Filem Pulau merupakan sebuah filem bergenre seram yang kemudiannya mencetuskan kontroversi sehingga diharamkan tayangan di Terengganu.
Pengarah filem Pulau, sutradara prolifik, Euho. Dan Pulau diterbitkan oleh WebTVAsia ini ditayangkan di layar perak pada 9 Mac 2023. Dan beberapa negara lain termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
Filem ini yang menelan belanja sehingga RM4 juta ini menjalani pengambaran selama 30 hari di Pulau Langkawi. Sekitar Jun lalu, filem Pulau meraih kejayaan kutipan tiket terbesar di Kemboja dan juga Vietnam.
Sinopsis Filem Pulau 2023
Sebuah filem seram yang memaparkan kisah percutian anak-anak muda yang tak berkesudahan. Malah, menjadi mimpi ngeri buat mereka selepas kalah dalam pertaruhan di sebuah pulau yang terpencil.
Dalam berdepan kekalutan itu, mereka tak sengaja terjumpa dengan sebuah kampung yang terbiar lagi misteri. Ketika di perkampungan itulah mereka memecahkan pendinding mantera lama yang telah sekian lama memerangkap semangat jahat yang dikurung di pulau itu.
Rentetan daripada itu, seorang demi seorang anak muda itu telah menjadi mangsa. Menderitai setiap akibat kesilapan yang mereka telah lakukan. Yang mana, ia telah menyebabkan kemarahan ‘makhluk’ jahat di pulau misteri itu.
Makhluk itu memerlukan darah manusia bagi membolehkannya untuk terus hidup. Dan jalan keluar baginya ketika itu ada di tangan satu-satunya gadis yang perlu menggunakan kuasa ghaib untuk merungkaikan sejarah silam penuh debaran antara cinta dua budaya.
Baca juga : zizan razak, biodata, filem lakonan dan gosip cinta 2023
Pelakon Filem Pulau
Layar Perak Filem Pulau ini dibintangi oleh pelakon lelaki dan wanita terkenal,
- Amelia Henderson melakonkan watak Kat
- alif satar melakonkan watak Ben
- Ikmal Amry menjadi Khai
- Joey Leong menjadi Lili
- Sanjna Suri menjadi Yus
- Vikar menjadi Mark
- Evie Feroza menjadi Moli
- Jazmy Juma sebagai Dauz
- Namron melakonkan watak Azhan
- Harris Annuar sebagai Desmond
- Sabronzo sebagai Yaya
- Siwe Pui Yi menjadi Kitty
- Mark O’Dea melakonkan watak Hero
- Alexander Henderson menjadi Toni
Turut menampilkan pelakon handalan seperti :
- Wan Hanafi Su
- Cedric Loo
- Eddie Chong
Baca juga : Menjelang magrib
Cerita Unik Disebalik Pembikinan Filem Pulau
Sewaktu dalam pengambaran, pihak produksi tak sengaja menemui sebuah gua iaitu Gua Kedah Marble. Gua tersebut sudah pun terbiar selama 20 tahun.
Dan di situlah menjadi lokasi pengambaran penting sepanjang pembikinan filem Pulau.
Pelakon wanita, Amelia juga dikatakan telah berendam selama 12 jam dalam laut demi menjiwai watak lemas. Setiap pelakon juga diwajibkan mengambil lesen menyelam sebelum memulakan sesi penggambaran.
Filem ini juga menembusi pasaran luar negara selain ditayangkan di Malaysia.
Kontroversi Filem Pulau
Walau bagaimana pun, sebelum ditayangkan Pulau mula menimbulkan kontroversi yang membuatkan filem ini diharamkan tayangannya di negeri Terengganu.
Kerajaan negeri Terengganu menyifarkan filem ini mengandungi unsur ‘soft porn’ yang mengundang kebimbangan. Justeru, ianya dilarang ditayangkan di pawagam di negara itu.
Penerbit filem, Fred Chong memaklumkan yang pihaknya mengalami kerugian sehingga RM500 ribu kerana ada penaja yang menarik diri dari menaja filem berkenaan.
Malah, ada juga dakwaan yang menyatakan poster yang dihasilkan untuk Pulau dikatakan seakan sama dengan filem Fantasy Island, iaitu filem yang dikeluarkan pada tahun 2020.
Baca juga : Kutipan filem mat kilau Raih RM11 Juta
Filem Pulau 2023 Cipta Sejarah Di Kemboja
Di Kemboja, filem Pulau meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas ditayangkan di negara itu sekitar Jun yang lalu. Menjadikan filem seram itu berada di carta teratas yang paling banyak ditonton di Kemboja.
Kejayaan filem ini mencatat rekod tertinggi pada hari pertama pembukaan, pembukaan hujung minggu, minggu kedua dan ketiga di Kemboja.
Malah Pulau juga dipilih ke Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi wakil tunggal Malaysia.
Ketika tayangannya di Vietnam juga filem ini mencatat keuntungan tertinggi sepanjang masa. Kejayaan di Kemboja disusuli dengan menandatangani memorandum persefahama (MoU) antara WbTVAsia dan Westec Media.
Matlamatnya untuk membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kembaja yang dinaungi MCN WebTVAsia.
Kejayaan itu membuatkan penerbitnya turut memaklumkan berkemungkinan akan menghasilkan filem sekuel untuknya iaitu Pulau 2.
Malah, mungkin akan memanggil pelakon dari negara lain untuk turut serta menjayakan filemnya. Antaranya pelakon dari Indonesia Thailand dan Vietnam.
Baca juga : drama kerana cinta itu ada