Sudah beberapa bulan ini Google Search Console memberikan pemberitahuan ‘Page With Redirect’ berlaku dalam Pages Indexing. Mulalah mencari macam mana nak betulkan masalah yang berlaku.
Kerana sebelum ini jumlahnya cuma 68 URL saja yang bermasalah, akhir-akhir ini angkanya sudah bertambah menjadi 130.
Tak tenang dibuatnya bila ada problem pada indexing Google Search Console (GSC) ini. Maka, saya pun meng’Google’ ‘how to fix page with redirect’ apakah solusi untuk menyelesaikan masalah ini. Dan ini yang saya temukan.
Apakah Maksud Page With Redirect
Page With Redirect atau URL ubah hala anya adalah satu situasi apabila page URL (halaman) yang anda cuba akses membawa ke URL lain secara automatik. Keadaan ini berlaku kerana terjadinya lencongan pada server asal yang menghantar pengunjung mahupun enjin pencari (Googlebot) ke URL berbeza daripada URL yang asal yang diminta.
Baca juga : pendekkan link url yang panjang guna zass.to
Mengapa Terjadinya URL Ubah Hala Ini
Terdapat dua sebab utama mengapa ubah hala digunakan:
Menukar URL
Ini biasanya dilakukan apabila struktur website anda berubah atau apabila kandungan dialihkan ke lokasi lain. Ubah hala memastikan pengguna dan enjin carian masih boleh menemui kandungan yang mereka cari, walaupun URL lama tidak lagi wujud.
Menghantar Pengguna Ke Halaman URL Lain
Ini mungkin dilakukan atas pelbagai sebab, seperti jika kandungan pada halaman asal sudah lapuk atau tidak tersedia, atau jika lebih berkaitan untuk menghantar pengguna ke sumber lain.
Baca juga : cara betulkan canonical url di wordpress
Cara Mengatasi Masalah Page With Redirect Di WordPress Website
Apabila anda menerima mesej “Page With Redirect” pada Google Search Console. Ini bermakna Google menemui URL pada website anda sudah diubah hala, lalu akhirnya ia tidak mengindeksnya.
Jika ini berlaku, untuk mengatasi masalah Page With Redirect di WordPress, anda perlu melihat pada dua senario ini.
1. Tiada masalah : URL ubah hala adalah perkara biasa dan sering digunakan untuk alasan yang baik. Jika ubah hala pergi ke halaman yang berkaitan dan terkini, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dalam sesetengah kes, Google mungkin mengecualikan URL diubah hala daripada enjin carian untuk mengelakkan kandungan duplicate, tetapi URL sasaran masih perlu diindeks.
2. Ada Isu Berpotensi Pada Website : Jika page with redirect membawa kepada halaman yang rosak, kandungan yang tidak relevan atau tidak diperlukan, ia boleh memberi kesan negatif kepada prestasi SEO website anda. Google mungkin sukar memahami konteks kandungan anda dan mungkin tidak mengindeksnya dengan baik.
Berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menyelesaikan isu ‘page with redirect’ ini.
- Tidak semua mesej “URL ubah hala” perlu dibetulkan.
- Jika anda tidak pasti, sebaiknya semak destinasi URL redirect itu dan perkaitannyan.
- Untuk halaman penting, pertimbangkan untuk menggunakan permanent redirects (301) untuk mengarahkan pengguna dan enjin carian ke lokasi yang betul.
- Untuk situasi sementara, gunakan temporary redirects (302).
- Jika anda bimbang tentang mesej “page with redirect“ tertentu di website anda, sebaiknya menyemaknya dengan lebih lanjut dengan pakar SEO yang anda kenali.
Tak Perlu Betulkan Page With Redirect
Merujuk kepada RankYa, ada masalah page with redirect yang tidak perlu pun anda betulkan. Cuma perlu semak di GSC untuk memastikan yang ianya betul-betul tidak perlu diperbetulkan.
Rujuk gambar di bawah untuk memahaminya.
- Pada Google Search Console anda pergi ke bahagian – Indexing – Pages.
- Lihat pada mesej ‘page with redirect’ dan klik.
- Anda akan nampak masalah redirect pada URL di website anda. Dan Google tidak mengindeksnya URL tersebut.
- Kemudian, anda klik pada bahagian All known pages.
- Klik pula bahagian ‘All submitted pages’
- Setelah klik jika data tertulis ‘we did not find any data’ bermakna anda tidak perlu membetulkan apa-apa dan tak perlu pun untuk validate apa-apa.