Harum subur di hati

Dari kiri; aku, kak Julie, kak Nuri dan kak Rose, antara yang turun padang pada hari itu.
Kak Nuri tekun mengeluarkan tanah dari polybag
Sempat lagi berposing… dengan pokok pun jadi tau…
Inilah pokok Mingguan Wanita itu. Kalau tak silap aku ini sejenis pokok herba tapi aku dah lupa namanya, kenalah rujuk balik dengan Lan dari Laman Impiana…huhuhu…
Ini team Rasa. Dari kiri; kak Seda, kak Yati dan Nani yang masing2 tak nak lepaskan momen indah bergambar dengan pokok, sempena Kempen Hijaukan Bumi Karangkraf.. 🙂

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Malam ini hendak mulakan dengan cerita apa ya. Banyak sebenarnya, memandangkan terlalu banyak perkara bertanggu tiba2 semuanya seakan mahu diceritakan selambak di dalam satu entri. Baiklah mulakan dahulu dengan Kempen Hijaukan Bumi di Kumpulan Karangkraf. Penyanyi peewitt! Abang Amy Search Rocks forever telah dijemput sebagai duta yang akan menjadi lead menanam pokok di perkarangan bangunan baru Kumpulan Media Karangkraf.

Kempen itu bermula pada bulan April yang lalu. Setiap magazine diberikan anak pokok, begitu juga dengan editor mempunyai pokok mereka sendiri. Sebelum sesi serangan menanan pokok bermula, Kak Ema, Grup Editor Impiana dah beri penerangan ringkas cara2 menanam pokok. Macam mana nak keluarkan tanah dari polybag. Kasi goyang2 sikit biar mudah untuk dikeluarkan. Tapi entah macam mana tanah kami boleh terbelah dua… hehehe..

Selesai acara menanam pokok Mingguan Wanita, kitaorang tolong (tengok sebenarnya!) kak Nuri menanam pokok bunga rayanya. Sempat jugalah berposing segaya dua. Cuma tak berkesempatan nak amik gambar dengan abang Amy. Hari itu Amy datang dengan keluarganya, kira meriah jugalah.

Itu cerita bulan April lalu. Dah dua bulan berlalu. Hari ini walaupun aku tak keluar untuk tugasan luar, tapi perlu interview seorang pengusaha produk kecantikan yang merupakan seorang lelaki. Wah! Lelaki pun boleh buat produk kecantikan. Lama jugalah kami berborak, saling bertukar pendapat dan saling bantu membantu. Demikianlah tugas aku hari2. Bantu membantu, seronok kerja itu. Yang tak seronoknya bila berhadapan dengan cabaran mencari orang yang hendak di interview. Boleh pecah kepala dibuatnya. Kena berdoa banyak2 di samping usaha yang ‘luar biasa’.

Belah petang sebelum aku balik, kak Maswa kongsi ceria yang cukup membina dan mengujakan. Mana tidaknya, kalau ia melibatkan RM! RM! pasti mata yang layu pun boleh jadi celik secelik-celiknya…hehehe

Kata Kak Maswa yang baru balik dari Johor, dia berkesempatan menemuramah seorang penulis novel yang berjaya. Sebab apa dia dikatakan berjaya, sebab melalui hasil penulisan dan duit royalti itulah dia mampu membeli banglonya yang bernilai hampir RM400 ribu. Wah! Dahsat…hanya dengan menulis ya… bukan itu sahaja kereta dan aset2 yang lain pun hasil daripada berkarya. Adakah cerita ini sebenarnya sedang menyuntik semangat dalam diri aku secara diam2… insyaallah.. Dan yang paling kagum, kakak ini dahulunya hanyalah seorang pekerja kilang sahaja.

Kesimpulannya, siapa kata nasib seseorang itu tidak boleh berubah. Cuma kalau boleh tahu macam mana susah payah novelis itu menempuhi cabaran di alam penulisan, pastinya lebih best lagi… tentu kisah hidupnya boleh dijadikan sempadan dan panduan untuk meraih kejayaan sekaligus memberi inspirasi buat aku yang masih terkial2 mencari arah ini…

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)

Leave a Reply

error: Content is protected !!