Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 sejumlah RM150 untuk setiap orang pelajar diagihkan bermula minggu ini. Ada yang dapat dah.
Penerimanya dari kalangan murid tahun satu hingga 6, pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM bulan Februari 2023 tak layan mendapat BAP) bagi sesi persekolahan 2022/2023.
Dan bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SKB), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di seluruh negara. Jadi, ingatkan anak yang menerima duit bantuan sekolah ini untuk bawa dokumen penting ya.
Info Duit Bantuan Awal Persekolahan 2023
Syarat asal penerima Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 ini : pelajar yang berkelayakan adalah pelajar yang layak dan mendapat bantuan duit sekolah secara automatik ikut pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaganya. Iaitu RM3000 ke bawah.
Kemudian, Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan 2023 dinaikkan jumlahnya daripada RM100 kepada RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Bermakna, setiap pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 sesi persekolahan 2023 layak menerima BAP ini dan akan diberikan RM150 sekaligus (one-off)
Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2023 diberikan : bermula seawal 12 Januari 2023. Ada sekolah yang muridnya mula dapat duit bantuan minggu ini.
Apa Perlu Dibawa Waktu Terima Duit Bantuan Persekolahan
- Murid hendaklah warganegara dan perlu membawa dokumen sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Iaitu sijil lahir / mykid / mykad (kad pengenalan murid yang menerima itu sendiri)
- Kad pengenalan mak ayah atau penjaga.
- Jika wakil, perlu sertakan surat wakil dengan ditandatangani ibu bapa atau penjaga, salinan kad pengenalan mak ayah atau penjaga, salinan kad pengenalan wakil.
- Lokasi pemberian adalah mengikut surat pekeliling yang diberikan oleh pihak sekolah. Agihan secara berperingkat mengikut sekolah.
Bagaimana Bantuan Disalurkan
Bantuan BAP ini disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada,
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah PPD bagi sekolah yang tiada akaun KWK.
Bersyukur dengan pemberian duit bantuan persekolahan ini. Terutama kepada ibu bapa mahupun penjaga yang berdepan kesukaran menanggung belanja persekolahan untuk anak-anaknya di tahun serba mencabar ini.
Sekurang-kurangnya pemberian ini dapat meringankan beban persekolahan anak-anak.
Tentulah ini satu berita gembira buat mak ayah semuakan.
Inisiatif sebegini boleh digunakan oleh mak ayah untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak menjelang persekolahan bersemuka pada sesi Mac 2023 nanti.
Duit Bantuan Awal Persekolahan Hilang Lebih RM109,000
Terkejut juga membaca berita yang menimpa seorang guru besar yang kehilangan wang bantuan awal persekolahan bernilai lebih RM109,000.
Dikatakan guru besar itu baru saja mengeluarkan wang berkenaan dari bank. Dia singgah sebentar ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
Dengan meninggalkan beg berisi wang untuk bantuan murid itu tempat duduk kanan bahagian penumpang. Siapa sangka cermin kereta tu kena pecah. Beg berisi duit tu pun lesap diambil pencuri.
Terkedu dibuatnya. Bersimpati sungguh dengan musibah yang menimpa guru besar berkenaan. Semoga dapatlah berjumpa balik duit BAP yang hilang itu.
Bukan sikit-sikit pelajar tu mengharapkan duit bantuan itu.
Baca juga :
- Semak bantuan banjir rupanya dapat panggilan hari ini
- Senarai ATM Maybank boleh tukar duit raya 2023
- Asrama sekolah agama terbakar, derma bantu mangsa
Baca juga : Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan
pembetulan. pelajar2 ting 5 2022 yg akan ambil SPM bln FEB 2023 x layak utk mendapat BAP INI.
Tq abang Kie, saya dah update infonya.
Anak-anak saya darjah 2 dan 4 2023 juga dapat hari ni, rasanya mula dari darjah 1. Kes guru besar tu buat saya terfikir, siapalah nak ganti nanti kan?
Itulah kan.. harap dapatlah ditemui semula kan.