beza-hibah-dan-medical-card

Beza Hibah Dan Medical Card, Pilih Mana Satu

Beza hibah dan medical card, pilih mana satu | Tak lama dulu saya dihubungi seorang ejen takaful. Itu pun selepas beliau terbaca blog saya ini.

Eh.. eh.. ada juga yang baca blog saya ini ya. Beliau menawarkan saya insurans medical card inilah. Saya kata nanti dulu.

Bukan tidak mahu, dulu waktu anak kecil-kecil memang saya ambil insurans untuk setiap seorang. Kemudian, saya terpaksa berhentikan insurans anak-anak.

Ketika itu, berdepan keadaan kewangan yang agak kritikal juga. Sayang itu memang sayanglah sebenarnya. Sebab bila saya terpaksa keluarkan duit insurans anak-anak itu tidaklah seberapa nilainya (sebab belum matang).

Nak Tahu Beza Hibah Dan Medical Card

Memandangkan sudah tiada insurans, duit anak-anak itu saya simpan dalam pelaburan. Pelaburan itu pun saya tutup juga akhirnya. Dan sampai ke hari inilah saya tidak ambilkan apa-apa perlindungan pun untuk kami semua.

Alhamdulillah, baik-baik saja. So far so good. Mungkin, selepas tiada insurans itu saya jadi lebih tenang-tenang saja bila berdepan ujian anak sakit ini. Entahlah.. saya tiada jawapan yang konkrit kenapa saya tak ambilkan insurans selepas berhenti dahulu.

Walaupun tiada insurans tidaklah bermaksud saya tidak menyatakan yang ianya tidak bagus. Dalam keadaan sekarang ini, dengan pandemik bagai perlindungan diri semestinya memberi manfaat jika diambil untuk diri dan juga keluarga.

Beza Hibah Takaful Dan Medical Card

Selesai cerita bab insurans anak. Saya jadi tertarik pula untuk mengetahui berkenaan hibah. Selalu juga terbaca tentang hibah yang melintas-lintas di feed social media sendiri.

Tapi nakkan kepastian betul, saya bertanyakan pada kawan saya, Fasya Fazida yang juga Perunding Takaful.

Anda yang mahu tahu apa itu beza hibah dan medical card sebenarnya boleh cuba hadamkan perkongsian kawan saya ini.

Hibah itu sendiri ada dua iaitu Hibah Takaful dan juga Hibah Harta. Hibah Takaful tidak sama dengan Hibah Harta ini.

Perunding Wasiat & Hibah yang akan membuat hibah harta. Manakala Perunding Takaful yang akan uruskan Hibah Takaful

  • Hibah Takaful biasanya untuk kita dapat duit untuk meneruskan kelangsungan hidup apabila pasangan atau ibu bapa kita meninggal dunia atau hilang upaya.
  • Medical Card pula lebih kepada pembiayaan kos rawatan di hospital. Biasanya yang melibatkan kemalangan ataupun penyakit yang melibatkan rawatan atau pembedahan.
beza-hibah-dan-medical-card

Mana Yang Perlu Dipilih Hibah Atau Medical Card

Keutamaan biasanya mengikut kepada keupayaan dan kewangan kita.

Kalau untuk medical card, kita ada option hospital kerajaan. Walaupun kita tahu agak ‘sakit’ sikit tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan, apatah lagi yang melibatkan kecemasan atau rawatan seperti pembedahan yang segera.

Namun, kita tetap masih ada pilihan.

Baca juga : Kad hibah mais 2024 : urus harta cara adil patuh syariah

Ini Pula Tentang Hibah Takaful

Berbanding Hibah Takaful (beza tau dengan Hibah Harta). Sepatutnya dan sebaik-baiknya setiap keluarga perlu miliki Hibah Takaful.

Kenapa perlu ada hibah takaful : Sebab ianya adalah duit yang kita bakal peroleh apabila berlaku kematian pada pasangan atau ibu bapa. Ia adalah duit kecemasan hak milik Mutlak kita tanpa perlu Faraid.

Tiada sesiapa ahli keluarga lain yang boleh menuntut duit tersebut.

Contoh pengiraan hibah takaful : Jika RM200k yang kita mohon, maka RM200k itulah yang kita bakal peroleh untuk teruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Sebab, perlu diketahui, selepas pasangan meninggal, harta aset akan diBEKUkan sehingga selesai urusan pembahagian yang pastinya ambil masa yang lama.

Belum lagi ada ahli keluarga atau ibu bapa yang menuntut hak anak mereka sehingga kita isteri atau suami berputih mata.

Sebab harta, masing-masing tak boleh berfikir dengan waras.

Baca : Pengalaman beli rumah second hand kali pertama

beza-hibah-dan-medical-card

Maka di sinilah pentingnya peranan Hibah Takaful. Duit Khairat Kematian akan diperoleh kurang seminggu daripada tarikh kematian dan selebihnya akan terus diproses dalam masa yang singkat kerana memahami keperluan pasangan dan anak-anak yang ditinggalkan amat memerlukan duit.

Berbanding dengan menunggu proses faraid dan pembahagian harta lain, yang agak memakan masa dan menunggu bertahun jika ingin menjual aset tersebut.

Semoga info yang kawan saya kongsikan tentang beza hibah takaful dan medical card ini membantu. Mana tahu tergerak hati untuk berhibah pula.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

3 Comments

  1. Myzan August 26, 2022
  2. abam kie August 26, 2022
  3. azni August 29, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!