kentang ikan bilis

Kentang Ikan Bilis Bercili Best Tumis Garing

Resepi kentang ikan bilis bercili ini pun sejenis masakan campak-campak juga. Sejenis nak cepat siap juga ini. Walaupun nama duduk rumah, tetaplah juga 24 jam bekerja kaedahnya.

Jadi, hendak mencari lauk pauk itu kenalah jenis yang mudah untuk disediakan.

Syukurlah anak-anak bukan sejenis cerewet. Dan walaupun ianya resepi campak-campak, ikan bilis dengan kentang saja. Rasanya tetap sedap terbaik, bila dinikmati bersama nasi panas.

Kentang ini saya beli di Lotus Setia Alam. Dia tulis situ dari Australia. Kulit kentangnya bersih jadi semasa memasak, saya cuma cuci bersih permukaan kentang dan potong terus. Barulah goreng.

Okay, jom cuba resepi kentang ikan bilis bercili ini.

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Bercili

Durasi memasak : 20 minit siap dah!

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang – hiris, saya tak kupas kulit, sebab kentang ini jenis bersih kulitnya. Anda boleh saja kupas kentang jika kulitnya tak meyakinkan.
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebiji bawang besar
  • 2 batang cili padi
  • Garam, gula, perasa.
kentang ikan bilis

Cara Membuat Sambal Kentang Ikan Bilis Cili Padi

  1. Gaul kentang dengan sedikit garam, sedikit sahaja ya. Goreng sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula ikan bilis sampai garing dan ketepikan.
  3. Jika minyak banyak, bolehlah dikurangkan sedikit. Goreng pula bawang besar sehingga garing.
  4. Nampak dah garing tu masukkan kentang, ikan bilis, cili padi, gula, garam dan perasa.
  5. Gaul sebati. Siap.

Haa.. semudah itu saja sambal kering kentang dan ikan bilis ini. Bolehlah dimakan dengan nasi panas.

Baca juga : Rahsia kentang putar gebu ‘creamy’ guna cream cheese

Idea Masakan Lauk Mudah

Bila dah buntu nak masak apa kan, bolehlah cuba resepi mudah kentang ikan bilis yang saya kongsikan ini. Sebenarnya, banyak lagi resepi mudah yang sedap dan anak suka.

kentang ikan bilis

Selain itu, ubi kentang sedap masak kentang lenyek. Pilih jenis kentang yang betul untuk dapatkan hasil ketanga putar yang sedap lagi gebu.

Macam saya, tentunya resepi nostalgia mudah nak buat, telur goreng belacan. Dulu-dulu kan hidup susah. Jadi nak dapat makan ayam ikan tu tersangatlah susah.

Lauk sardin tin itulah paling jimatnya. Waktu itulah, sekarang sardin tin ini dah jadi lauk kayangan. Satu tin saja dekat RM8. Fengsan!

Selain itu, abah suka masak telur goreng belacan. Ini pun sejenis lauk, yang boleh buat kita tak pandang kiri kanan masa menikmatinya. Hahaha..

Read More

Tags:

One Response

  1. Fuzy Rahamah Hamid July 19, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!