kuasai-penulisan

Kuasa Minda Kuasai Penulisan, Ini Tipnya

Tak susah nak kuasai minda, kuasai penulisan. Asalkan tahu cara macam mana nak buat, mudahlah untuk anda laksanakannya.
 
Pernahkah anda mengalami keadaan sukar untuk berkongsi cerita, walhal ketika itu anda perlu juga menaip sesuatu penulisan di ruangan blog milik anda?

Atau ketika idea datang mencurah-curah, segala macam cerita mahu dikongsi bersama, menaip dan terus menaip.

Akhirnya ada sedikit penyesalan kerana tidak semua cerita dapat disampaikan sebagaimana yang dirancang awal.

Kembali menaip hasilnya tidak seperti yang dibayangkan.

Pasti kecewa jika minda tersekat begitu bukan? Saya juga pernah mengalaminya.

Paling membuatkan saya lelah ketika menaip artikel apabila tidak mendapat maklumat yang secukupnya oleh individu yang ditemuramah; sama ada dia segan atau memang jenis tak banyak cakap.

Ada juga ketikanya saya menemuramah seseorang yang terlalu ramah sehingga pelbagai cerita menarik tentang dirinya dikongsikan bersama.

Keadaan ini juga boleh membuatkan minda saya yang terhad ini tersangkut-sangkut kala menaip. Sebabnya, terlalu banyak perkara mahu dikongsi sudahnya tidak tahu hendak mula dari mana.

Tip Kuasa Minda, Kuasai Penulisan

Apa yang boleh dibuat jika jadi perkara sebegini. Kita kongsi pengalaman ya. Jika ada yang mahu kongsi tip peribadi juga saya alu-alukan.

  • Rehatkan minda: Bertenang jangan terus menaip, sebaliknya tenang-tenangkan diri dulu. Cari informasi tambahan sama ada di internet. Jika perlu, hubungi semula individu tersebut untuk menguatkan isi cerita. Cari rujukan lain misalnya individu terdekat dengan subjek.
  • Ilham ada di mana-mana: Waima ketika sedang menatap muka teman di hadapan sekalipun boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda memulakan penulisan. Melayari dari satu blog ke satu blog juga mampu memberi manfaat berguna kepada penulis.
  • Cari cerita utama tentang subjek yang boleh diketengahkan. Pastikan ianya mampu menarik tumpuan pembaca. Semakin sedih dan tragis kisah seseorang, semakin ia meruntun hati pembaca. Misalnya, siapa dirinya sebelum menjadi seorang yang berjaya. Apakah pengalaman lalu yang membuatkan dirinya bangkit menjadi seperti sekarang. (Semua itu ada kaitan dengan motivasi dan inspirasi).
kuasai-penulisan

Mulakan Intro Power

  • Tajamkan imaginasi anda. Lebih bermanfaat jika ia ditulis untuk penulisan majalah. Kalau tulis berita terlebih imaginasi, nanti boleh jadi lain ceritanya. Imaginasi ini penting untuk anda memulakan intro yang ‘kick’ dan ‘power’ serta jalan cerita atau artikel yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Setelah mendapat info daripada individu yang ditemuramah, cubalah bayangkan diri anda adalah individu itu. Insyaallah, jalan cerita akan dapat disampaikan dengan mudah.
  • Cari identiti dalam penulisan sendiri. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya lebih gemar mengarang artikel bermula dengan kisah ‘subjek’ dari alam kanak-anak lagi. Tapi lama kelamaan saya faham itulah ‘identiti’ saya.
Untuk menghasilkan penulisan yang baik, penulis perlu ada identiti dalam penulisan mereka. Carilah identiti itu, insyaallah anda akan menemuinya andai sabar dan mengkaji penulisan sendiri.
kuasai-penulisan

Itulah serba sedikit tips penulisan artikel dalam majalah yang boleh saya kongsi. Dan itulah juga teknik yang saya praktikkan bila tersangkut menaip dengan agak lama.

Semoga ia dapat memberi manfaat pada semua. Sebenarnya teknik ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan blog. Cubalah!

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 24 September 2013

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

5 Comments

  1. hasnitasawal September 25, 2013
  2. Anonymous September 25, 2013
  3. Naroswati Naib September 25, 2013
  4. Naroswati Naib September 25, 2013
  5. Anonymous September 25, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!