Semak bantuan banjir rupanya dapat panggilan hari ini | Kontroversi sungguh bantuan banjir ini. Dari soal nak beri bantuan, sampailah hari nak terima bantuan pun boleh tahan pening nak hadap.
Bukannya mempersoalkan bantuan banjir itu.
Tak pernah sekali pun. Sebab bagi kitaorang jika ada, alhamdulillah. Jika tiada bukan rezeki untuk kami. semudah itu sajalah pemikiran nya.
Tetapi, melihat pada kronologi dari permohonan sampailah penerimaan bantuan banjir di Selangor ini. Sungguhlah, amat menyedihkan hati.
Lihat saja suami sendiri. Hari ketiga atau keempat (tak ingat sangat) selepas dapat balik ke rumah dari Pusat Pemindahan Sementara di SK Binjai, Meru. Bergegas-gegas suami sediakan dokumen untuk permohonan banjir.
Print gambar, buat report di balai polis. Que panjang pulak tu nak selesaikan setiap urusan.
Selesai memohon, cuma perlu menanti sajalah kan.
Bantuan Banjir Masih Jadi Tanda Tanya
Masuk sebulan, kejiranan taman sudah mula bertanyakan penerimaan bantuan banjir. Katanya, kejiranan di taman lain sudah mula menerima. Begitu juga di kawasan tempat ibu saya.
Ada yang terima hingga RM4000.
Ada juga kawan jiran tag di status berkenaan bantuan bajir. Tidak cukup dengan itu, rakan saya siap bertanya langsung dengan YB di Meru ini tentang bantuan banjir.
Tetap akhirnya diminta bersabar.
Di media sosial sudah viral sana sini berkenaan bantuan banjir yang masih belum diterima. Macam tak nampak bayangan.
Semak Bantuan Banjir Di Sini
Kadangkala saya semak bantuan banjir di sini : BANTUAN BANJIR SELANGOR
Keputusannya masih dalam semakan.
Semalam pun sempat saya belek lagi, kali ini status itu sudah bertukar. Katanya permohonan telah diterima dan proses pembayaran akan dilakukan nanti (bahasa betulnya saya tak berapa nak ingat, sebab tak teringat nak screenshot).
Di dalam grup taman saya pula sudah ada mangsa banjir yang menerima bayaran. Ada yang dapat cash RM2000 dan ada yang RM1000. Tak tahulah macam mana pembahagian agihan itu dibuat.
Malam tadi, saya tanya en Yem, “abang tak dapat apa-apa sms ke?”
“Tak.” En Yem tunjukkan sms nya yang kosong.
Rajin laki aku clearkan sms ke whatsapp phone dia. Jauh benor dari sifat bini dia bila berhandphone.. hahaha..
Habis sms ke whatsapp dari zaman tok kaduk dikumpulnya.
Baca : Mencipta ruang bilik tidur selepas banjir

Dapat Notis Ambil Duit Bantuan
Tiba-tiba.. tengahari ini, en Yem menelefon dengan suara kelam kabutnya.
Minta saya checkkan sekali lagi. “Tolong semak bantuan banjir yang awak tengok tu.” Tetapkan walau jauh di mata, isteri dia juga kena buat kerja-kerja melibatkan internet ni.
Laa.. sekali nama en Yem naik rupanya. Kena ambil bantuan banjir itu dekat Dewan Sri Kerayong, Kapar jam 4 petang hari ini juga.
Sudahlah en Yem sedang kerja di KL.
Ku boleh bayangkan betapa kelam kabutnya nak memahamkan, berkejar-kejar ke lokasi bantuan ikut timing dia beri tu. Isk! lah. Short notice sungguh kan.
Boleh bayang pulak, sure beratur panjang tu nanti. Sebab beberapa hari lepas nampaklah kawan-kawan share betapa panjangnya barisan orang beratur nak ambil bantuan banjir itu.
Adalah dalam 2km panjang.
Tiba-tiba jadi kasihan dengan suami sendiri.
nettyahhiyer.com
Terbaca pula statement MB Selangor yang kata pemohon bantuan banjir ni yang nak ambil cash di tangan. Itu yang beratur panjang. Isk! la.. pemohon mana tu yang bercakap!
Entah lah.
Syukur lah, bila en Yem tunjuk gambar tadi, dia dah masuk dalam dewan. Tidaklah seperti saya bayang. Mungkin hari ini jumlah yang ambil dah tak ramai di situ.
Dari en Yem sampai jam 4pm tu dekat jam 5pm dia maklum dah selesai urusan.
Apa pun, saya boleh beri pesanan di sini. Bagi yang memohon bantuan banjir, rajin-rajinlah masuk, semak bantuan banjir dekat link yang saya share di atas itu.
Sebab, notis dia kekadang tu.. Memang boleh buat orang terkejut-terkejut. Lagi-lagi bila tiba bab bantuan-bantuan nih.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis