Bukan mudah untuk menyatakan “Ya, saya cintakan kerjaya saya.” Sejujurnya aku sendiri setiap hari terpaksa berperang dengan emosi, perasaan, minda yang waras dan macam-macam lagi.
Semata-mata mahu mengakui yang aku sukakan kerja aku yang satu ini.
Setiap hari juga aku bertanyakan dalam diri;
- Adakah aku betul-betul ikhlas melakukan setiap apa juga tugasan setiap hari.
- Apakah kepuasan yang aku cari sebenarnya dalam hidup ini.
Persoalan-persoalan sebegini tidak akan berakhir. Pastinya ia akan sentiasa hadir dan terus menunjal2-nunjal akal fikiranku yang terbatas ini.
Bulan Ramadan ini, Allah menjadikan gelombang alam dalam frekuansi yang rendah. Yang mana inilah masanya untuk umat manusia belajar mengaut setiap kebaikan yang ada di dalam bulan ini.
Untuk itu, aku perlu seiring atau sama frekuansinya dengan alam ini.
Bagaimana mahu melakukannya. Ikutlah apa yang telah Allah dan Rasulullah s.a.w ajarkan. Sebagai makhluknya yang sentiasa tidak lepas dari dosa, aku terus belajar memperbaiki diri.
Ucap Kata Cintakan Kerja Ini
Setiap hari, aku ucapkan kata-kata ‘ cintakan kerjaya ini ‘.
Harap-harap ia menjadi untuk aku terus senang dan bahagia dalam pekerjaan ini. Sungguh, kerjaya ini besar cabarannya.
Kadangkala tersilap percaturan, membuatkan hati orang lain terluka. Tapi aku tetap manusia biasa. Ada masanya membuat silap.
Mohon Doa Di Bulan Ramadan
Ramadan ini aku mohon kesempatan diberikan kemaafan dari insan-insan yang pernah terluka mahupun terkecewa sepanjang aku mengendalikan kerjaya ini.
“Ya, aku akan sentiasa sematkan dalam diri, aku cinta kerjaya ini. Aku cinta penghidupan ini kerana inilah ibadah harianku. Sesungguhnya kehidupanku, diriku dan segala-gala yang ada padaku hanya milik Allah.
Setiap hari perasaan bimbang dan takut andai tidak dapat menjalankan amanatnya membuatkan air mata mengalir tiada henti.
Semoga Ramadan ini dan bulan-bulan seterusnya Allah memberiku kekuatan dan yang paling-paling ku mohon kesabaran (inilah satu sifat aku yang paling lemah sekali terutama bila berdepan dengan anak-anak) dalam mengharungi apa-apa ujian yang Allah berikan. Amin.
Baca : Karipap berderai, ada teladan perlu difahami
Maksud Doa Iftitah
Terjemahan Doa Iftitah yang dibacakan dalam solat
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam."
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 21 Ogos 2010
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis