Keterujaan aku untuk me’eksplorasi’ photoshop masih belum berakhir. Harap ia tidak sekadar seminggu sahaja (macam benda2 lain yang aku buat sebelum nih..hehe.. paling lama bertahan pun seminggu lepas tu aku bosan semula). Tapi yang satu ini aku masih mantap lagilah..hiks!
Hari ini ke rumah Prof Ali Mohd Yusop, lecturer ID di UiTM. Seronok pula bila dapat jumpa lecturer lepas habis belajar nih… kalau dulu masa study semacam ada sempadan komunikasi dengan lecturer2 nih..tapi bila dah bekerja environmentnya cukup berbeza. Terasa senang berbual dengan orang bijak pandai nih…banyak ilmu yang diperoleh.
Sebelum ini pun aku pernah interview Prof Rusdi yang tinggal di Subang Jaya. Seingat aku dia lecturer UiTM tapi bahagian landscape. Pernah juga interview Prof Khairil Johari Johar, lecturer muzik di UiTM (dia pernah wat album dan lagu Sepasang Kurung Biru nih memang glamer time raya).
Kesemua prof2 yang ditemui menyenangkan dan baik hati. Best dapat berbual dan bersantai dengan diaorang. Kalau dulu waktu belajar, sebolehnya berdoa mohon dipercepatkan kelas yang ada. Yang paling syok bila boleh bergosip sekali.. Heh! (cerita yang ini cukup setakat ini. Biarlah menjadi rahsia pertemuan kami…hehehe..suspend jer kan?). Yang pasti aku masih ingat pesanan prof2 nih…tingkatkan ilmu melalui pembacaan. Bukan takat baca satu majalah jer ya..tapi pelbagai2 bahan bacaan yang bermanfaat untuk ilmu yang kita perlu ketahui. 🙂
Oklah cukup setakat malam ini. Aku dah tahap zzzzzz..night u alls. Sebelum korang menidurkan diri gak..apa kata layan dulu gambar2 yang dah aku reka demi kepuasan diri sendiri nih…huish! dahsat tul ayat aku nih..
Efek oldschool. Sayangnya aku tak boleh nak letak efek macam gambar lama yang dah terkoyak2 memandangkan aku tak de gambar seakan2 batuan. Kalau ada lagi cun ini gambar. Waktu ini aku dan mak terchenta ke Pulau Bali. Semoga mak sihat dan sentiasa bahagia hidupnya. Anak aku si Mirza itu pun dah dua malam tak balik rumah. Tidur dengan nenek. Katanya rindu dengan atuk dan nenek. Pandai memujuk budak tuh…layan ajalah..janji hati nenek senang.
Pix nih aku amik dari fb kawan lama masa di UiTM, Zainuddin (kecek Kelate loh pulok..hehe Din nih orang sana) Kat manalah budak nih sekarang..kuruskan aku masa ini. Resolusi gambar ini kecik. Tapi aku baru belajar teknik baru untuk mempertingkatkan resolusi gambar yang kecik2 nih bagi nampak cun skit…cun ker! hehehe…
Pix ni akulah mensnapnya. Waktu nih kitaorang gi mandi-manda kat Desa Ibol dekat ngan rumah en Yem. Aku cukup suka balik kampung Lenggong, macam2 ada. Walaupun tempat itu kadang-kadang panas yang ketara..tapi layanlah balik kampung nih! Yang penting dapat jumpa mak mentua tersayang. Oh ya! aku dah lama cari efek nih..rupanya dia guna filter..blur..gasius blur..screen. baru jadi..best!Nih satu lagi teknik…blurkan dan padam. Hm..macam2 carakan..rasanya korang boleh bacakan kat mana kitaorang berposing nih! Efek gambo nih aku dah lupa namanya… dia percantuman antara dua warna purple dan yellow. Gambar asalnya elok jer sebenarnya..tapi dah gatal tangan..nak gak menenyeh2..huhu.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
anak netty sebijik rupa netty
ramai juga yang cakap macam itu..alhamdulillah…sian gen ayah dia kan? hehehe..