Duit raya 2022/2024 tukar di lokasi mesin ATM Maybank ini | Akhirnya Maybank keluarkan senarai lokasi mesin ATM yang membolehkan anda menukar duit raya tahun 2022 ini.
Menurut pengumuman yang dikongsikan Maybank2u, bukan semua mesin ATM Maybank boleh buat pengeluaran duir raya ya.
Hanya mesin-mesin ATM tertentu saja yang disediakan. Biasanya, bank akan letak kenyataan dekat mesin ATM terpilih di seluruh negara.
Cuma wang tunai RM10 dan RM50 saja boleh dikeluarkan. Dan setiap mesin ATM tak sama nilainya. Kenalah ikut pada label yang Maybank tulis pada kenyataan dekat ATM machine tu ya.
Bila dah tahu nilainya, mudahlah nanti anda nak buat pilihan pengeluaran.
Pengeluaran duit raya 2022 dekat mesin ATM ini boleh dilakukan pada 21 April 2022 sehingga 4 May 2022.
Ini Senarai Lokasi ATM Untuk Tukar Duit Raya 2022/2024
Ada detail senarai Maybank ATM yang boleh keluarkan RM10. Dan juga note RM50 duit baru 2022.
Kuala Lumpur
- Bangsar Baru RM50
- Desa Pandan RM10
- KL Main RM10 RM50
- Maybank Islamic Tun Mohd Fuad Taman Tun Dr Ismail RM50
Selangor
- Bandar Baru Bangi RM50
- Cheras Selatan RM10
- Giza Kota Damansara RM50
- Kajang RM50
- Kota Kemuning RM50
- Puchong Jaya RM10
- Putrajaya RM50
- Rawang RM10
- Section 20 Shah Alam RM10
- Setia Alam RM50
- Subang Jaya RM10
- Sungai Buloh RM10
- Maybank Taman Melawati RM50
- Taman Sri Gombak RM10
Negeri Sembilan
- Nilai RM50
- Senawang RM10
- Seremban RM10
Johor
- Bandar Baru Uda RM10 RM50
- Jalan Genuang Segamat RM50
- Di Jalan Tebrau RM50
- Jalan Zabedah Batu Pahat RM10 RM50
- Johor Bahru Main RM10 RM50
- Muar RM50
- Nusa Bestari RM10 RM50
- Taman Johor Jaya RM10
- Taman Universiti RM10 RM50
Melaka
- Ayer Keroh RM50
- Melaka Main RM10
Senarai ATM Maybank Di Perak
- Jalan Sultan Idris Shah RM10
- Jelapang RM50
- Kamunting RM50
- Kuala Kangsar RM10 RM50
- Maybank Islamic Gunung Rapat RM10 RM50
- Sitiawan RM50
- Taiping RM10
- Tanjung Malim RM10
- Teluk Intan RM10
Pulau Pinang
- Bandar Perda Bukit Mertajam RM50
- Bayan Lepas RM10
- Jelutong RM50
- Penang Main RM50
- Penang Road RM10 RM50
Kedah
- Alor Setar Main RM10
- Kulim RM10
- Legenda Heights Sungai Petani RM50
- Mergong RM50
- Sungai Petani RM10
Perlis
- Kangar RM10
Pahang
- Bukit Ubi RM50
- Jalan Beserah RM50
- Kuantan Main RM10
- Mentakab RM50
- Muadzam Shah RM10
- Temerloh RM50
Kelantan
- Kota Bharu RM10
- Kubang Kerian RM10 RM50
Terengganu
- Kuala Terengganu RM10
Baca : Hari Raya Isnin ke Selasa ikutlah negara mana anda duduk
Lokasi Mesin ATM Tukar Duit Raya 2022 Sabah & Sarawak
Sabah
- Alamesra RM50
- Inanam RM10
- Jalan Perpaduan Kota Kinabalu RM10
- Karamunsing RM50
- Lintas Square RM50
Sarawak
- Kota Sentosa RM10 RM50
- Kuching Main RM10 RM50
- Kuching Selatan RM50
- Wisma Satok RM10 RM50
Baca : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank
Cara Buat Pengeluaran Duit Raya 2022 Di Mesin ATM Maybank
- Pilih mana-mana lokasi mesin ATM yang anda mahu keluarkan duit raya tu ikut senarai yang dinyatakan di atas.
- Pastikan juga dekat mesin ATM tu ada label atau papan kenyataan yang memaklumkan pengeluaran duit raya di mesin ATM,
- Tak semua mesin ATM boleh keluarkan not duit RM10, baca label betul-betul ya.
- Masukkan kad ATM, no pin bagai dan tekan pengeluaran.
- Masukkan jumlah duit yang mahu dikeluarkan.
- Kalau nak resit, tekanlah nak resit tu.
- Selesai.
Baca : Cara guna jadual perjalanan PLUS untuk balik kampung
Alternatif Tukar Duit Raya Maybank Tahun 2024
Macam saya, dulu-dulu kalau nak tukar duit raya RM1 atau tukar duit RM5, saya akan minta bantuan kawan ofis, kak Almaswa Che Ros.
Cuma bila dah tak bekerja di ofis ini, simpan sajalah sendiri. Kebetulan kan budak-budak memang perlukan RM1 atau RM5 untuk duit belanja sekolah.
Lagipun, kan dah berapa tahun tak raya, takdelah terpikir tukar duit raya di bank atau dengan kak Maswa ni. InsyaAllah.. ada rezeki lebih tahun ini kita panjangkan bersedekah melalui duit raya ya.
Sekarang ini pun lagi mudah, sebab ada boleh kirim e-Duit Raya melalui aplikasi MAE. Siapa ada MAE tu bolehlah guna.
Semoga dapat memberi kebahagiaan juga pada yang menerima. Amin.
Sejarah : Bank Negara Malaysia Pernah Keluarkan Duit 60 Ringgit Edisi Terhad
Sekitar tahun 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah keluarkan tiga duit kertas RM60 edisi terhad bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuknya bertema ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’. Ada gambar Raja-raja Melayu dekat wang kertas khas tu.
Siap ada ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Masa tu nilai sekeping duit kertas RM600 dijual RM1,700. Duit bercantum 3 dalam 1 RM60 sejumlah RM180 (harga jualan sebenarnya RM500) dan sekeping duit RM60 dijual RM120.
Dan dari semasa BNM ini keluarkan juga koleksi duit edisi khas ini. Terbaru BNM keluarkan syiling perak dan emas bersempena Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia ke-50 (RELA50). Cuma, tawaran jualan tu dah tutuplah.
Haa.. lepas ni kena rajin jenguk website BNM ya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis