Ramai ibu bapa mula risau dengan persediaan UPKK 2025 anak-anak. Di pusat tuisyen, Fly High Education Centre (FHEC) adanya penganalisa soalan terbaik, AlFadhil Ustaz Azhari Sulaiman Al Haj lebih mesra dengan panggilan ABI.
Menerusi kelas persediaan UPKK kendalian Fly High Education Centre ini, ABI membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA skor menjawab kertas peperiksaan subjek UPKK.
UPKK yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini terpilih untuk pelajar Tahun 5 di Sekolah KAFA di seluruh negara.
UPKK 2025 Semakin Hampir – Persediaan Awal Penentu Kejayaan
UPKK bukan sekadar peperiksaan biasa. Ia menguji kemahiran, kebolehan dan penghayatan pelajar dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah iaitu Akidah dan Ibadah, Sirah, Adab, Jawi malah Khat.
Anak-anak juga diuji lughah Al-Quran, asas Amali Solat dan penghayatan cara hidup islam.
Subjek yang bukan biasa-biasa ini memerlukan anak-anak tahun 5 membuat persediaan seawal mungkin. Inilah yang menjadi penentu kejayaan mereka. Malah, seawal tahun 4 lagi anak-anak perlu didedahkan dengan pendekatan peperiksaan. Agar mereka terbiasa.
Berita baiknya.. Fly High Education Centre kembali dengan program persediaan UPKK 2025 PALING LENGKAP bersama tenaga pengajar hebat, termasuk:
- AlFadhil Ustaz Azhari Sulaiman Al Haj (ABI)
- Guru-guru pakar UPKK (Dr Widad, Ustaz Rozaimi, Ustaz Karimi, Ustaz Joharie, Muallimah Hana)
- Penasihat Juara Ummah: Ustazah Asma’ Harun
Gabungan modul mantap dan penganalisa soalan terbaik inilah yang menjadi resepi rahsia kejayaan anak-anak Fly High Education Centre mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPKK sebelum-sebelum ini termasuklah akan datang, UPKK 2025!
Baca juga : 15 hadiah hari guru best, bajet bawah RM50

Kenapa ABI Dipanggil ABI Penganalisa Soalan Terbaik Di Fly High Education Centre Shah Alam
ABI bukanlah guru biasa yang anak-anak kenali. Teknik pengajaran beliau terkenal kerana mahir,
- Menganalisa trend sebenar soalan UPKK dari tahun ke tahun
- Mengajar teknik “faham konsep, bukan hafal semata-mata”
- Memberi latihan ikut format JAKIM
- Menyampaikan ilmu dengan gaya santai & mudah ingat
- Ramai pelajar beliau berjaya skor A! Alhamdulillah
Muaddib Cemerlang Negeri Selangor ini juga merupakan Guru Ikon di Fly High Education Centre. Lihat saja beberapa pencapaian yang beliau peroleh sepanjang kerjayanya menjadi pendidik tersohor di Fly High Education Centre.
Senarai Anugerah ABI Terima
- Anugerah Guru Tetap Cemerlang Daerah Sepang
- Sekolah Rendah Agama Cemerlang Selangor
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Selangor
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan PSRA Daerah Sepang
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Daerah Sepang
- Johan Kamil SRA Keseluruhan Daerah Sepang
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan PSRA Daerah K. Langat
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Daerah K. Langat
- Anugerah Guru Besar SRA Inovatif Daerah K. Langat
- Anugerah SRA Cemerlang Negeri Selangor
- Anugerah Pencapaian GPS Terbaik Pelajaran Lughah Quran & Adab UPKK 2021 Terbaik
Beliau merupakan Guru Besar SRAPP sejak tahun 2019 sehingga kini. Pemegang Diploma Pengajian Islam (Bahasa & Kesusasteraan Arab) dan Diploma Pendidikan. Beliau juga menjadi Dekan Fakulti Agama.
Justeru itulah ABI menjadi jaminan kualiti dan keberkesanan pembelajaran anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPKK nanti. InsyaAllah.
Baca juga : 49 cawangan eco shop near me di Selangor yang best

Fly High Education Centre Reviews : Testimoni Pelajar Dan Ibu Ayah
Apabila memilih pusat tuisyen atau kelas persediaan UPKK, soalan pertama yang selalu ibu ayah tanya ialah “Betul ke berkesan? Ada bukti pelajar berjaya?”
Sebab itu, di sini saya kongsikan review sebenar Fly High Education Centre, pusat pendidikan yang semakin mendapat kepercayaan ramai kerana berjaya membantu pelajar skor cemerlang dalam UPKK dan subjek agama.
Kenapa ramai ibu ayah pilih Fly High Education Centre?
- Guru pakar & berpengalaman (termasuk ABI Penganalisa Soalan Terbaik)
- Modul ikut format JAKIM & fokus topik “hot”
- Kelas online dan bengkel fizikal yang interaktif
- Pelajar lebih yakin, faham dan seronok belajar
Tapi… yang paling meyakinkan bukan apa yang Fly High Education Centre kata, tapi apa yang PELAJAR & IBU AYAH sendiri alami.
Jom baca testimoni jujur dan pengalaman sebenar pelajar serta ibu bapa yang telah mengikuti program Fly High Education Centre. Anda lihat bagaimana ia mengubah cara mereka belajar UPKK.
Testimoni Pelajar 1
- Sheikh Muhammad Raees Bin Sheikh Mohd Syamil Hafiz
- Keputusan Cemerlang UPKK : 8A 1B
- Ikuti: Bengal UPKK 2024, Jelajah UPKK
- Ulasan pelajar : “Di FlyHigh dapat belajar teknik menjawab soalan. Terima kasih Ustaz Azhari (Abi) & team FlyHigh.”
Testimoni 2 pelajar Fly High Education Centre
- Nuha Huffazh Ilham Bin Norhashim
- Keputusan Cemerlang UPKK : 9A
- Ikuti: Kelas Percuma UPKK, Jelajah UPKK – Final Lap
- Ulasan pelajar : “Terima kasih Fly High.. terima kasih Ustaz Azhari (Abi).. terima kasih semua di atas segalanya.”
Testimoni 3
- Muhammad Aryyan Syahmi Bin Mohd Syah Rizad
- Keputusan Cemerlang UPKK : 9A
- Ikuti: Kelas Rahman UPKK, Last Minute Study UPKK 2024
- Ulasan pelajar : “Sekalung apresiasi diucapkan kepada team Fly High terutama kepada tenaga pengajar. Pengisian kelas yang mudah difahami & sangat membantu saya menjawab soalan UPKK.”
Testimoni 4
- Nur Atiyah Binti Mohd Norhasmizan
- Keputusan Cemerlang UPKK : 8A 1B
- Ikuti: Crash Course UPKK, Gempur UPKK, Meroket UPKK 9A, Imtiyaz UPKK, Last Minute Study UPKK 2024, Kelas Rahman UPKK, Jelajah UPKK.
- Ulasan pelajar : “Terima kasih kepada Fly High kerana menyediakan platform online bagi saya mempelajari semua subjek UPKK dengan lebih berkesan. Terima kasih tidak terhingga juga untuk Ustaz Azhari (Abi) yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar.”
Testimoni 5
- Aufa Nafeesa Binti Anas
- Keputusan Cemerlang UPKK : 9A
- Ikuti: Last Minute Study UPKK 2024, Hafazan UPKK, Gingham 9A UPKK 2024
- Ulasan pelara : “Alhamdulillah, dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya untuk mencapai kejayaan 9A dalam UPKK. Guru-guru sporting dan sesi pembelajaran menarik.”

Pengalaman Ibu Bapa & Pelajar UPKK Bersama Fly High Education Tuition Centre
Pelajar yang pernah join kelas Fly High berkongsi bahawa mereka dapat:
- Faham struktur kertas UPKK
- Tahu topik “hot” yang selalu keluar
- Belajar teknik jawab A+
- Buat latihan & ujian percubaan
- Dapat bimbingan sampai hari peperiksaan!
Kiriman WhatsApp ibu bapa ini saya tulis kembali dengan pembetulan ejaan.
Review Pengalaman Ibu Ayah 1
“Alhamdulillah anak saya beli modul, join Bengkel Tembakan Mumtaz & Last Minute PSRA ni. Syukur sangat. Apa pun semoga Allah mudahkan semua urusan ibu bapa, Abi, barisan admin & pihak pengurusan.”
Review 2
“Saya dari anak pertama sampai anak ke-3, memang tak boleh tertinggal kelas last minute ABI, kira dah jadi wajib join, sebab tau dari anak pertama lagi. Memang banyak membantu.. Dari pengalaman memang untuk bahan nak print tu memang Abi bagi lambat sebab macam yang admin cakap.”
Review 3
“Alhamdulillah.. selesai sudah. Terima kasih kepada Team Fly High Education Centre khususnya kepada Ustaz Abi. Halalkan segala ilmu yang dicurah dari UPKK hingga PSRA dari bersemuka hingga online. Moga setiap usaha mendapat ganjaran dariNya.
Didoakan juga moga anak-anak dapat bersekolah di peringkat menengah yang dapat membentuk keimanan dan kekuatan jati diri dan sebagai warisatul Anbiya’. Cara pendekatan mengajar ustaz Abi sangat anak saya suka, tenang dan sabar.
Terima kasih juga pada ibu ayah yang sama-sama berdoa untuk anak-anak kita.
Sama-sama juga kita doakan agar dilembutkan hati para pemeriksa kertas agar bagi markah yang tertinggi buat anak-anak kita. Moga mendapat MUMTAZ SOFI dalam PSRA.”
Review 4
“Anak saya kata, Ustaz Abi power la ramal soalan.”
Review 5
“Alhamdulillah semalam bagi subjek Akhlak Sirah, banyak masuk dari soalan target bimbingan Abi.
Target banyak berdasarkan 3 Set Soalan Pilihan yang Abi rumuskan dalam modul Abi.
Alhamdulillah terima kasih banyak Abi atas bimbingan & bantuan. Bukan mudah untuk buat analisa. Terima kasih Abi bimbing anak anak kami.”
Terbukti ini bukan kelas biasa. Namun, Inilah pusat tuisyen yang membantu anak-anak membuat persediaan strategi bagi peperiksaan UPKK 2025 yang bakal mereka hadapi.

Senarai Program UPKK 2025 Ada Di Fly High Education Centre Pada Bulan Oktober Ini
PROGRAM 1: JELAJAH UPKK 2025 SIRI 6 (Fizikal)
- Lokasi: UKM, Bangi
- Tarikh: 19 Oktober 2025 (Ahad)
- Masa: 9.00 pagi – 3.30 petang
- Khas untuk murid Tahun 5
- Maksimum 150 pelajar sahaja (LIMITED!)
Apa yang pelajar akan dapat?
- Penekanan topik penting UPKK
- Analisa & perbincangan soalan popular
- Teknik menjawab ikut format terkini JAKIM
- Modul bercetak disediakan
- Makanan 2 kali sehari
- Sesi bersama ABI Penganalisa Soalan Terbaik
Setiap kelas ini menawarkan harga Early Bird: RM150 bagi mereka yang mendaftar awal. Manakala, bayaran yuran penuh: RM199 dikenakan selepas itu.
Program ini sesuai untuk pelajar yang mahu boost terakhir sebelum exam!
PROGRAM 2: Kelas UPKK Harga Rahmah – Latih Tubi Soalan Spot (21 Oktober 2025)
- Tarikh : 21 Oktober 2025 (Selasa)
- Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang
- Lokasi : Online melalui Zoom (mudah, boleh join dari rumah)
Selepas Jelajah UPKK Fly High Education Centre sekali lagi membuktikan komitmen mereka membantu pelajar hingga ke detik terakhir sebelum peperiksaan.
Kali ini, mereka hadir dengan inisiatif paling “mesra poket” tetapi sangat POWER iaitu KELAS UPKK HARGA RAHMAH – Latih Tubi Soalan Spot Bersama ABI.
Kenapa kelas ini penting? Kerana pada fasa akhir, pelajar bukan lagi perlukan penerangan teori panjang. Sebaliknya mereka perlukan latih tubi, soalan spot dan strategi menjawab berdasarkan trend terkini JAKIM.
Dan siapa lagi yang lebih layak membimbing selain Ustaz Azhari (ABI) yang juga Muaddib Cemerlang Negeri Selangor, pakar analisa soalan UPKK, dan tenaga pengajar utama Fly High Education Centre.
Yurannya harga rahmah, iaitu RM50 sahaja!
Inilah sebab ramai ibu ayah kata Fly High Education Centre bukan sekadar pusat tuisyen. Mereka betul-betul cakna ummah dan mahu semua pelajar ada peluang ulangkaji last minute secara berkualiti.

PROGRAM 3: KELAS ONLINE CAKNA UMMAH UPKK (RM4 / RM99 sebulan)
Ini pula kelas UPKK yang dikendalikan secara online khas untuk anak-anak darjah 4 dan 5. Kelebihan yang anak-anak tahun 4 dan 5 akan peroleh adalah :
- Platform: Zoom
- Khas untuk Tahun 4 & 5
- 24 Jam Nota Disediakan
Jadual Kelas Mengikut Hari
ISNIN
- Hafazan – Muallimah Hana (6, 13, 20, 27 Okt | 8PM – 9PM)
- Jawi/Khat – Ustaz Rozaimi (6, 13, 20, 27 Okt | 9PM – 10PM)
SELASA
- Ibadah – Ustaz Rozaimi (7, 14, 21, 28 Okt | 8PM – 9PM)
- Adab – Ustazah Dr Widad (7, 14, 21, 28 Okt | 9PM – 10PM)
JUMAAT
- Bahasa Arab – Ustaz Karimi (17 & 31 Okt | 8PM – 9PM)
- Sirah – Ustaz Joharie (17 & 31 Okt | 9PM – 10PM)
SABTU
- Recap Topik UPKK – Ustaz Joharie (11 & 25 Okt | 8PM – 9PM)
AHAD
- Akidah – Ustazah Dr Widad (12 & 26 Okt | 8PM – 9PM)
Menariknya, hanya RM4 bagi setiap sesi dikenakan. Inilah harga mampu milik untuk ibu bapa yang berhasrat mendaftarkan anak-anak belajar secara online.
Bagi ibu ayah yang mahu membayar penuh untuk semua subjek, jumlahnya RM99 sebulan!
Kenapa Pelajar Perlu Join Kedua-dua Program (Fizikal & Online)
- Kelas online : adalah kelas untuk pengukuhan harian anak-anak
- Jelajah fizikal : memfokuskan intensif dan pengalaman peperiksaan yang sebenar.
- Sesi 20 Oktober : adalah follow-up, mengukuhkan ilmu dan memantapkan strategi anak-anak untuk menjawab peperiksaan sebenar UPKK kelak.
Inilah kombinasi terbaik untuk skor cemerlang UPKK 2025.
CARA MENDAFTAR (Tempat CEPAT HABIS!)
Ibu ayah yang berminat boleh daftar terus melalui WhatsApp:
- https://wasap.my/60105093732
- https://wasap.my/60108158408
- https://wasap.my/60105403732
- https://wasap.my/601111228059
Klik sahaja link di atas, team Fly High akan bantu dari A sampai Z!
Kenapa Ibu Ayah Perlu Bertindak Sekarang?
- UPKK 2025 semakin hampir
- Tenaga pengajar TOP Malaysia
- Slot fizikal sangat terhad (150 sahaja!)
- Early Bird lebih jimat
- Ramai pelajar batch sebelum ini berjaya skor A
Jadi, ibu ayah.. janganlah tunggu saat akhir baru nak mendaftar. Percaya atau tidak, persediaan awal anak-anak itulah penentu kejayaan besar buat mereka.
Kesimpulan
UPKK bukan tentang lulus sahaja. Ia tentang membentuk akhlak, iman, dan ilmu agama anak-anak kita.
Dengan bimbingan ABI Penganalisa Soalan Terbaik serta tenaga pengajar hebat Fly High Education Centre, insyaAllah ini adalah persediaan UPKK 2025 paling menyeluruh dan berkesan.
Ibu ayah, ini MASA TERBAIK untuk mula. Klik link WhatsApp dan DAFTAR SEKARANG sebelum tempat habis!




