resepi-spaghetti-carbonara-simple-berkrim

Resepi Carbonara Simple Berkrim, Spaghetti & Spiral

Resepi carbonara simple yang saya buat ini lain machiam sungguh. Tak pernah dibuat orang spaghetti carbonara macam gini. Gandingan spaghetti dengan pasta spiral.

Hidangan ini bolehlah dikatakan sebagai idea masakan leftover pasta. Gitu! Sebab sayangkan pasta dengan spaghetti angle hair yang berbaki itu.

Jadinya, saya buatkan spaghetti carbonara plus spiral yang simple untuk sarapan anak-anak. Zup zap saja cara nak buatnya.

Bahan masakan pun simple saja. Lagi tak menahan, saya tempatan kan citarasanya. Siap ku campurkan daun kucai.

Resepi Carbonara Simple

cara-rebus-spaghetti-tak-melekat

Cara Rebus Spaghetti Tidak Melekat

  • Mula-mula rebuslah dulu spaghetti dan spiral pasta tu.
  • Saya masukkan dua tiga titis minyak zaitun (olive oil) dan sedikit garam.
  • Jadi, tidaklah nanti spaghetti melekat antara satu sama lain semasa direbus.
  • Kacau juga sesekali.
  • Rebus spageti seketika sampai kenyal dan tak melekat.
  • Air rebusan jangan dibuang lagi, sebab nanti akan digunakan dalam sos.

Begini Tentukan Spaghetti Dah Masak

  • Ada yang saya baca, chef kalau nak tahu spaghetti dah masak elok atau tak. Dia akan ambil sehelai spaghetti dan lempar kat dinding. Kalau melekat tu maknanya dah masak elok.
  • Tapi saya tak buat gitulah. Cara saya, kalau gigit masih rasa mentah tu, atau picit masih keras. Maka, saya rebuslah lagi.
  • Atau cara tepatnya merebus spaghetti ini, ikut saja panduan merebus pada paket bungkusan baik spageti atau pun pasta. Akan dikongsikan masa yang diperlukan lama mana.

Baca : Cara buat sup krim cendawan simple tersedap

Bahan-bahan

Guna apa adanya di dapur. Anda boleh ubah ikut citarasa.

  • Sedikit planta (kalau ada marjerin/butter pun bagus juga.)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Spaghetti & spiral pasta
  • Sos Prego Keju & Herba
  • Susu cair tin (guna susu fresh milk full cream lagi sedap)
  • Mozarella
  • 1/2 bawang Holland – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • Sedikit lada hitam
  • Segenggam daun kucai

Daun kucai ini petik depan rumah je. Daun kucai ini sedap masak dengan udang. Buat kimchi pun enak. Boleh tengok sini resepi kimchi kucai yang pernah saya kongsikan.

cara-masak-resepi-spaghetti-carbonara-simple-berkrim

Masak Resepi Spaghetti Carbonara Berkrim (Campur Spiral)

  1. Masukkan planta dan minyak zaitun dalam kuali. (saya campurkan minyak ini sebab nak elak daripada planta hangit semasa menggoreng)
  2. Masukkan bawang Holland, bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan lada hitam.
  3. Kemudian, masukkan sos prego.
  4. Kacau rata masukkan air rebusan spaghetti, pasta tadi dalam satu senduk.
  5. Tambahkan susu cair.
  6. Masukkan spaghetti dan pasta yang dah tapis. Kacau seketika, masukkan daun kucai (ni optional. Buh bayam pun sedap). Taburkan keju mozarella.
  7. Gaul bagi rata dan tutuplah api.
Spaghetti, pasta carbonara saya ini tidaklah garing tapi lebih pada creamy ‘basah’ gitu. Style mak-mak Melayu masak omputih.. ginilah kejadiannya.

Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim Letak Parmesan Cheese

Diikutkan carbonara ini merupakan sajian pasta Itali dari Rome. Diperbuat daripada telur, keju kental, empingan daging dan lada hitam.

Dia tidaklah basah macam yang saya buat itu. Teksturnya sosnya lebih pekat, creamy betul, garing dan taburan parmigiano nampak seketul-seketul.

Setiap kali tengok chef antarabangsa masak, David Rocco, dia gemar betul sebut “parmigiano”. Ingatkan apalah benda alah itu.

Rupanya parmigiano itu keju parmesan asli. Tapi bukan semua parmesan adalah ‘parmigiano’.

nettyahhiyer.com

Haa.. pening kan. Macam belacan lah.. belacan itu ada yang dibuat dari udang geragau. Tapi bila jadi cencalok, dia tak dipanggil belacan.

Hahaha.. logik ke tak ntah penerangan ni.

Dalam carbonara versi Itali, taburan keju parmesan ini menjadi penambah rasa lemak lagi berkrim spaghetti mahupun pasta.

Cuma dalam resepi yang saya share di atas ini nak serasikan dengan tekak Melayu dalam rumah ni. Keju parmesan pun kebetulannya tak ada kat rumah ini.

Kalau ada, bolehlah letak. Parmesan akan menambah rasa lemak, masam (sedikit - yang seimbangkan rasa berlemak) dan bangkitkan rasa ‘kick’ dalam carbonara.

Cuma, bila sos yang ‘basah’ macam saya buat tu. Bila tabur parmesan, mungkin rasa parmesan sebagai penambah ‘kick’ pada carbonara itu tak berasa sangat.

Ini daripada pandangan peribadi sebagai tukang makan lah.

Saya juga ada kongsikan cara membuat kentang putar dengan gandingan cream cheese. Haa.. resepi saya ini memang pelik-pelik skit. Ala-ala derhaka je kekdahnya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!