semak-pelan-pemulihan-negara

Cara Semak Pelan Pemulihan Negara Ikut Fasa & Negeri

Info Pelan Pemulihan Negara yang disenaraikan mengikut negeri dan fasa ini sememangnya memudahkan saya untuk mencari maklumat.

Lagi-lagi sekarang ini, banyak betul info berkaitan SOP Covid-19 ini sama ada di whatsApp atau di media sosial.

Punya banyak, sampai saya pun jadi keliru. Jadi, dengan adanya portal ini. Semua maklumat lengkap ada dalam tu. Baik SOP mahupun bantuan yang diperlukan oleh rakyat mahupun peniaga.

Tidaklah lagi saya keliru.

Info Pelan Pemulihan Negara Ikut Fasa & Negeri

Mujur pagi tadi kawan share link portal Pelan Pemulihan Negara ini : https://pelanpemulihannegara.gov.my/wp-putrajaya/index.html

Apa yang ada dalam portal ini membolehkan anda mengetahui dengan lebih jelas;

  • Untuk Rakyat : info SOP & bantuan untuk rakyat
  • Perniagaan : info SOP & bantuan untuk perniagaan

Yang mana, anda boleh pilih info mengikut negeri pilihan sama ada Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

Katakan anda mahu tahu tentang SOP pergerakan, makan di luar, bersukan, bekerja, ke pasar, untuk hiburan, bersekolah, membeli belah, berkahwin, beribadah, bersosial mahupun pengebumian.

Cuma perlu gerakkan cursor ke kotak info dan klik mana info yang anda mahu kan.

pelan-pemulihan-negara

SOP Selangor Di Fasa 2

Macam saya sekarang berada di Selangor, saya klik negeri SELANGOR dan masih berada di FASA 2.

Jadi, saya hadamkanlah info di fasa 2 itu macam mana. Antaranya,

Lengkap Vaksin Boleh Dine-In

Alhamdulillah, jika sudah lengkap divaksin dua dos dan lepasi 14 hari itu dah dibenarkan dine in. Dengan syarat di tempat makan itu, 50% kapasiti meja, penjarakan fizikal dan pemantaun SOP.

Selain itu, kena tapau. Beli makanan bungkus bawa balik, makan di rumah.

Untuk Murid Bersekolah

  • Semua institusi pendidikan masih lagi ditutup.
  • Maknanya anak-anak semua pengajaran dan pembelajaran secara maya. berPdPR lah kita ya anak-anak.
  • Tapi kelas yang terlibat peperiksaan boleh ke sekolah.

Baca sini : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank

Semak Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pelan Pemulihan Negara

Senang portal ini sebab boleh semak bantuan untuk rakyat,

Antara bantuan yang diberikan Di bawah PERKESO :

  • Bantuan Kerjaya : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-kerjayagig
  • Elaun Mencari Pekerjaan : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/sip-prihatin
  • Bantuan Prihatin Wanita : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemerkasa-spswanita
  • Melindungi Riders : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/sps-lindung

Dan bantuan-bantuan dari organisasi kerajaan yang lainnya :

  • Bantuan Makanan : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemerkasa-prihatinkasih
  • Untuk bantuan 1GB Data Percuma : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-datainternet
  • Bantuan Khas Covid-19 : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-bkc
  • Untuk Wang Tunai B40 : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/bpr
  • Moratorium : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/tra
  • i-Citra : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-i-citra
  • Subsidi telefon dan data : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

Semak sini untuk ketahui status terkini, indikator dan nilai ambang pandemik Covid-19 di setiap negeri yang anda pilih : https://pelanpemulihannegara.gov.my/wp-putrajaya/dashboard.html

Jadi, manfaatkan info yang dikongsikan ini. Semoga kita semua lebih cakna dan bersama-sama dalam memerangi virus Covid-19 di negara ini.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!