Resepi telur goreng belacan guna Belacan Hitam Batu Laut ini serius sedap. Saya namakan ‘melimpah’ itu sebab belacan saya guna banyak betul.
Jadi resepi telur belacan ini sesuai amat untuk ‘hantu’ belacan. Serius! Memang sedap banding telur goreng lada kering tu.
Yang ala-ala ada resdung, atau alahan, kegatalan. Boleh letak sikit saja belacan itu ya. Menu ini sedap bila dimakan dengan nasi panas.
Resepi Telur Goreng Belacan Batu Laut
Bahan-bahan Telur Goreng Belacan Hitam
- 1 inci Belacan Hitam Batu Laut
- Segenggam ikan bilis
- Setengah bawang besar – hiris
- 1 sudu besar serbuk cili / 5 tangkai cili padi
Cara Masak Telur Goreng Belacan
- Panaskan minyak untuk menumis.
- Goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, goreng bawang besar hiris.
- Kemudian masukkan belacan dan serbuk cili. Masukkan bilis.
- Gaul sekata sampai kesemua masak dan garing.
Resipi Telur Goreng Sedap Letak Cili Belacan
Bahan-bahan
- 1 biji telur
- Sedikit belacan (guna belacan hitam/belacan Ali)
- 6 tangkai cili padi – diketuk
Cara Buat Telur Goreng Belacan Sedap
- Panaskan minyak untuk menumis.
- Masukkan belacan dan masak sampai naik bau harum. Masukkan cili padi diketuk. Kacau sekata.
- Pecahkan telur dalam mangkuk. Tuang dalam belacan tumis tadi. Kacau sekata.
- Boleh juga perah limau waktu nak makan untuk menambah keenakan pada telur goreng belacan tadi.
Baca juga : 3 resepi telur dadar sedap
Kenapa Alah Dengan Belacan
Ada orang memang alah dengan belacan. Boleh terbersin atau gatal-gatal badan. Mungkin sebab belacan diperbuat daripada udang geragau.
Atau isi udang laut yang kecil saiznya. Lepas itu diperam lama jadi penyedap makanan. Begitulah serba sedikit cara buat belacan.
Kata adik ipar, Belacan Hitam Batu Laut ini mak sedaranya yang jual. Tempoh hari dia beri saya 2 bungkus.
Memang lama dah request dari adik ipar saya, Zyra. Sebab belacan ini special. Belacannya dibuat dari udang geragau hitam. Rasa dia pun lemak-lemak.
Homemade buatan muslim lagi.
Kalau buat goreng belacan memang terbaik. Lagi pula masak pedas-pedas. Campur dan masak telur goreng sedap nanti kejadiannya.
Saya ini memang dari kecil dibesarkan dengan belacan.
Mak sampai sekarang kalau masak sayur, mesti campur belacan. Dah macam cerita P Ramlee pulak. Cuma, saya tak letak belacan dalam sayuran.
En Yem kan gout. Dia mana boleh makan. Tapi isteri dia tetap juga masak belacan ikut suka. Hari itu buat isi kerang tumislah, sambal udang petailah.
Bak kata en Yem, makan je. Dah alang-alang sakit.
Gituh!
Selain telur belacan ini, saya pernah juga kongsikan resepi telur goreng dan cara goreng telur kuning cair dengan tiga teknik menggoreng. Ini macam nak dapatkan telur mata kerbau yang cantik hasilnya.
Nota : Saya guna serbuk cili tu sebab cili padi dah habis dekat rumah. Ada banyak lebihan serbuk cili Babas waktu buat kimchi sebelum ini. Kalau guna cili padi pun boleh saja.
Baca juga : Cepatnya masak sardin tin, guna 3 bahan
Cari Belacan Hitam Batu Laut Di Sini
Posting saya ini rupanya mendapat maklumbalas daripada pembaca. Ada yang menghubungi saya bertanyakan di mana mahu mendapatkan Belacan Hitam yang sedap ini.
Ini yang adik ipar saya kongsikan, cara nak cari belacan batu laut. Ini alamat Kedai Sahid : Jalan Merbuk, Kampung Ladang Batu, 42800 Tanjong Sepat, Selangor
Cara Simpan Belacan
Begini cara simpan belacan mentah di rumah ini. Alhamdulillah, tahan lama dan selamat digunakan.
- Kalau beli belacan disertakan sekali plastikkan. Saya tak buang plastik tu. Itulah jadi pembalut belacan.
- Kalau tak nak guna pembalut suratkhabar yang ada pada belacan, boleh tukar pembalut suratkhabar baru.
- Masukkan dalam bekas tipuware. Tutup kemas.
- Simpan dalam peti ais bahagian beku. (kenapa beku? Sebab waktu saya beli bilis di Kuantan, tokey Cina tu simpan barangan kering dia dalam peti sejuk beku tu. Dari situ dapat idea nak buat gitu juga.)
- Macam arwah mak mentua pernah ajarkan pada saya. Cara dia, mak mentua akan sangai dulu belacan dalam kuali.
- Dah garing tu, dia simpan dalam botol. Tak masuk peti ais pun. Tahan lama, tak busuk dan masih kekal kualiti sedap dia.
- Tapi saya kan sejenis menantu ‘rajin’ amat. Saya buat step mula-mula tu je. Kih..kih.. kih.
Eh dulu arwah mak mentua kite jual belacan ni, sepotong 50 sen jer murah giler dia jual. Belacan ni memang sedap… kalau bakar tu wangi giler… kadang gatal tangan dok suap kemulut, Batu laut ni yang dekat Bantingkan! Kampung suami dan mak mentua sebelah tu jer Kg Kundang.
Murahnya waktu tu Bonde. Yg adik ipar bagi ni tak tau pulak harga dia berapa. Memang harum, sedap dia lain macam. Tak silap adik sebut kat area tulah mak sedara dia. Sejak dah rasa tu terus teringat-ingat kalau belacan ni habis.. kiki.