Potluck d Kayangan

Awal March hari tuh, Mama Rin emelkan posting yang buat ahli kelab kayangan teruja. Dalam emel, Mama Rin beritahu dia plan nak buat potluck geli2 untuk penduduk kayangan (Mingguan Wanita, Keluarga, E-baca dan si manis yati dan noli dari promosi). So macam2 menu yang tersenarai hari itu. Antaranya:

MAMA RIN – NASI LEMAK BUNGKUS

MUMMY YATY – Agar2 fruit cocktail (walaupun makan pagi, belasah jerlah, alang2 buatkan utk ibu ngidam, noli…(tak sedap korang jgn marah tau)

NISA – SPIRAL MAKARONI WITH TUNA LIMITED EDITION (poyo saje haha) Sayangnya Nisa tak dapat join sekali esok. Dia ada tugasan, so tak merasalah makaroni Nisa yang berpintal2 itu (disesuaikan dengan maksud ‘spiral’ itu. Ok kan?)
Bonda Wawa – Bihun Goreng nyamm…nyamm..

Mummy Ida (k rin, bila masa lak aku jadi ‘mummy’? ngeh ngeh ngeh ..itu Buk Yaty.. – Spagetthi Bolognese hot n’ spicy! Wallah…

Rose – Minuman teh, milo, kopi, kacip fatimah, sebut saje, I sediakan…

MAMA.NET – ubi rebus dari kampungku (sarapan pagi) + pekasam forever (untuk belah petang. Boleh juga guna untuk sarapan pagi)

WANI @ KAPTEN SHAHRIL – SAMBAL BIJAK DARI MAMA RIN

NABILA – NAGET EMAS BERCAMPUR SOS SEDAP

Semalam aku pun dah borong ubi dekat kampung aku dan atas kesudian Kak Iza (kakak yang mengasuh anak aku, Zarif) maka aku dapatlah merealisasikan harapan budak2 nih nak makan ubi rebus. Semoga esok semua orang gembira, termasuklah aku yang tak siap kerja ini lagi..Heh!

Keterangan gambar: Ada sesuatu yang menarik tentang cerita aku dan kak Naros (penolong editor majalah Pa & Ma) ini. Tugasan satu hari di Melaka yang manis untuk diingati. Nantikan cerita ‘menarik’ ini nanti ya!

Leave a Reply

error: Content is protected !!