Bermula 4 Disember 2023, rakyat Malaysia dah boleh claim eMADANI sejumlah RM100 di aplikasi MAE Maybank. Kredit e-Dompet yang diberikan kerajaan ini juga boleh ditebus di ShopeePay, Setel dan Touch n Go.
Tarikh akhir untuk menebus eMadani ini akan berakhir pada 20 Februari 2024. Jadi selagi ada masa ini, segeralah buat permohonan pendaftaran.
Baru ini saya mencuba di MAE apps sendiri. Dan saya kongsikan di sini cara mudah yang boleh anda cuba. Untuk sesiapa yang belum mencubalah ya.
Pastikan Anda Ada Aplikasi MAE Maybank Di Telefon
Pada anda yang masih belum menukar Maybank2u kepada aplikasi MAE. Bolehlah segera upgrade ke apps MAE ini ya. Sebab claim eMadani yang mudah ada di aplikasi ini.
Cara Claim eMADANI MAE Maybank RM100 (Bergambar)
Langkah 1 : Buka Aplikasi MAE Di Telefon Pintar
- Login seperti biasa di aplikasi MAE Maybank anda.
Langkah 2 : Klik logo eMadani dekat Home MAE
- Cari logo ikon eMADANI pada home MAE. Dan klik untuk meneruskan proses pendaftaran bantuan kredit e-dompet daripada kerajaan ini.
Langkah 3 : Isi Butiran Peribadi Seperti Yang Diminta Dan Tekan Submit
- Anda perlu isi selengkapnya. Layoutnya seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Langkah 4 : Tunggu, MAE akan beri Notifikasi Samada Lulus Atau Tidak Layak
- Permohanan akan mengambil masa antara 1 ke 5 hari untuk kelulusan. Bagaimanapun, ada permohonan yang cuma memerlukan masa sehari saja untuk lulus.
- Ikut pengalaman sendiri, proses kelulusan claim eMadani akan ambil masa sehari untuk kelulusan. Macam saya isi hari ini, esok Alhamdulillah sudah berjaya menebus RM100.
2 Cara Guna RM100 eMadani
Sebaik claim eMadani lulus. Ada dua cara untuk menggunakan RM100 eMadani yang sudah lulus tu. Iaitu:
- Gunakan QR code dari aplikasi MAE.
- Imbas kod QR peniaga atau tunjuk QR code anda pada peniaga. Nanti gunakan imbas Scan & Pay dari eMadani MAE.
Namun daripada pengalaman peribadi pengguna eMadani MAE tak semua kedai boleh menerima pembayaran dari pada aplikasi ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya anda bertanyakan dahulu kepada peniaga sama ada premisnya atau mesin payment kedai boleh scan QRPay untuk eMadani MAE atau lain-lain seperti Touch N Go eWallet, ShopeePay, Setel Petronas, QR DuitNow.
Baca juga : Kenapa mae emadani tak boleh scan QR, cuba buat ni.
RM100 eMadani Boleh Guna Di Mana
Duit RM100 yang berjaya anda claim eMadani itu boleh anda gunakan di kedai-kedai fizikal. Bolehlah tengok sini antara senarai kedai eMadani ShoppePay dan lain-lain aplikasi eWallet.
- 7 Eleven
- Kedai Eco
- 99 Speedmart
- AEON
- Al Ikhsan Sport
- BHP Petrol
- Daiso
- KK Mart
- Hero Market
- Family Mart
- Marrybrown
- Lotus’s
- MyDin
- NSK
- Kedai buku Popular
- Mr DIY
- Tealive
- Sport Direct
- Sushi King
- SenHeng
- myNews
- KK Mart
- eMart24
- Coffe Bean
- Boost
Siapa Yang Layak Terima Bantuan eMadani RM100
- Pemegang kad pengenalan yang sah
- Rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 16 Julai 2023.Bukan penerima eBeliaRahmah
- Belum pernah menerima mana-mana kredit dari eWallet.
- Berjaya menyelesaikan pengesahan akaun.
Antara Terma claim eMadani di ShopeePay Perlu Anda Tahu
- Perlu diingat ya duit eMadani ini tertakluk pada siapa cepat dia dapat. Sementara dana masih ada.
- Sebaik diperoleh, anda boleh belanjakan wang itu sebelum berakhirnya jam 11.59pm pada 29 Februari 2024. Sebarang wang yang tak digunakan secara automatik akan dihapuskan daripada ShopeePay e-wallet penerima.
- Kredit e-dompet eMadani ini cuma boleh digunakan untuk belian offline. Tidak boleh belian online.
Kenapa eMadani Ditolak
Ini antara sebab permohonan eMadani anda gagal :
- Tidak mengemukakan cukai tahunan taksiran 2022 dalam tempoh ditetapkan.
- Kelayakan bantuan eMADANI ditentukan melalui penyata cukai tahun taksiran 2022 jika pemohon bukan penerima STR.
- Anda perlu buat semakan kerana berkemungkinan pendaftaran nama pemohon dalam platform e-dompet dan rekod LHDN tidak sama.
- Pelajar universiti yang menerima bantuan eBeliaRahmah tak layak mohon bantuan eMadani.
Baca juga : Bawa IC terima duit bantuan awal persekolahan 2023
Cara Buat Rayuan Mohon eMadani
Bagaimanapun anda boleh membuat rayuan bantuan kerajaan ini di alamat email :
emadani@treasury.gov.my atau hubungi talian 03 88824565 atau 1-800-88-2747
Sumber : MAE Maybank
Dah dpt emadani tp belum guna lg hehe
Boleh buat rayuan rupanya. Thank you for the info.
Tak tahu boleh claim kat MAE maybank…dah buat kat touch n go e-wallet. Teruja gak, first time dapat ni..hehe
Hehehe dah dpt jugak