika anda tiada perbankan online. Perlulah berurusan di kaunter mahupun pergi ke mesin ATM terdekat di rumah anda untuk keluarkan duit Tabung Haji tu.

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Di Kaunter

Bagi pendeposit Tabung Haji yang mahu membuat pengeluaran di kaunter mereka boleh berurusan di Ibu Pejabat Tabung Haji atau cawangan Tabung Haji berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Ini senarai keperluan yang perlu dibawa semasa berurusan dengan Tabung Haji

  1. Pastikan anda bawa kad pengenalan (MyKad)
  2. Bawa juga buku bank Tabung Haji (Terbaru : sekarang ini dah tak perlu bawa buku TH ya. Sama juga kalau nak keluarkan duit anak, anda sebagai penamanya tak perlu bawa buku bank Tabung Haji anak. Cukup bawa MyKid atau MyKad anak)
  3. Ambil nombor pendaftaran di kaunter dahulu.
  4. Isi borang pengeluaran duit Tabung Haji
  5. Berurusan di kaunter, pegawai akan mencetak penyata terkini sebaik selesai urusan pengeluaran.
keluarkan duit tabung haji
Terkini: Untuk urusan pengeluaran duit Tabung Haji anak, ibu bapa tak perlu lagi membawa buku Tabung Haji anak-anak.

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Anak

Untuk membuat pengeluaran tabung haji anak, kaedahnya sama seperti di atas. Pastikan anda adalah pemegang amanah untuk akaun Tabung Haji anak anda.

Pastikan anda membawa bersama buku bank anak sewaktu berurusan di kaunter TH. Terkini, Tabung Haji umumkan tak perlu bawa buku akaun Tabung Haji untuk urusan pengeluaran.

Cukup bawa MyKad atau MyKid. Macam ASB kan, tak guna buku akaun dah.

Bagaimana pun, perlu anda ingat. Untuk membuat pengeluaran di kaunter memerlukan anda beratur panjang dan menunggu giliran. Jadi, bersedialah dari segi mental dan fizikal ya.

cara-keluarkan-duit-tabung-haji

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui ATM

Untuk membolehkan pengeluaran wang Tabung Haji di mesin ATM anda perlu menyambungkan akaun Tabung Haji dengan bank pilihan anda.

Antara yang boleh adalah Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Ambank.

Ini contoh untuk anda membuat pengeluaran Tabung Haji guna ATM Maybank.

  1. Masukkan kad di mesin ATM Maybank dan tekan no. pin anda.
  2. Pilih Tabung Haji / ASNB pada menu utama.
  3. Pilih Pengeluaran Tunai
  4. Pilih wang segera atau masukkan mana-mana amaun yang anda mahukan.
  5. Bila dah siap, tekan Ya

Untuk keluarkan duit Tabung Haji di Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Ambank, anda boleh gunakan kaedah yang sama.

Kaedah pengeluaran ini tak memerlukan anda beratur lama. Namun, tetap memerlukan anda keluar dari rumah.

keluarkan-duit-tabung haji
Kredit foto : Pexels by Polina Tankilevitch

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online

Ini merupakan kaedah pengeluaran duit Tabung Haji yang paling mudah. Sebab tak perlu keluar rumah dah transfer duit TH ke akaun bank anda sendiri.

Saya kongsikan pengeluaran duit online di entri ini; cara keluar duit tabung haji melalui Maybank. Saya kongsikan juga cara untuk menyambung (linkkan) akaun TH ke akaun bank anda.

Anda boleh lakukan pemindahan wang dengan menggunakan smartphone atau komputer di rumah. Dan duit akan terus diperoleh dalam tempoh yang singkat.

Ikut pengalaman sendiri, sebaik pemindahan wang TH ke akaun bank sendiri dibuat. Duit TH akan terus masuk ke bank dengan segera.

Tak perlu pun nak menunggu lama.

Sekiranya anda membuat pindahan duit Tabung Haji ke bank-bank lain secara online, tiada limit had pengeluaran dikenakan.

Bagaimanapun, anda perlu membuat penukaran limit pengeluaran TH di bank anda terlebih dahulu. Saya kongsikan cara tukar limit transfer TH ke Maybank di entri ini.

Had Pengeluaran Duit Tabung Haji

Setiap pengeluaran duit Tabung Haji di kaunter ada limitnya. Rujuk info ini untuk memudahkan urusan anda kelak.

Had Pengeluaran THBuat Pengeluaran Dimana & Cara Pindahan
TunaiMaksimum RM10,000Kaunter Tabung Haji, Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad, Uniteller Bank Rakyat secara tunai
Bukan TunaiMelebihi RM10,000Semua cawangan TH, Bank Islam Malaysia Berhad & Bank Rakyat secara pindahan telegrafik (untuk akaun dalam negara sahaja)
Sumber : Tabung Haji

Walaupun, ada ketika amat memerlukan duit sehingga perlu membuat pengeluaran di Tabung Haji. Sebaiknya buatlah simpanan Tabung Haji anda dengan baik.

Beruntungnya duit simpanan Tabung Haji ini sudah siap-siap dizakatkan. Jadi tak perlulah nak memikirkan cara untuk membayar zakat simpanan di situ.

Semoga impian untuk ke Tanah Suci kelak akan menjadi kenyataan.

Baca juga :

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!