sambal-sardin

Sambal Sardin Garam Masala Yang Sedap

Sambal sardin garam masalah yang sedap | Ini pun antara resepi campak-campak yang mudah dan senang nak disediakan. Tak sampai sejam dah boleh jadi masakan ringkas ini.

Tempoh hari saya beli setin sardin mackerel jenama King Cup. Saiz yang besar ni dalam RM8.90. Disebabkan sardin tin pun dah jadi sejenis makanan mewah, maka kenalah masak dengan jayanya.

Maksud jayanya saya ini, masak satu lauk pun dah cukup. Tambahlah apa-apa jenis sayuran dalam tu. Jadilah one pot meal recipe. Dalam satu hidangan, ada lauk ada sayur.

Kalau nak ada tambahan pun, bolehlah gorengkan telur dadar simple, atau telur mata kerbau. Sambal sardin, telur gandingkan bersama. Sedap amat dah tu.

Resepi Sambal Sardin Garam Masala

Durasi memasak : 45 minit boleh siap dah!

  • Bahan-bahan
  • 1 tin sardin mackerel – saiz besar (ada 4 ketul ikan mackerel dalam tu)
  • 2 biji kentang – dikupas, potong wedges dan goreng
  • Sebiji bawang besar – kisar
  • Separuh bawang besar – hiris besar-besar
  • 15 tangkai cili kering – rebus, tos dan kisar.
  • 1 tangkai daun asam paya
  • 2 tangkai cili besar hijau – belah memanjang
  • Sedikit garam masala (sikit saja tau)
  • Garam, gula, perasa

Cara Membuat Sambal Sardin Pedas

  1. Kisar cili kering yang sudah direbus bersama bawang besar sampai halus.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sampai cili betul-betul masak. Saya masukkan gula siap-siap untuk buang rasa maung cili.
  3. Masukkan kentang yang sudah digoreng. Gaul sekata.
  4. Masukkan sardin. Kuahnya biarkan dulu, jangan masukkan lagi.
  5. Kacau seketika bagi sardin tu masak. Kalau kuahnya pekat, tambahkanlah sedikit air.
  6. Kemudian, masukkan kuah sardin, daun asam paya, cili hijau dan bawang hiris.
  7. Tambahkan garam dan perasa (ini optional).
  8. Dah rasa sedap sambal sardin itu, bolehlah matikan api.
sambal-sardin

Rasa Garam Masala Ini Macam Mana

Haa.. asalnya saya nak buat sambal tumis sardin yang pedas. Tapi, teringat ada terbeli rempah Garam Masala Baba’s baru ni. Terus jadi gatai tangan buh dalam sambal sardin tu.

Rasa dia memang berubah sedikit.

Sebab gara-gara dah lama betul nak tahu macam manalah rasa garam masalah ini. Sejak ada ini, dalam ayam goreng pun saya buh juga sikit garam masala.

Yummy! Rasa ala-ala ayam goreng mamak.

Tu pun rempah campak-campak je tu.

Info : Saya tak masukkan asam jawa atau asam keping sebab daun asam paya itu dah ada rasa masam. Nanti daun itu akan memberi rasa masam pada lauk sambal sardin saya ini.

Emak memang ada tanam pokok asam paya ini, merimbun daunnya di kebun. Kalau saya balik rumah mak, mesti saya ambil bawa balik.

Bila nak masak asam pedas ke, lauk lemak negeri sembilan ke mesti saya guna daun itu.

Tak tahulah kenapa saya suka sangat guna daun asam paya ini. Oh ya! buah asam paya ini adik beradik roselle juga. Kalau buahnya berbuah lebat, saya ambil jadikan jus dan jem yang sedap.

Baca : Cepatnya masak sardin tin, guna 3 bahan

Apa Beza Sardin Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

Dulu waktu belum tahu kan, saya main beli je. Dan main masak je. Rupanya, kedua-dua jenis ikan ini tak sama. Walaupun tin dan pembungkusannya sama.

Tapi isinya berbeza.

Macam ikan sardin ini, ikannya lebih kecil tentulah ketulan dalam tin itu jadi lebih banyak. Tapi banyak tak banyaklah sekarang ini. Hahaha..

Kalau ikan mackerel pula, isinya lebih besar. Dan jumlahnya pun kurang sedikit daripada isi ikan sardin.

sambal-sardin

Bagi saya, saya lebih suka masak tin ikan mackerel. Rasa lebih sedap lagi. Tapi, kalau diikutkan lebih kurang saja sebenarnya rasa dia.

Cuma itulah, tekak kekadang tergedik sikit kan.

Mungkin juga sebab saiz ikan mackerel yang besar itu, jadi lebih mudah untuk dimasak. Haa.. bila dah campur dengan kentang ke apa, jadi banyaklah jumlah hidangan itu.

Kalau bab membeli jenama sardin pula, saya cuma akan ambil samada King Cup atau Ayam Brand saja. Memandangkan harga Ayam Brand yang boleh tahan tu, saya kerap beli sardin tin jenama King Cup.

Dulu saya tak kisah pun, tapi bila terbaca kes dalam sardin ada cacing tu.. tetiba jadi auto selektif.

Seram sendiri kot.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. Syazni Rahim July 29, 2022
    • nettyahhiyer July 29, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!