berhenti-melabur

Terpaksa Berhenti Melabur Di Unit Trust

Selepas 8 tahun melabur saya terpaksa memilih berhenti melabur di unit trust akaun anak-anak. Walaupun, pelaburan anak-anak sedang rugi.

Banyak juga lebih seribu ringgit. Tapi saya bukan orang kewangan, tak adalah saya pandai nak buat kira-kira adakah saya benar-benar sedang rugi atau tidak.

Cuma apa yang ada dalam kepala saya sekarang. Sudah 8 tahun duit itu duduk dalam unit pelaburan, tetaplah pelaburannya masih rugi.

Lebih baiklah saya keluar, dari terus tidak ketahuan untung ruginya tu nanti.

Sekurang-kurangnya saya meminimakan kerugian tu dari total lost di kemudian hari.

Biarlah duit anak-anak itu nanti saya simpan dalam akaun Tabung Haji. Tak mengapa kalau slow motion geraknya. Yang saya tahu simpanan itu tetap juga bergerak.

Kenapa Pilih Untuk Berhenti Melabur Di Amanah Saham

Selepas saya dapat tahu ejen unit trust saya sudah berhenti dan tidak lagi menguruskan akaun-akaun saya itu.

Langsung saya hubungi customer service unit trust berkenaan. Maklumkan mahu berhenti melabur di unit trust.

Dan, customer service berikan saya info ejen baru yang menguruskan akaun saya itu.

Tapi, saya tidaklah menghubungi ejen baru itu lagi. Mungkin masih belum betul-betul bersungguh mahu berhenti agaknya waktu itu.

Tak lama selepas itu, saya menerima satu surat rasmi dari pejabat unit trust berkenaan.

Menyatakan yang akaun saya sudah dikendalikan oleh ejen baru.

berhenti-melabur-di-unit-trust

Setahun lebih selepas saya terima surat itu, barulah saya bersungguh mahu berhenti melabur. Macam saya kata itulah, saya mahu mimimakan kerugian.

Instinct saya kata akaun pelaburan anak-anak saya ini tidak lagi dijaga dengan betul. Kalau dipantau baik-baik, insyaAllah tidak sebegitu kerugiannya.

Dan saya percaya, untuk melabur di unit amanah kepercayaan yang tinggi terhadap ejen itu amat penting sekali.

‘Keep in touch’ tu memang perlu ada antara ejen dan pelabur.

Jika sudah tiada ‘trust’ berhenti melabur terpaksa jadi pilihan.

Ada juga yang maklumkan pelaburan emas luar negara sedang naik sekarang ini. Bagi yang ada duit lebih itu, mungkin boleh mencuba. Cuma bagi saya, emas ini kalau cuma atas kertas, tak berani pula nak join.

Biarlah menyimpan emas itu boleh dipegang-pegang di tangan sendiri. Bagi sayalah.

Cara Saya Berhenti Melabur Di Unit Trust

Mudah saja rupanya mahu berhenti dari unit amanah ini. Masa tak tahu, rasa susah juga. Jenuh jugalah nak berwasap-wasap dengan ejen. Bila dah tahu tu, mudah rupanya.

  • Saya terus pergi ke pejabat Unit Trust berkenaan dan buat urusan di kaunter.
  • Maklumkan pada pegawai saya mahu surrender dari unit trust.
  • Nanti pegawai akan semak, dan saya isilah borang redemption (penebusan).
  • Selesai isi, pegawai maklumkan duit pelaburan itu akan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja. (Tapi saya kira mahu dua minggu tu nanti.. tak mahulah saya menjangkakan kecepatan macam yang pegawai maklumkan. Dan saya ada alasan saya.)
  • Pastikan semasa mengisi akaun bank, semak dua tiga kali ya.

Selesailah sudah saya menguruskan unit trust anak-anak. Selain membuat pelaburan sebegini, saya buat juga pelaburan dengan KWSP.

Walaupun ada yang kata sedikit berisiko, tapi yang ini kita boleh pantau sendiri. Sekarang kan dah ada aplikasi i-akaun KWSP. Bolehlah tengok terus di telefon pintar.

Apa-apa jadi pada pelaburan itu, boleh sendiri bertindak cepat-cepat.

Baca : Pengalaman beli rumah second hand kali pertama

Belajar Buat Pelaburan Saham Dengan Betul

Hendak melabur ke dalam amanah saham ini, sebenarnya kena ada panduan yang betul. Baik bertanyakan daripada orang yang berpengalaman yang pernah sukses dalam pelaburan unit trust.

Tidaklah nanti alami kerugian macam saya.

Boleh belajar dari pengalaman yang dikongsikan Dr Zul Izzi Nordin ini. Dr Zul juga menulis di dalam ebook tentang pelaburan saham syariah yang boleh anda pelajari.

Sungguhlah, pelaburan syariah ini bukan saja ada keberkatan di dalamnya, malah tak dinafikan progressnya juga baik. Tapi kenalah tahu cara nak pilih jenis yang macamana.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

2 Comments

  1. azni July 15, 2022
    • nettyahhiyer July 18, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!