Bak kata pegawai telekom tuh, bil aku digenapkan dua bulan. Campur bil2 yang aku sendiri pun tak faham, jumlahnya banyak itulah… “walaupun aku cuma dapat dua helai kertas yang tak ada pun menunjukkan jumlah penggunaan phone aku untuk dua bulan yang sungguh tragis ini “. Malas nak bertekak, aku bayar sajalah (Gaya orang tak berapa nak kaya memang macam ini… hahaha). Kalau berkira sikit + kedekut, maka cepatlah sikit kayanya…
Mana hendak mengorek duit membayar bil di hujung2 bulan nih… kebetulan akaun Giro tuh dah lama benar terperamnya, aku pun terpaksa jugalah melakukan sesuatu dengannya. Cuma itu saja caranya…sedih nak tulis dalam nih… sob… sob…
Bayaran bil streamyx selesai, tapi cita2 yang terpendam lama masih belum dilaksanakan. Kebetulan, ada balance RM200 aku laburkan duit tu untuk membeli sesuatu yang dah lama aku nak buat… hehehe..
Sijil Simpanan Premium sudah ditanganku! Seronoknya! Walaupun chances nama nak naik 1: 1 juta, tapi aku nak berangan juga… dari petang sampailah dah duduk depan mak tak habis2 berangan nak angkut BM(w) itew. Kata Has dia dah lama berangan, sebab tak pernah nak dapat makan on of sajalah SSPnya itu.
Bak kata pegawai bank tadi, kalau aku simpan lebih dari RM2000 layak untuk memperoleh dividen. Walaupun sikit, tapi apa saja yang berkaitan dengan dividen, memang menarik bunyinya. Ini salah satu lagi pelaburan kecil2 aku sebagai bumiputera yang mahu melaksanakan haknya di bumi Malaysia ini. Mohlah kita beramai2 membeli SSP ini untuk masa depan bersama.
Walaupun tak menang BM tuh sekurang2nya kita menyimpan. Dan kalau kita nak kuarkan duit tu tiada charge perkhidmatan yang dikenakan. Kita akan dapat balik duit kita semula dengan nilaian yang sama. Tak rugikan… Mungkin aku terlewat dalam bab2 nih, tapi rasanya ramai lagi geng2 bumi yang masih macam aku dulu…
Sebab itulah wujudnya Tagline yang canggih-manggih ni: