mahasiswa-diploma-intec

Mahasiswa Diploma INTEC Terbukti Sahut Cabaran Industri

Salah satu nilai tambah yang ada dalam setiap mahasiswa Diploma INTEC Education College ialah kemahiran dalam kepimpinan dan juga pembangunan diri. Bagi pihak INTEC, kemahiran insaniah adalah penting bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkualiti.

Antara objektif lain mengapa para graduan INTEC dibekalkan dengan Kemahiran Insaniah ini adalah kerana untuk melatih graduan berdepan cabaran industri. Kursus MPU2412 (Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar) ini wajib bagi setiap pelajar Diploma sewaktu berada dalam pengajian semester tiga di INTEC.

Teori, latihan dan praktikal inilah kemudiannya persiapkan mahasiswa Diploma INTEC berdepan cabaran sebenar dalam industri pilihan mereka.

Kursus Diploma Di INTEC Education College

INTEC Education College menawarkan kursus Diploma dalam pelbagai bidang seperti:

  • Diploma Pengurusan Perniagaan/Diploma in Business Management (DBM)
  • Diploma Pengurusan Awam & Governan/Diploma in Public Management and Governance (DPMG)
  • Diploma Amalan Halal Saintifik/Diploma in Scientific Halal Practices (DSHP)
  • Diploma Kewangan Islam/Diploma in Islamic Finance (DIF)
  • Diploma Perakauanan/Diploma in Accounting (DIA)

Setiap kursus ini menetapkan syarat-syarat tertentu untuk melayakkan pelajar dipilih mengikuti program pilihan masing-masing-masing.

kursus-diploma-intec
kursus-diploma-intec

Selain program Diploma, INTEC juga menawarkan program Pra-Universiti, Program Perakaunan Profesional dan Kursus Jangka Pendek.

Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar Diploma INTEC 2019, 2022

Kita flashback sedikit antara projek yang pernah diadakan oleh para pelajar Diploma INTEC bagi memenuhi keperluan industri adalah penganjuran program lawatan lapangan pendidikan dan program CSR.

Pada 24 Julai 2019, Jawatankuasa Pembangunan Program Diploma telah menganjurkan lawatan lapangan pendidikan ke Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Seksyen 26, Shah Alam.

Sepanjang proses ini, pelajar dan pensyarah terbabit dapat memperkukuh pengetahuan teori sedia ada dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran secara langsung dalam pengetahuan mengendalikan perniagaan. Dalam projek ini para pelajar fokus kepada industri pembuatan roti di kilang berkenaan.

Pelajar dapat melihat dengan sendiri bagaimana industri perkilangan menjalankan operasi mereka daripada permulaan proses roti dibuat sehingga ke bahagian pembungkusan. Umum tahu bahawa Gardenia merupakan salah satu syarikat besar yang mempelopori industri bakeri di Malaysia. Daripada lawatan sambil belajar ini juga para pelajar dapat belajar bagaimana pentadbiran dalam industri perkilangan meningkatkan produktiviti mereka secara konsisten.

Baca juga : Melatih anak sifat kepimpinan melalui rutin kental mak

diploma-intec

‘Climate Blessing’ Idea Terbaik Pelajar Diploma INTEC

Pada tahun 2022, satu kumpulan yang terdiri daripada sembilan orang pelajar telah melibatkan diri dalam program Corporate Social Responsibility dan mereka telah melaksanakannya dengan sangat baik.

Antara sembilan pelajar, dua idea terbaik yang dicadangkan Nur Najihan dan Najuwa Atiq telah dipilih.

Nur Najihan mencadangkan untuk menjalankan aktiviti pembersihan pantai. Program ini diberi nama Climate Blessing. Tujuannya membantu memelihara keindahan pantai.

Dalam masa sama dapat membantu merancakkan lagi aktiviti pelancongan di sekitar Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. Yang mana, ianya merupakan lokasi pelancongan tempatan yang terkenal.

9 Jun 2022, Climate Blessing bermula dengan melibatkan para pelajar dan 4 orang sukarelawan dari kalangan orang awam.

“Kami memulakan program dengan taklimat berkaitan tugasan masing-masing daripada Najihan. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tugasan dengan kawasan pantai yang berbeza.

Setiap kumpulan diberikan satu beg plastik besar untuk diisi sampah sarap yang dikutip di pantai. Acara berakhir pada tengahari. Selepas membuang sampah sarap di tempat sepatutnya, peserta menikmati makan tengahari di pantai.”

csr-diploma-intec

Aktiviti Program CSR Bersama Gelandangan

Program CSR pada 6 Ogos 2022 melibatkan idea yang dibentangkan Najuwa Atiq. Pelajar ini menyedari bahawa berlaku peningkatan jumlah gelandangan di Malaysia dan golongan ini juga berdepan dengan pelbagai risiko kesihatan. Salah satu faktor adalah dari sudut mendapatkan sumber makanan yang bersih dan sihat.

Oleh itu, Najuwa mencadangkan untuk berhubung dengan Kechara Soup Kitchen (KSK) yang merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) untuk kolaborasi untuk program kali ini. Hunger Knows No Barrier adalah program yang dilaksanakan untuk memberi bantuan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Program ini merangkumi memberi makanan, pemeriksaan mata, khidmat gunting rambut, pakaian dan juga sokongan moral. Namun, kolaborasi para pelajar program INTEC pada kali ini adalah pengagihan makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari program berlangsung, para pelajar berkumpul di pejabat KSK untuk mendengar taklimat daripada penyelaras KSK. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan yang ditempatkan di Pudu dan Medan Tuanku.

csr-diploma-intec

Setiap kumpulan diberikan tugasan mudah iaitu mengagihkan makanan kepada gelandangan.

Apabila tiba, golongan gelandangan sudah pun beratur untuk mendapatkan makanan. Sebaik sahaja peserta meletakkan barangan masing-masing, mereka mula mengedarkan makanan.

Acara berakhir pada lewat petang. Masing-masing merakam gambar kenangan di hadapan pejabat KSK. Program berhenti sebelum solat Maghrib.

Latar Belakang INTEC Education College

INTEC atau lebih dikenali dengan nama INTEC Education College merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam negara yang wujud sejak 1982.

Dahulu dikenali sebagai Pusat Pengajian Persediaan (Pusat Pendidikan Persediaan, PPP) sehinggalah pada tahun 2012 namanya ditukar kepada INTEC Education College.

Kejayaan INTEC melahirkan graduan profesional lagi cemerlang berkaliber menjadikan reputasinya amat baik di kalangan Intitusi Pengajian Tinggi dan industri di negara ini.

INTEC juga telah diberi mandat untuk melengkapkan persediaan pelajar cemerlang ke luar negara. Hari ini, INTEC terkenal sebagai perintis yang menyediakan wadah pendidikan kepada mahasiswa Prauniversiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional.

Yuran Pengajian INTEC Yang Mampu Bayar

INTEC juga tersenarai sebagai salah satu institusi pengajian swasta paling berpatutan di Malaysia. Menawarkan tuisyen, pendaftaran, buku, peperiksaan dan yuran lain bermula dari RM1,200.

Menerusi program Diploma di INTEC ini juga pelajarnya boleh mendapatkan bantuan kewangan pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program pembelajaran di INTEC, anda boleh layari: https://study.intec.edu.my

2 Comments

  1. SR April 17, 2023
    • nettyahhiyer June 16, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!