kambing perap

Resepi Kambing Perap Black Pepper BBQ Tersedap 2023

Resepi kambing perap black pepper bakar atas api ini antara yang tersedap lagi lembut pernah dimasak untuk hidangan anak-anak dan keluarga.

Penggunaan sos perapan BBQ lada hitam, ditambah dengan campuran buttercup dan sos worcestershire buatkan aroma kambing bakar lada hitam ini mengundang selera satu rumah.

Next time, kalau teringin nak buat lagi. Boleh saja cuba resepi kambing perap ini. Cicah pulak dengan sambal kicap kambing bakar. Boleh juga simpan dalam peti beku, bila nak guna boleh dinyahbekukan.

Resepi Kambing Perap Black Pepper

Durasi memasak : 1 jam 45 minit

Bahan-bahan

  • 2 pek daging kambing frozen ( beli di NSK Setia Alam)
  • 3 sudu besar sos Heinz BBQ original
  • 1 sudu besar kicap manis Mak Cun (boleh saja tukar jenama lain)
  • 1 sudu besar kicap manis kipas udang
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • Sedikit sos Worcestershire
  • Sedikit garam
  • Beberapa ketul bawang putih – kupas kulit dan ketuk
  • Sedikit marjerin buttercup
  • Thyme segar
kambing perap

Cara Membuat Perapan BBQ Kambing Perap

  1. Keluarkan daging kambing frozen dari peti beku. Lalukan bawah air paip. Toskan, boleh lap dengan tisu dapur untuk keringkan air daripada daging. Tak perlu tunggu lama untuk elakkan daging jadi lembik dan tak cantik.
  2. Pastikan air daging betul-betul kering.
  3. Boleh lumurkan daging kambing tadi dengan sos BBQ Heinz, kicap-kicap manis, garam dan lada hitam. Masukkan dalam plastik ziplock. Boleh juga masukkan sedikit minyak zaitun dan simpan dalam chiller selama 1 jam.
  4. Selepas 1 jam. Panaskan kuali pemanggang atas api dapur, gunakan api sederhana.
  5. Bila dah panas, boleh letak daging kambing perap sos lada hitam BBQ tadi yang siap diperap tadi.
  6. Sambil memanggang, boleh titikkan sos worcestershire atas daging kambing perap yang dibakar.
  7. Di bawah daging kambing, boleh letakkan potongan kecil buttercup. Apabila bahagian bawah sudah masak, boleh balikkan. Sambil membakar, boleh masukkan beberapa ketul bawang putih di sekelilingnya.
  8. Boleh ulang langkah 6 dan 7. 
  9. Daging kambing frozen ini tak perlu dimasak terlalu lama, sebab dagingnya akan jadi keras dan liat jika terlebih masak.
kambing perap

Berapa Lama Masak Kambing Perap

Kalau masak kambing perap Pak Mat Western itu, nak masak daging perapan itu ambil masa 10 minit sajakan. Tapi, untuk perapan kambing sendiri ini saya ambil masa lebih sedikit.

Dalam 20 minit bergantung pada ketebalan dan kenipisan daging kambing bakar itu. Kalau nipis, boleh dikurangkan minitnya lagi. 

Anda perlu pandai membuat anggaran daging kambing yang dibakar itu dan masak sepenuhnya atau tidak. Tak perlu masak daging kambing terlalu lama ya. Inilah rahsia resepi kambing perap lembut.

Ini saya guna cara grill kambing bakar atas api dapur saja. Tiada melibatkan penggunaan oven.

kambing perap

Cara Simpan Kambing Perap

Jika mahu membuat stok perapan kambing di rumah sendiri, anda boleh masukkan daging kambing yang siap dilumur sos perapan lada hitam BBQ dalam plastik ziplock atau bekas kedap udara.

Simpan dalam peti beku.

Bila hendak dimasak, keluarkan dari peti beku untuk dinyahbeku. Selepas sejam dua bolehlah dibakar atas api dapur, dalam microwave, air fryer mahupun oven.

Kambing perapan yang disimpan dengan betul akan tetap sedap dan juicy apabila dimasak.

Haa.. sambil-sambil memasak itu, bagus juga jika dapat sikit-sikit buat hafalan surah al kahfi 1-10

Kambing Bakar Sedap Makan Dengan Apa

Daging kambing yang telah siap diperap dan dibakar ini sebenarnya sedap dimakan bersama hidangan sampingan lain. Ianya akan jadi lebih enak dan bermakna jika dinikmati bersama keluarga.

Antara cadangan hidangan sampingan untuk kambing perap anda ini adalah :

Tentunya dengan hidangan sampingan sebegini akan lengkaplah makan malam anda. Kambing panggang dengan perapan sos ini amat sedap jika dinikmati pada waktu makan malam.

Bukan tak boleh makan tengahari, cuma kambing ini kan panas. Kalau makan di tengahari mahu berkipaslah jawabnya anda nanti.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!