demam-on-off-lepas-suntik-vaksin

Patutlah Demam On Off Selepas Suntik Vaksin

Sehari lepas suntikan pertama vaksin di MSU Shah Alam, en Yem demam on off sampai hari ini. Memandangkan cuma belah malam je demam-demam manja, jadi tidaklah berasa gusar.

Macam yang doktor sarankan, bila ada tanda-tanda nak demam ambillah Panadol. Itulah yang saya minta en Yem buat. Sebelum melarat lebih teruk.

Dalam masa yang sama perasaan bimbang dan berjaga-jaga tu bersilih ganti datang dan pergi. Maklumlah, waktu kami berdua dapatkan suntikan vaksin pertama, kes positif Covid-19 di Pusat Suntikan Vaksin, IDCC masih lagi diperkatakan ketika itu.

Apa pun sepanjang berada di sana, sentiasa ingatkan diri :

  • bawa pen sendiri,
  • ada bekalan sanitizer dalam beg,
  • sebolehnya jangan pegang escalator.

Sebab nak naik ke dewan itu, memang akan bertemu dengan escalator. Dia punya nak imbang badan bagi tak jatuh, terasa lucu pula bila ingat balik kenangan tu.

Suami Demam On Off, Saya Alami Perut Meragam

Alhamdulillah, saya tidaklah demam selepas suntik vaksin Covid-19. Cuma alami sakit perut untuk beberapa hari.

Jangan sampai saya tersalah makan sikit, perut mesti mula memulas.

Susah hati jugakan bila tahap kesihatan tak menentu ni. Lagi-lagi dengan angka jangkitan pesakit positif Covid yang tak mau turun-turun.

Rupanya demam on of selepas vaksin dan sakit perut yang saya dan suami alami itu adalah kesan sampingan yang memang berlaku pada penerima vaksin Covid-19.

nettyahhiyer.com

Malah, jika orang muda atau wanita kesan sampingan itu akan jadi lebih ketara disebabkan sistem imun yang kuat.

Kiranya, vaksin sedang bertindak balaslah dengan sistem daya tahan tubuh kita itu.

Kesan Sampingan Selepas Suntik Vaksin Covid-19

Masa itulah mula rasa sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.

Semua itu disebabkan hasil kereaktifan, manifestasi fizikal sistem imun yang bertindak balas terhadap vaksinasi. Begitulah penerangan mudah faham seorang Profesor di Singapura.

Tapi taklah bermakna mereka yang tiada kesan sampingan selepas suntikan itu tak dilindungi.

Memandangkan kami sedar selepas suntik vaksin ini, sistem imun dalam badan berkurang dan lemah. Sebolehnya kami cuba hadkan pergerakan.

Walau demam selepas vaksin tu on off, en Yem tetap jugalah kena keluar untuk beli barang dapur.

Sebab en Yem siang sihat saja, bila malam badan mula panas.

Sekali sehari sajalah en Yem keluar beli barang dapur. Saya beritahu en Yem, waktu ini badan kita tak kuat.

Sebab sistem imun kita yang lemah ini tengah nak biasakan dengan vaksin. Jadi, kita kenalah jaga diri, jangan bagi sakit.

Macam mana caranya tu, kenalah usahakan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan real food dalam diet seharian.

Walaupun tak mudah, sebab kitaorang memang love teruks dengan instant food dan segala yang ‘sweet-sweet’ ni.

Nampak gayanya, kenalah buat mana terdaya.

demam-on-off-amal-vitamin-C

Ambil Vitamin C Baik Untuk Cegah Virus Covid

Tempoh hari, bila adik-adik ipar saya disahkan positif, Kak Reen ada sarankan ambil vitamin C Citrex (untuk dewasa) dan Flavettes (untuk kanak-kanak/remaja).

Kata Kak Reen lagi, makanan tambahan itulah yang ahli farmasi cadangkan untuk ahli keluarganya yang juga pernah positif.

Minta adik carikan di farmasi Meru. Sayangnya cuma Flavettes saja yang dapat dijumpai. Mintalah adik beli vitamin C Flavettes yang 500mg itu. Tak apalah, makanlah 2 biji sehari.

Bak kata orang tua, tiada rotan, akar pun berguna.

Dan buat masa ini saya tak tergerak hati lagi nak buat belian vitamin secara online.

Kalau rasa tak cukup, makanlah juga buah-buahan yang mengandungi vitamin C di dalamnya macam buah oren, buah naga.

Kita ikhtiar dan usahakan mana termampu.

Apa pun kembalikan padaNya untuk perlindungan diri dan keluarga daripada virus yang tak nampak ini.

Jadi, bila dah faham kesan sampingan dari suntikan vaksin dan tahu apa yang sebenarnya badan kita ini sedang lalui, kita akan jadi lebih berjaga-jaga.

Semoga Covid-19 ini cepatlah pergi dari bumi Malaysia. Rasa rindu nak pergi jalan-jalan tu dah menebal betul di lubuk hati.

3 Comments

  1. Zaidalifah July 31, 2021
  2. Eswati azni July 31, 2021
  3. Lia Razali August 13, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!