Masih Ada Harapan Mencari MH370

MH370 ‘Masih Ada Harapan Untuknya’

Hilangnya MH370 terus menjadi tanda tanya. Sebagaimana waris-waris mangsa MH370 yang sentiasa mencari jawapan ke mana destinasi akhir pesawat penumpang itu.

Begitulah harapan rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan kepulangan kapal terbang boeng ini kembali ke landasan permulaan penerbangannya.

Cerita Intan Maizura ini cukup dekat dengan saya rupanya. Tanpa saya sedari, dan mengapa saya tidak sedari bahawa Intan ini pernah saya temuramah sebelum ini.

Sekitar tahun 2013, saya bersama jurugambar ketika itu, Mohd Jazlan Nangar datang ke rumah Intan dan suaminya, Rain di Subang Jaya.

Masih Ada Harapan Mencari MH370

Kami rakam gambar rumah mereka untuk dimuatkan dalam ruangan dekorasi di majalah Mingguan Wanita. Selesai shooting, panjang kami berbual. Tentang kisah anak-anak kapal MAS, tentang Karangkraf dan bermacam lagi.

Pasangan ini cukup mesra orangnya. Suami Intan, Rain cukup romantis orangnya. Hampir setiap hiasan dalaman rumah mereka ada kisah cinta antara mereka berdua. Dari soal potret di dinding sampailah fridge magnet yang melekat di peti ais. Segalanya ada cerita di sebaliknya.

Waktu itu, Intan juga menjual pakaian kanak-kanak. Tertarik dengan pakaian itu, saya membeli sehelai untuk Qaseh Zahirah. Waktu itu, Zahirah nak masuk satu tahun.

Cadangnya saya mahu membeli lagi pakaian daripada Intan. Tapi asyik tertangguh-tangguh mahu bertemunya.

Baca : Rahsia cinta Pak Hamid Gurkha dan Makcik Timah

Intan Maizura Othaman Baru Bersalin

Waktu, Intan postkan kisah ketabahannya di facebook, malah ketika media arus perdana bermain tentang emosi ibu yang sarat mengandung dan kehilangan suami dalam pesawat MH370, saya masih belum menyedari itulah Intan yang pernah saya temui sekitar tahun lalu. 

Sehinggalah saya diminta membuat artikel mengenai isteri mangsa MH370 yang baru sahaja melahirkan anak keduanya, baru saya menyedari tentang nombor telefon yang tertera di telefon bimbit saya. 

Ketika saya mendail nombor itu keluar nama ‘Intan Baju Budak’. Dan alangkah terkejutnya saya kerana selama ini tidak menyedari bahawa Intan itulah yang pernah saya temui sebelum ini.

masih-ada-harapan-MH370

Waktu tugasan ke rumahnya tidak lama dulu, saya dapat berbual dari hati ke hati dengannya. Serba sedikit saya kongsikan dalam artikel di majalah Keluarga ini.

Semoga harapan masih ada untuk MH370 kembali ke pangkuan Malaysia! Intan Maizura Othaman, semoga dikau kembali tersenyum ceria.

Disclaimer : Catatn ini bertarikh 24 November 2014.

IKUTI KISAH LAIN DI SINI :
- Mingguan Wanita dari tabloid bertukar majalah
- ‘Moving to digital’ yang serba mengejutkan
- Kerjaya Wartawan diburu deadline setiap minggu
- Panduan bawa anak keluar ke mall, ini cara selamat

Leave a Reply

error: Content is protected !!