Cara Buat Air Bunga Butang Tak Rasa Rumput

Cara buat air bunga butang | Jangan tak tahu, bunga butang yang jadi pokok hiasan laman rumah itu sebenarnya pokok ‘edible’. Iaitu tumbuhan yang boleh dimakan.

Sebenarnya, air bunga butang ni dah lama orang buat. Dari tahun 2017 lagi, saya dah mencuba resepi air bunga ini. Cuma, ramai juga yang dah cuba dan akui airnya rasa macam minum rumput. Masa tu berdebar juga nak cuba.

Tak boleh bayang minum air rumput tu macam mana. Jadinya, saya olahkan supaya bila siap direbus tidaklah seperti rasa rumput butang. Anda yang berani mencuba, dialu-alukan untuk mencuba resepi saya ini ya.

Cara Buat Bunga Butang Campur Air Barli

Keterangan gambar : Dalam gambar ini saya rebus sekali. Bila rebus sekali, jadi agak payah sebab nak tapis dan asingkan bunga butang ungu dengan barli.

Sebaiknya rebus asing-asing macam resipi yang saya share di bawah ya.

rebus-bunga-butang

Bahan asas resepi air bunga butang :

  • Bunga butang ungu (lebih 10 kuntum lagi bagus. Warna ungu nanti lebih menyerlah)
  • 2 helai daun pandan
  • Barli – cuci bersih
  • Madu lemon Korea
barli-untuk-air-bunga-butang

Rebus Bunga Butang Dan Barli Dalam Periuk

Barli guna sesenduk je. Sebab memang tak nak banyak sangat.

Sebaik-baiknya rebus barli dengan bunga butang asing. Sebab nanti payah nak asingkan.

  1. Mula-mula rebus barli dahulu. Asingkan.
  2. Dengan periuk yang sama, rebus pula bunga butang dan daun pandan.
  3. Tapis dan ambil airnya.
  4. Campurlah rebusan air bunga butang itu dengan air barli yang telah direbus awal tadi.

Info hidangan : Sebelum tuang air dalam cawan, keluarkan bunga butang ungu dan daun pandan.

madu-korea

Masukkan Madu Lemon Korea

Tuang air dan barli sikit dalam cawan. Masukkan madu lemon Korea.. ikut sukalah nak banyak mana. Kalau tak ada madu Korea itu boleh saja guna madu biasa.

Cuma, madu Korea ini lebih enak sebab ada hirisan kulit limau dalamnya.

Nilah hasilnya. Nak tau rasanya.. trylah buat sendiri ya. Pandan dan madu lemon tu buat air ni rasa segar. Tak rasa rumput pun.

air-bunga-butang

Khasiat Bunga Butang Ungu

Bunga butang ungu atau nama saintifiknya, Gompherena globasa ini juga dipanggil bunga empat puluh hari.

Ini kerana, benihnya akan mengeluarkan bunga selepas 40 hari ditanam. Bunga butang ungu ini juga ada khasiat yang berguna untuk manusia.

Menerusi pembacaan di Anim Agro Technology, disenaraikan khasiat bunga butang ini :

  • Dari kajian, mendapati bunga butang ungu ini berupaya menggalakkan pengeluaran enzim yang memecahkan lemak dalam sel lemak.
  • Ia juga mengoptimumkan pemecahan lemak dalam tubuh seseorang.
  • Bagi perawat tradisional, bunga butang digunakan untuk menghilangkan batuk, mengurangkan penyakit asma dan melancarkan proses pembuangan air kecil.
  • Bunga butang juga dipercayai boleh menghilangkan panas badan.
  • Sesetengahnya menjadikan bunga butang ini sebagai minuman teh bunga butang.

Banyak kan khasiat pokok bunga butang ini. Bukan sekadar tanaman hiasan malah pokok ‘edible’ juga untuk dimakan.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

2 Comments

  1. Ammi April 6, 2022
    • nettyahhiyer April 6, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!