glory-beach-resort

Makan-makan di Glory Beach Resort

Jauhnya pergi makan. Sampai Glory Beach Resort gitu. Sebenarnya bukanlah acara makan-makan pun. Aku cover event tajaan.

Event yang ditaja oleh sebuah syarikat pinggan mangkuk. Malam itu ramai stokis dan pengedar berjaya telah diraikan.

Ada usahawan yang dapat kereta, motosikal, peti sejuk, televisyen malah loket emas.

Salah seorang pengedarnya telah tersenarai yang terbaik. Rupanya kakak ini dah menang selama 3 tahun berturut-turut. Hebatkan?

Stokis terbaiknya pula sempat aku temui selepas majlis. Dia bergandingan dengan suami. Bak kata pasangan suami isteri ini mereka bergerak seiringan.

Merai Usahawan Di Glory Beach Resort

Malam itu pak cik dan mak cik ini menang dua buah kereta dan telah membuat jualan lebih RM300 ribu.

Katanya dalam bulan April nanti dia akan menang hadiah lagi, tapi untuk jualan produk lain pula. Pak cik dan Mak cik ini berniaga di Temerloh.

Seronok gak dapat bertemu dengan orang-rang berjaya ini. Boleh korek rahsia kejayaan mereka dan jadikan inspirasi yang baik untuk dikongsi bersama ramai orang.

Mak cik dan pak cik ini juga menjalankan perniagaan travel & tour yang membawa bakal jemaah haji dan umrah.

Walaupun, malam itu mata dah tak larat nak angkat, tapi masing-masing masih terus memberi komitmen kerja yang baik.

Event tu habis ngam-ngam jam 11.30 malam. Campur tolak temuramah dan merakam gambar pemenang untuk dimuatkan dalam majalah, lebih kurang 12 lebih jugalah kami balik ke apartment.

Baca : Hatiku tertinggal di Kota Kinabalu Sabah

glory-beach-resort

Penginapan Apartment Di Glory Beach Resort

Di Glory Beach Resort, tempat menginapnya dalam bentuk apartment. Ada yang dua bilik dan ada juga yang tiga bilik. Harganya pun berpatutan.

Kami dapat tiga bilik, memang luaslah boleh guling-guling lagi. Tapi disebabkan bekerja tak adalah nak berguling-guling sangat dalam apartment Glory Beach Resort itu…hehehe.

Sebaik saja sampai sana, kami sempat makan bekalan perkelahan yang sepatutnya dimakan lebih awal.

Sorrylah Eton, hari itu kak Net memandu dari rumah ke ofis. Dengan tahap pemanduan yang ala-ala P, Eton terpaksa menunggu lama.

Dekat sejam jugalah. Kasihan sungguh dengan Eton hari itu… ampun… ampun. Nanti bila debaran memandu dah hilang pasti kak Net boleh memecut dengan lebih laju ya.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 16 March 2011

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!