Pengalaman beli rumah second hand kali pertama | Sejujurnya pengalaman membeli rumah subsale pertama saya ini tidaklah seindah yang dibayangkan.
Waktu itu (tahun 2007) tiada pengalaman dan ilmu berkaitan pembelian rumah yang boleh dijadikan rujukan lengkap. Informasi di internet juga tidak sebanyak sekarang.
Jadinya, saya banyak bergantung dengan bantuan rakan-rakan, ejen rumah dan pegawai bank bertugas (waktu itu).
Percaya atau tidak, sign kontrak jual beli rumah pun cuma di kedai makan saja. Punya sempoinya lah. Ejen hartanah pun tidak begitu membantu. Lebih banyak sendiri yang terpaksa uruskan; dari soal melunaskan urusan di pejabat tanah sampailah peguam.
Bila dah selesai semua itu, barulah saya tahu yang ejen itu dibayar upah dekat puluhan ribu juga untuk jual beli rumah saya itu. Betul-betul untung atas anginlah.
Beli Rumah Second Hand Pertama Di Usia Muda
Waktu beli rumah second hand itu, saya dan suami masih muda. Banyak benda yang tak tahu, janji dapat rumah. Ikutkan sajalah. Gituh.
Macam pinjaman perumahan saya sekarang ini pun saya ambil dengan kadar tetap (fixed loan). Yang mana, dari dulu sampailah sekarang interestnya sama saja tidak berubah. Kecuali tahun pertama dan kedua.
Cuma apa yang menariknya waktu beli rumah second hand ini, saya boleh buat rundingan harga pada memilik melalui ejen hartanah.
Nilai rumah ini waktu dijual adalah RM125K, selepas rundingan dapatlah diskaun harga baru. Konsep pembelian pun sewa beli (saya pun tak pasti sekarang ini masih ada lagi atau tidak cara ini).
Saya menyewa untuk 3 bulan dahulu, sebelum membayar duit pinjaman perumahan di bank. Waktu itu, memang niatnya mahu jadikan rumah untuk duduk. Jadi, bayar sajalah.
Tapi siapa tahu kan, suatu hari nanti rumah ini jadi aset untuk sewa pula.
Cara Beli Rumah Kos Rendah Second Hand 2022
Pengalaman pertama itu, buatkan saya tergerak hati untuk memahamkan cara membeli rumah kos rendah tahun 2022 ini.
Orang kata pasca pandemik Covid-19 ini, tangguhkanlah dahulu niat untuk membeli rumah. Memandangkan ekonomi tidak begitu cantik grafnya.
Bagi saya pula, jika ada lebihan kewangan dan mahu menambah pelaburan dalam bentuk aset rumah. Tidak salah untuk mengintai-ngintai harga. Dapat beli rumah second hand pun, insyaAllah jika betul cara beli rumah subsale boleh menjadi pulangan yang baik.
Kajian Sentimen Pengguna Separuh Tahun 2022 PropertyGuru juga mendapati lebih separuh pemilik rumah di negara ini merancang untuk membeli hartanah tambahan. Iaitu dalam tempoh setahun akan datang.
Sebabnya rakyat Malaysia melihat hartanah sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
Dalam pada mencari maklumat, saya tertarik dengan perkongsian malaysia housing loan ini akan serba sedikit cara membeli rumah second hand. Yang mana, ilmunya boleh dijadikan panduan bersama.
Boleh buat sendiri.
Kenalah Tahu Kos Membeli Rumah Subsale
- Pertama sekali, kewangan kenalah mencukupi. Nak tahu cukup ke tak, semak dulu kos membeli rumah.
- Buatlah anggaran harga rumah, katakan RM300K dan harga pinjaman perumahan RM270K (90% margin x harga rumah)
- Senaraikan kos membeli rumah macam kat bawah ni:
- Deposit rumah : 10% x harga rumah RM300K = RM30,000
- Yuran guaman SPA & duti setem : 3-4% x harga rumah = RM9000-RM12,000
- Tulis yuran guaman untuk loan & yuran penilaian bank (ini boleh dipinjam sekali dengan pinjaman perumahan) : 2-3% x harga pinjaman RM270,000 = RM5400-RM8100
- Maka jumlah kos beli rumah sekitar : RM44,00 – RM50,100
Iaitu kira-kira 15-17% dari harga rumah.
Contoh kiraan yang dikongsikan ini belum dikira kos pembelian insurans, beli perabot, ubah suai rumah dan lain-lain ya.
Seterusnya semak CCRIS Report, ini untuk bank menyemak sama ada anda membayar hutang-hutang yang ada (bukan saja rumah) dengan cantik atau tidak.
Baca : Nostalgia rumah kayu berdindingkan papan lapis
Semak Kelayakan Pinjaman
Nak beli rumah, kenalah tahu anda layak atau tidak buat pinjaman kan. Anda boleh saja ke bank untuk membuat meminta jurubank membuat kiraan. Jangan lupa bawa CCRIS report tu.
Selain itu, boleh juga buat pengiraan sendiri gunakan formula : Debt Service Ratio (DSR) = (Jumlah Hutang baru + jumlah hutang lama) / gaji bersih x 100.
- DSR hendaklah kurang dari 70%.
Nak mudah anda boleh buat kiraaan menggunakan kalkulator jual beli rumah ini. Lebih mudah sebab di hujung jari saja.
Dalam pada buat kiraan tu, bolehlah survey rumah yang harganya masih mengikut bajet anda. Jika KSWP akaun 2 masih berbaki untuk membolehkan pengeluaran rumah. Anda bolehlah memohon untuk membayar deposit rumah. (Ini juga yang saya praktikkan dulu. Gabung sekali KWSP akaun 2 saya dan suami)
Carilah peguam SPA (perjanjian jual beli) yang ada firma guaman yang trusted. Ini pun penting, agar proses jual beli dapat berjalan dengan mudah. Dan anda tidak dicaj kos guaman beli rumah second hand lebih dari sepatutnya. Alhamdulillah, waktu saya dulu mudah saja urusannya.
Nanti dalam proses ini, jurunilai bank akan membuat site visit ke rumah anda. Bagi menilai harga pasaran rumah. Selesai urusan ini, hubungi semula peguam SPA dan pinjaman rumah untuk memastikan proses pembelian rumah second-hand anda berjalan lancar.
Waktu saya dulu, prosesnya tidak lama. Dalam pada saya menyewa itu, urusan pembelian rumah pun selesai.
Haa.. begitulah serba sedikit info yang dikongsikan dan pengalaman saya membeli rumah atas orang yang saya duduk sekarang ini.
Semoga serba sedikit pengalaman dan panduan ini berguna untuk anda yang berhajat untuk ada rumah sendiri.
Read More
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis