Bermacam keperluan kos perlu difikirkan setiap kali mahu pindah rumah. Tentunya perkhidmatan pindah rumah termasuk servis angkat barang antara yang menjimatkan jadi keutamaan. Begitu juga harga lori sewa untuk mengangkat perabot dalam rumah anda.
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat sewa lori 1 tan untuk berpindah rumah di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi pilihan mana yang paling baik dan murah untuk keluarga anda?
Bacalah tips kami di bawah untuk jimat wang apabila anda berpindah kediaman di Lembah Klang.
Senarai 6 Tips Menjimatkan Wang Semasa Pindah Rumah
Packing Barang Rumah Anda Sendiri
Jika anda mahu menjimatkan wang semasa berpindah rumah, kemaskan dan bungkuskan barangan rumah dengan bantuan rakan-rakan dan keluarga.
Pakar pemindahan boleh menolong anda packing barang pindah rumah jika anda sibuk bekerja dan tiada masa untuk melakukannya sendiri.

Kira Kotak Pemindahan Anda
Senaraikan semua barangan rumah yang perlu dipindahkan dan letakkan label yang betul pada kotak-kotak.
Cara ini lebih memudahkan anda mencari barangan penting apabila tiba di destinasi kediaman baru anda kelak. Tidaklah nanti anda menjadi keliru atau mengalami kehilangan barang-barang dari kediaman lama anda.
Buang Barang Lama
Buangkan barang lama dan terpakai yang tidak lagi diperlukan supaya anda tidak perlu memindahkan ke dalam lori sewa ke kediaman baru.
Anda boleh mendermakan barangan anda kepada orang lain, menjualnya atau mendapatkan khidmat buang perabot lama.
Baca juga : cara simpan duit gaji RM1000 sebulan

Elakkan Berpindah Rumah Pada Musim Sibuk
Adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada berpindah pada cuti umum, cuti perayaan dan hujung minggu.
Berpindah pada pertengahan bulan atau pertengahan minggu mungkin kelihatan pelik, tetapi ia adalah cara biasa untuk mendapatkan harga sewa lori pindah rumah yang lebih murah.
Rancang untuk Situasi Pemindahan Yang Tidak Diduga dan Jangan Terburu-buru
Jika anda merancang pemindahan dengan lebih awal, anda dapat mendapatkan sebut harga pindah kediaman yang terbaik dan memastikan syarikat pemindahan yang anda inginkan dapat membantu anda pada hari pindah kediaman yang anda perlukan.
Upahlah Syarikat Lori Sewa Murah
Hubungi pasukan Senang Pindah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pindah kediaman, pindah peti ais, pindah perabot dan pindah pejabat pada harga yang berpatutan.
Pasukan pemindahan mereka akan melindungi barang-barang anda dan membawanya ke rumah baru anda dengan selamat dan cepat.
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu dan memudahkan urusan berpindah anda dengan selamat dan tiba ke kediaman baru dengan selesa.