utan batu

Sesat Di Utan Batu, Landmark Jadi Penyelamat

Kisah sesat Di Utan Batu Allahyarham Siti Arfah Abdul yang mesra saya panggil Kak Pah ini pernah saya kongsikan pada 21 September 2013 di blogspot.

Saya simpankan juga di dalam nettyahhiyer.com ini sebagai kenangan. Agar menjadi sempadan perjalanan hidup ini. Kerana banyak kisah pengajarannya.

Saya masih ingat waktu duduk-duduk berdua dengan arwah, dia selalu berpesan,

kalau orang tua ini (dia maksudkan diri dialah) kau anggap Quran buruk, dia tetap akan duduk diam di situ. Tapi, kalau kau nak ambil ilmu daripadanya dia akan jadi perpustakaan yang bagi manfaat kepada kau.’ (masa ini arwah kak Pah nasihatkan saya).

Sebak pula rasa hati. Al Fatihah untuk kak Pah yang saya sayangi dunia dan akhirat.

Baca juga : mingguan wanita dari tabloid bertukar majalah

Jemputan Ke Pameran Makan-makan

Baru-baru ini (ketika catatan ini saya kongsikan tahun 2013) saya menerima kiriman emel yang dimajukan oleh Kak Siti Arfah Abdul (Kak Pah), penolong editor Mingguan Wanita.

Ianya tentang satu tugasan ke Food & Hotel Malaysia (FHM) 2013 yang diadakan di Hall 6, KLCC Convention Centre.

Di situ ada ramai pemain-pemain handalan dalam dunia perhotelan bukan sahaja dari Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

utan batu
Sekitar FHM 2013. Ini baru sebahagian. Ada beberapa keping gambar hasil makanan dengan rekaan yang cukup menarik dan unik.

Turut diadakan pameran makanan, minuman, hotel, restoran, kemudahan dan peralatan hotel, perkhidmatan dan segala yang berkaitan dengan teknologi perhotelan.

Buat kali ke-12, Malaysian menganjurkan pameran seumpama ini.

Niat Mahu Menemuramah Rose Yong

Sayangnya, inilah kali pertama saya datang ke majlis sebegini. Itupun disebabkan niat hati mahu menemuramah Pengurus Pemasaran MLA bagi Asia Tenggara dan China, Rose Yong.

Mujurlah Kak Pah ada sekali. Mudahlah untuk saya berbual-mesra dengan kenalan lamanya ini.

Sedang kami mengambil gambar Pn. Rose, gerai pameran MLA didatangi Pengurus Pemasaran MLA (Australia), Andrew Cox. 

Seronok tidak terhingga dirinya bila mengetahui kami akan menemuramah rakannya itu. Bermacam-macam cerita dikongsi bersama sampailah kami menjemputnya datang ke premis Kumpulan Media Karangkraf (KMK).

Andrew yang ramah bicara, senang hati dengan pelawaan itu dan berjanji akan melaksanakannya juga suatu hari nanti.

utan batu
Allahyarham Siti Arfah bertudung kuning.

Mencari Landmark Di Utan Batu Jakarta

Sebenarnya, sebelum sampai ke lokasi Kak Pah sempat berkongsi pelbagai cerita. Dari kisah perjalanan haji, nekadnya belajar memandu, kisah anak-anak sampailah cerita Kak Pah melancong ke Jakarta tidak lama dulu.

Apa yang menarik tentang cerita-cerita Kak Pah? ‘Landmark’ kata kunci di sini. Bagaimana cerita ‘landmark’ boleh timbul dalam perbualan kami.

Cerita Kak Pah sewaktu dia ke Jakarta dahulu, Kak Pah ditemani seorang sahabat lama yang sudah biasa dengan jalan-jalan di kota penuh macet itu.

Suatu hari mereka keluar berdua mahu membeli belah di Jati Negara. Selesai urusan, mereka pulang dengan menaiki ‘tut-tut’.

Memandangkan ‘hasil tangkapan’ hari itu cukup banyak, mereka perlu menyewa dua ‘tut-tut’.

‘Puter-puter Saja Pak..’ Sesat Di Utan Batu

Faham sajalah, jalanraya di Jakarta, sesak dan padat. Ditakdirkan selepas beberapa ketika, Kak Pah terpisah dari kenderaan temannya. Kak Pah yang langsung tidak tahu jalan pulang terpaksa pulang sendirian.

Mahu ke mana mbak?” Tanya supir yang mengendali tut-tut.

Puter-puter saja pak. Saya baru sampai sini. Mahu lihat-lihat kota Jakarta.” Jawab Kak Pah tenang. Tidak mahu menampakkan yang dia tidak tahu jalan.

Bimbang ditipu pak supir yang tidak diketahui tulus atau tidak hati budinya.

Yang Kak Pah tahu rumah temannya ada di Utan Batu. Tapi, kawasan itu luas. Ibaratnya, mencari rumah di Shah Alam. Tapi Shah Alam di mana? Dan Kak Pah tidak tahu alamat rumah temannya itu.

Selepas setengah jam, supir pun hampir lelah. Kepala kak Pah ligat meninjau-ninjau jalan mahu cari ‘landmark’ ke kawasan perkampungan rumah temannya di Utan Batu. 

Gi mana ni mbak? Sudah setengah jam. Mahu ke mana sih?’ Pak supir kegelisahan. Kak Pah gelisah sama (tapi dalam hati saja) sementara mulut kak Pah yakin mengarah. 

Puter-puter saja pak. Terus puter-puter.” Kak Pah tak mahu mengalah dengan situasi sukar yang dialami. Tiba-tiba kak Pah terpandang deretan klinik gigi yang banyak di jalan yang dilalui.

Ya, Kak Pah yakin inilah laluan ke rumah temannya di Hutan Batu.

Otak Kak Pah berfikir ligat mengimbas kembali kenangan waktu pertama kali menjejakkan kaki ke tempat itu. Landmark klinik gigi yang bersusun itulah petunjuknya.

utan batu

Kak Pah Sesat Ke Mana..

Binggo! Tidak jauh, Kak Pah nampak temannya menunggu di tepi jalan dengan wajah kerisauan. 

Kak Pah, sesat ke mana tadi?” Segera temannya meluru dan mendakap Kak Pah erat.

Aku puter-puter dengan tut-tut. Dah pergi bayarkan bil puter-puter itu.” Kata Kak Pah selamba. 

Itu sedikit tentang kisah Kak Pah yang sarat dengan pelajaran.

  • Nombor satu, mahu jadi orang terbilang, jika mahu berjaya perlu tahu meletakkan tanda aras dalam diri. Maksudnya, bijak dalam setiap tindakan.
  • Iktibar kedua dari kisah Kak Pah, ketika tersesat di negara orang, jangan nampakkan sangat yang kita tidak tahu tentang apa-apa pun. Nanti mudah orang ambil kesempatan untuk menipu.
  • Ketiga dan paling penting, kenal ‘landmark’ setiap kali sampai di satu-satu tempat. Jika tersesat, mudah untuk mencari jalan pulang.

Samalah dengan kehidupan kita ini, perlu ada ‘landmark’ atau matlamat jika mahu berjaya. Mahu jadi penulis yang hebat perlu mencari mentor yang sesuai dengan bidangnya.

Jangan semberono memilih tok guru.

Andai tersesat, sukar sekali mahu kembali ke pangkal jalan. Bergurulah dengan yang pakar. Andai tersesat, ada guru yang mampu menarik kembali ke laluan sebenar.

Baca juga : Cara cepat cairkan santan kotak beku yang berbulan simpan freezer

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

3 Comments

  1. Naroswati Naib September 23, 2013
  2. hasnitasawal September 23, 2013
  3. Anonymous September 24, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!