Resepi ayam sambal tomato cara saya ini adalah olahan gabungan sambal ayam dan sambal ayam penyet. Serba campak-campak, yang penting senang saja membuatnya.
Rasanya seakan ayam penyet tapi versi cili kering. Kiranya macam resepi sambal ayam kering jugalah ini.
Tapi ini bukan ayam masak merah tomato ya. Sebab saya tak gunakan sos cili atau sos tomato patah lagi bahan rempah. Tersangatlah simple resepi ayam sambal tomato ini.
Resepi Ayam Sambal Tomato Simple
Durasi memasak : 35 minit
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam – potong sederhana kecil
- Semangkuk kecil cili kering -rebus dan kisar.
- Sebiji bawang besar – kisar
- Sedikit belacan
- Sebiji tomato – hiris nipis
- Beberapa helai daun roselle – sebab ada kat rumah ini, mak bagi
- Gula, garam, perasa
Cara Memasak Ayam sambal tomato
- Ayam lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng tapi tak perlu garing sangat.
- Siap. Ketepikan.
- Gunakan minyak lebihan goreng ayam. Kalau banyak, buang cuma amik jumlah untuk menumis.
- Tumis bahan kisar; cili kering dan bawang besar. Masa ini saya masukkan gula siap-siap.
- Agak dah naik bau, cili hampir masak, masukkan tomato dan belacan. Kacau bagi tomato sebati dengan sambal. Kalau pekat, bolehlah tambah air sedikit.
- Masukkan daun roselle, perasa dan garam.
- Nampak dah sebati masukkan ayam, gaul-gaul rata.
- Siaplah ayam goreng sambal tomato.
Baca juga : Cepatnya masak sardin tin, guna 3 bahan
Cara Goreng Ayam Lembut Kekal Juicy
Rupanya ada cara macamana nak dapatkan ayam goreng yang lembut juicy. Taklah macam ayam goreng McD tu, sebab ni kan nak buat masak dengan sambal dan tomato.
- Bersihkan ayam, sebaiknya bilas dengan tepung untuk buang bau hanyir ayam dan toskan.
- Lumur bahagian ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- Tambahkan dengan sedikit cuka makan. Haa.. inilah yang jadikan rahsia ayam goreng lembut tu.
- Peram dalam 15 minit dan bolehlah digoreng dalam kuali dengan minyak yang banyak.
- Gunakan api sederhana agar isi ayam masak sehingga ke dalam.
Baca juga : Resepi sambal udang petai mudah
Kenapa Letak Daun Roselle
Daun roselle ini boleh berikan rasa masam pada masakan. Kalau tak ada tak payah letak pun tak apa. Boleh perahkan limau kasturi atau lemon jika mahu.
Pokok roselle ini asalnya dapat dari kakak ipar. Dikenali juga dengan nama pokok asam paya. Bijinya beri kat mak suruh tanam dekat kebun wak Idah. Mak pun tanam.
Harapan nanti dapatlah makan buah roselle bila dah menjadi. Sekali, pokok-pokok roselle mak ni jadi mabuk daun.
Berdaun lebat tapi tak maunya keluar buah.
Macam-macam cara mak buat. Dah potong pun tetap gitu. Sudahnya mak kata, sedekah je dedaun pokok roselle tu pada siapa yang nak.
Hari tu masa masak laksa, saya masukkan daun roselle jugak. Sedap je rasanya. Tak mengubah rasa laksa tu dan kitaorang pun takdelah jadi pening ke apa bila makan.
Lagipun kalau buah roselle tu boleh dimakan, tentu-tentu daunnya boleh dimakan. Macam tulah perkiraan suka hati saya.
Baca juga : Resepi maggi goreng
Wow kegemaran nihhhh
Nanti nak try jugak lah
Sis pn selalu buat resepi ni sbb senang hehe