Bila sebut Pusat Pemberian Vaksin (PPV) walk-in ini, benda pertama yang bermain dalam fikiran tentulah cara nak dapatkan nombor giliran sebelum habis.
Struggle betul saya dan suami nak dapatkan suntikan dos kedua yang terlepas tarikh ini. Tapi taklah sampai kitaorang give-up.
Apa pun, pengalaman ini mahal harganya.
Sebab, akan-akan datang belum tentu jumpa lagi benda-benda semacam ini. Dan itulah doanya. Tak payahlah jumpa pandemik semacam ini.
Semoga jauhlah Covid-19 ini dari bumi Malaysia. Rindunya nak jalani kehidupan normal kembali.
Terpaksa Batal Temujanji Suntikan Dos Kedua Di MSU
Selepas suntikan dos pertama vaksin Pfizer di MSU Medical Centre, saya dan en Yem menanti untuk suntikan kedua pula.
Sayangnya, tiba hari untuk suntikan kedua en Yem diserang Gout. Sampai terpaksa berkerusi roda. Tak boleh nak menapak kaki ke lantai pun.
Tidaklah saya gigih ke PPV MSU sendirian. Tawakal saja.
Makanya, kami cancel kan temujanji dan nyatakan di situ tidak sihat. Dan menunggulah kami untuk tarikh baru, yang akan diberi dalam tempoh 30 hari.
nettyahhiyer.com
Dalam pada menanti tarikh baru, tiba-tiba tergerak hati kami tak mahu dah tunggu MySejahtera lagi. Bimbang sama, jika tak dapat tarikh baru di MySejahtera.
Jadinya, 23 Ogos kami bergegaslah ke MSU untuk walk-in dengan harapan lepaslah untuk suntikan kedua.
Terkejut Bila PPV Swasta Dah Tutup
Nak dijadikan cerita, plus tak update sama perkembangan info-info pasal vaksin ini. Tidaklah kami tahu rupanya ada sesetengah PPV swasta sudahpun ditutup pada 22 Ogos.
Kami terlambat sehari.
Dan betullah, sebaik sampai MSU, PPV itu pun sudah tutup. Tepuk dahi, tersengih-sengih kitaorang macam kerang busuk.
Rasa lucu pun ada.
Padah tak update info pasal vaksin.
Sudahnya saya google lah cari senarai PPV walk-in di Lembah Klang. Nak tak nak, kenalah cari PPV yang tawarkan vaksin Pfizer.
Kerana first dose kami itulah vaksinnya. Takkan first dose Pfizer, second dose vaksin AZ atau Sinovac.
Kalau boleh buat gitu mudahlah kan.. hahaha.
Terlepas Nombor Giliran Di PPV Dewan Sivik MBPJ
Demi nak meyakinkan diri sendiri, kitaorang bergegas ke PPV IDCC Shah Alam. Lokasi PPV walk-in paling dekat dengan tempat kitaorang masa itu.
En Yem tanyakan pada petugas di sana. Maklum petugas, PPV Sunway Pyramid Convention Centre tawarkan vaksin Pfizer.
Tapi di sana tiada walk-in.
Jadi, dia suruh tunggu saja date baru temujanji di MySejahtera.
Saya pulak tak sabar. Google dan dapat tahu antara 13 lokasi PPV walk-in dekat Lembah Klang ini yang dibolehkan walk-in.
Dan PPV Dewan Sivik MBPJ offer vaksin Pfizer. Maka, planlah esoknya mahu ke sana.
Esok harinya sampailah juga ke pusat vaksin dalam jam 10 pagi. Sampai-sampai saja nombor giliran dah habis. Aduh!
“Kita tunggu jelah date temujanji kat MySejahtera.” En Yem dah ada ‘bunga-bunga’ give up.
2 PPV Walk-in Yang Tawar Vaksin Pfizer
- Oh ya, kata petugas di PPV MBPJ tu, ada 2 lokasi PPV walk-in yang sediakan vaksin jenis Pfizer;
- di Dewan Sivik MBPJ dan
- Axiata Arena Bukit Jalil
Memandangkan Axiata tu agak jauh, tidaklah kami mahu ke sana. Lagipun, untuk hari itu mesti nombor giliran dah habis juga.
Tengok jam pun dah nak masuk 11 lebih.
Baca juga : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank
Datang Seawal Pagi Untuk Dapatkan Nombor Giliran
Selepas dua tiga hari, rasa susah hati pulak nak tunggu date baru. Instinct saya rasa memang takkan dapat date pun.
Jadinya, saya beritahu ke en Yem, kita cuba keluar rumah seawal mungkin dan sampai ke MBPJ dalam 7 pagi.
Tekad, semata-mata nak dapatkan nombor giliran. Sedangkan saya tahu PPV mula beroperasi jam 9 pagi.
Hahaha.. gigih sangat kan.
Akhirnya, dengan macam-macam insiden pagi tu, sampailah jugak kitaorang di MBPJ dalam jam 8 pagi.
Alhamdulillah, tempat parking untuk tetamu vaksinasi pun masih banyak yang kosong.
Sampai dekat khemah ambil nombor, keadaan masih lengang. Orang belum ramai.
Lega!
Rupanya bila naik ke khemah yang di atas bukit tu, dah penuh dengan ‘mereka-mereka’ yang walk-in untuk suntikan dos pertama dan dos kedua.
Cuma, di bahagian khemah dos kedua tak ramai orang lagilah.
Tip Ke PPV Walk-in Untuk Suntikan Dos Kedua
Sebagai persediaan untuk mereka yang bakal ke PPV walk-in. Saya kongsikan beberapa tip berdasarkan pengalaman sendiri.
Semoga mudahkan urusan kalian.
- Pastikan anda dah berSARAPAN. (Ada juga yang tak sarapan tapi nak gi cucuk. Aduh!)
- Datanglah awal ke PPV kerana nombor giliran terhad. Dia kira nombor sama je baik untuk first atau second dose.
- MySejahtera yang update.
- Bawa kad Pengenalan.
- Ada kad Vaksin dari PPV sebelumnya.
- Bawa pen sendiri. (untuk isi borang yang akan diserah pada doktor)
- Pastikan sudah isi Google Form. (ini boleh scan dari kertas yang petugas sediakan nanti)
- Kalau nak tanya-tanya tu, angkatlah tangan. Toksahlah merayap jalan-jalan. Itu lebih baik, sebab ramai pulak yang rajin berjalan ke arah petugas selepas duduk di kerusi. Huhu..
- Ikut arahan dan jaga jarak, jaga SOP ya sepanjang di PPV.
Alhamdulillah, maka selesailah dua dos suntikan vaksin saya dan en Yem. Kena diam-diam selama 14 hari.
Bagi sistem imun dalam badan betul-betul kuat semula dan lawan virus Covid-19. Amin.
Sebelum ini saya pernah hantar abah dan mak ke PPV Sunway dan PPV Setia Alam. Proses untuk suntikan vaksin mak abah tersangatlah lajunya.
Walaupun orang ramai, tapi cepat saja prosesnya. Saya kira proses untuk abah di PPV Sunway tak sampai 30 minit dah selesai suntik.
Mak dekat Setia Alam lagilah, sampai je terus dapat masuk bilik suntikan.
Pantas betul.
Apa pun, ikut rezeki kita jugakan.
Senarai 13 PPV Walk-in ‘Elak Nombor Giliran Habis’
Bagi anda yang belum divaksin atau yang terlepas temujanji dos kedua di PPV sebelumnya. Ini senarai 13 Pusat Pemberian Vaksin walk-in di Lembah Klang.
Ambillah peluang untuk walk-in ke sini secepatnya ya. Bimbang, pusat ini pun ditutup pula kelak. Nanti jadi macam saya, tercari-cari PPV bersesuaian untuk beberapa hari.
- KL Convention Centre (KLCC) – HCO F, G dan H
- Axiata Arena Bukit Jalil – A, B – vaksin Pfizer
- Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B – vaksin Sinovac
- Bangi Avenue Cinvention Centre (BACC)
- Hotel Wyndha, Acmar Klang – vaksin Sinovac
- Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya – vaksin Pfizer
- Stadium Tertutup Kuala Selangor
- Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
- Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
- Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak
- Bukit Beruntung Golf Resort
- Galaxy Mall Ampang
- Universiti Multimedia, Cyberjaya
Jenis vaksin yang saya kongsi berdasar pengalaman dan info dari adik-adik. Sebelum ini adik ambil suntikan vaksin secara walk-in di Hotel Wyndha.
Dia pun sampai dalam 7.30 pagi untuk dapat nombor giliran.
Bagusnya, adik siap dapat goodies bag. Macam-macam makanan dan minuman dalam beg hadiah tu. Untung betul!
Baca juga : Rempah ayam ungkep Jawa, boleh guna bila-bila
Reward Diri Makan Ayam Penyet Wong Solo
On the way balik tu, kami singgah Seksyen 7 Shah Alam. Beli ayam penyet Wong Solo. Lama betul mengidam nak rasa.
Bukan mengandung, tapi teringin. (Lucu je bila doktor yang suntik saya ingat saya mengandung. Aduh! Tahulah saya sejahtera tang perut.. hahaha)
Order bawa balik, makanlah dengan anak-anak di rumah. Ikutkan lebih tiga tahun dah tak makan ayam penyet Wong Solo ini.
Dapatlah lepaskan rasa teringin tu.
Cuma sambal pedas dia, dah tak se ‘kick’ dulu. Tak pedas sangat sangat. Anak-anak pun boleh makan.
Ada satu rasa asli sambal penyetnya yang dah ‘hilang’.
Saya siap cakap kat en Yem. Kenapa rasa sambal dia ni, kalau saya buat pun boleh dapat rasa yang sama. Kah! Tiber terpuji diri sendiri.
Apa pun saya bersyukur kerana urusan vaksin kami berdua dah selesai. Tunggu pula temujanji untuk dua anak remaja saya.
Semoga urusan mereka mudah nanti.
utk dos kedua temujanji kul 11 am tp bila sampai tgok barisan panjang tul mcm x leh bincang. jadi sy balik dulu. ptg tu dtg balik dlm 2.40 pm. Alhamdulillah settle dlm masa 75 min. Dgr citer org yg dtg pagi tu dtg jam 10…jam 12.45 baru settle.
Hui.. ada yang lambat juga ya abang Kie. Waktu di MBPJ tu dari jam 8 pagi dalam jam 9.45 pagi saya dah selesai. Mungkin juga sebab dos kedua tak berapa ramai orang pagi tu. Tapi masih tak boleh lawan kelajuan dekat Sunway n Setia Alam masa hantar mak abah saya.
Syukur alhamdulillah dah selesai ambik dose, No.13 tu depan Office jer…. 5 minit sampai hehehe hr tu anak ambik vaccine dekat sini, Alhamdulillah selesai dah 2 dose