Sebenarnya cara masak bihun goreng simple ini mudah saja resepinya. Cuma penyebab bihun goreng tak mahu jadi lembut, sebab tak ikut arahan penyediaan pada pek bihun.
Ada orang sebut mee hon. Samalah tu, cuma nama dia je macam-macam. Makanan glamer memang macam tu lah.
Antara punca glamer ini, sebab tak ramai yang berjaya buat bihun goreng jadi lembut. Sayalah salah sorangnya dulu. Waktu level-level beginner tu, goreng bihun pun keras. Bila dah lama-lama, try and error. Hasilnya dah pandailah sikit. Dapatlah masak bihun goreng sedap lagi simple yang lembut kejadiannya.
Resepi Bihun Goreng Simple
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan Masak Bihun Goreng
- 1 pek Bihun Saga
- 5 ulas Bawang putih
- 15 tangkai Cili kering – rebus bagi lembut dulu.
- Segenggam Ikan bilis
- 1 sudu besar Gula
- 4 sudu besar Sos Char Koay Teow Mak Cun
- 3 sudu besar Kicap manis Mak Cun
- Sebiji Telur gred A
- 5 biji Tomato ceri – belah dua
- Segenggam daun kucai – hiris kecil. ini saya petik depan rumah
Cara Masak Bihun Goreng Simple Paling Mudah Dan Sedap
- Rendam bihun saga dengan air sejuk selama 2 ke tiga minit. Basuh bawah air paip. Saya masukkan balik dalam bekas, tak tos pun.
- Kisar bawang putih, cili kering dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
- Tumis bahan kisar seketika, saya masukkan gula. Kacau sebati sampai bilis, cili kering naik bau dan matang.
- Masukkan sos char koay teow dan kicap. Masa ini bolehlah seimbangkan rasa ikut yang anda mahukan. Kalau tak cukup masin, tambahkan sos, kalau nak manis lagi masukkan kicap. *sos char koay teow ini dah masin sebenarnya.
- Masukkan bihun. Takpe kalau termasuk sikit-sikit air tu. Kecikkan api, sesekali kacau.
- Nampak macam nak masak tu saya masukkan daun kucai dan tomato. Kacau lagi.
- Buatkan ruang kat tepi bihun tu, pecahkan telur kat situ. Saya titikkan sikit kicap dan biarkan kejap bagi telur masak.
- Lepas tu kacau bagi sekata dengan bihun tadi.
- Saya tak potong-potong pun bihun tu dalam kuali, sebab suka cara masak mihun tu panjang-panjang bergumpal tak putus.
Cara Rendam Bihun
Tips untuk merendam bihun dengan baik adalah anda perlu membaca arahan pada setiap pek bihun yang anda beli itu.
Kalau arahan meminta anda merendam bihun dengan air sejuk, maka ikutlah dengan merendamnya dalam air sejuk mengikut masa yang ditetapkan.
Jika perlu merendam dengan air panas, maka patuhlah pada arahan di pek bihun. Kerana setiap jenis bihun yang di jual di pasaran tak sama jenis.
InsyaAllah kalau ikut anda akan dapat menggoreng bihun yang lembut, sedap malah bihun tak putus.
Masak Bihun Goreng Simple Macam Kedai Cina
Alhamdulillah, gabungan sos dan kicap serta bihun Saga ini menjadi sungguh macam bihun goreng sedap yang saya bayangkan. Lembut, kenyal malah en Yem pun kata sedap.
Tetiba rasa macam makan resepi bihun goreng sedap kedai Cina.
Tapi taklah saya pernah makan bihun kedai Cina, cuma pernah nampak dalam rancangan TV yang pernah saya tonton.. hahaha. Over sangat saya kan.
Kalau nak cari kicap dengan sos tu contactlah jiran saya tu.
Okay, mudahkan cara buat bihun goreng ini. Selamat mencuba resepi bihun goreng simple ni!
Baca : Sedapnya resepi telur masak kicap viral perah limau
Cara Masak Bihun Goreng Resepi Mak Che Nom
Belajar sini cara masak bihun goreng ikut resepi bihun goreng Che Nom. Suka tengok video Che Nom ni, tenang je.
Tip Goreng Bihun Lembut Dan Kenyal
Setiap kali beli pek bihun. Baca betul-betul arahan penyediaan bihun yang tertera pada pek. Kerana setiap jenama mee hon yang ada di pasaran, tak sama cara penyediaannya.
- Ada sesetengah bihun, kena rendam air panas dulu. Ada yang tak perlu pun. Jadi bacalah arahan pada pek bihun tu betul-betul ya.
- Bila dah rendam bihun guna air dan dimasak, ada sesetengah bihun memang jenis kenyal dia lain macam. Ada yang gaul sikit pun dah hancur. Jadi, gunalah jenama yang anda suka dan biasa masak. Macam saya biasanya suka pakai bihun Jasmine. Sebab mi nya lembut dan kenyal.
- Terbaru, saya jumpa jenama bihun Saga. Sajalah beli di Lulu Hypermarket Setia City Mall. Bihun ni kena rendam 2 ke 3 minit dengan air sejuk.
- Tak sangka bihunnya pun lembut. Jadi, saya kongsi resepi bihun goreng sedap lagi simple saya di sini.
- Kalau dah ikut arahan penyediaan di pek dengan betul, biasanya saya tak campur air semasa menggaul.
Cara masak bihun ini guna api perlahan, beri masa pada bihun untuk jadi matang dalam kuali.
Alhamdulillah, Dapat Hadiah Infaq Set Combo Mak Cun
Masakan bihun kali ini sebenarnya memang saja buatkan ikut resepi suka hati saya. Inspirasi sos dan kicap Mak Cun yang jiran saya, Sarina Mohd Som jual.
Jiran saya Ina ini sedang menyertai rancangan realiti show Zero To CEO bersama Mak Cun, Erma Fatima.
Kiranya, perkongsian resepi saya ini juga sebagai tanda support penyertaan Ina. Saya doakan semoga Ina berjaya mencapai cita-citanya dalam rancangan TV itu.
Baca juga : Cara buat jem mulberi paling senang, siap jus
Tempoh hari kak Wa, hadiahkan saya set kombo Mak Cun. Dalam itu adalah kicap manis Mak Cun, sos char koay teow Mak Cun, sos sambal kicap pedas, sos sambal kicap meletop dan fucuk, suun keluaran Mak Cun.
Alhamdulillah.. meriah pemberiannya. Moga semakin murah rezeki kak Wa sekeluarga.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Tq sharing tips. Kadang bihun selalu keras.
sama-sama kak wa.. bihun saga tu insyaAllah lembut bihunnya.
aduhaiii terliur ..
kak azni pun selalu rasa fail masak bihun … kakak dkt ipoh masak mmg best .. adui lapar lah pulak
Aduh.. mesti sedap air tangan kakak Kak Azni.
sedapnya bihun. nak kena masak lah pulak…
Sila-sila kak Maizan.
Oo gitu caranya. Masak bihun nmpk senang tp susah sebenarnya nk dpt yg betul-betul jadi macam restoran
Tulah.. kadang macam nak gi perang. Padahal masak bihun je.
Menarik juga lepas nih boleh try Bihun saga nih dengan kicap tu pun Sy nak try juga nampak sedap bihunnye.
Terima kasih Bonde.. sila2
Assalamualaikum… memang diakui… masak bihun memang kadang jadi kadang idok .. huhu.. cap saga ni sha xpernah jumpa lagi.. selalu pakai jasmine..
Waalaikumsalam.. saya pun biasa pakai jasmine. Saga ini lebih kurang jasmine. Mudah dibentuk.. hihi
Tak pernah try lagi jenama bihun tu… Biasa guna jenama Jati je… Betul.. bihun ni ada banyak jenis… Ada jenis mudah nak dimasak… Ada jenis payah sikit…
betul tu.. ada bihun ni memang jenis keras dan jadi berderai pun iya.
betul² sesetengah bihun, dengan air sejuk pun dah lembut.
terima kasih untuk resipi nya
sama-sama.