SEO ranking ini saya belajar dan faham maksudnya sekitar tahun 2017. Waktu itu, permulaan saya terlibat separuh masa untuk pengisian content digital di majalah Mingguan Wanita.
Sebenarnya sejak tahun 2015 lagi saya sudah mula merisik tempat di unit digital Karangkraf. Ketika itu, saya sudah pun dipindahkan menjadi wartawan di majalah Keluarga.
Bekerja dengan majalah yang diterbitkan sebulan sekali, dengan majalah diterbitkan secara mingguan. Begitu besar jurang perbezaannya.
Di majalah bulanan (majalah Keluarga) tidaklah terkejar-kejar dengan deadline (tapi tetap juga terkalut-kalut di penghujung deadline. Hiks!)
Setahun di sini, saya kembali ke majalah Mingguan Wanita. Masa ini dah naik pangkatlah sikit. Jadilah timbalan editor. Tak sangka, tekanan kerjanya tersangatlah hebat.
Woah! mengedit artikel orang itu lebih stress dari buat artikel sendiri rupanya.
Dalam pada menguruskan kerja-kerja timbalan itu, saya diminta membantu Nadia, wartawan unit digital Mingguan Wanita. Untuk pengisian content digital.
Darah Tinggi Pun ‘Say Hello!’
Maka bermulalah hari-hari yang begitu ‘struggle’ sekali; editing content majalah dan pengisian content digital berjalan serentak. Rutin sebegitu lama-lama melemaskan saya, hingga ‘darah tinggi’ pun ‘say hello!’.
Sampai satu tahap, saya berdoa kepada Allah, semoga saya ‘dibebaskan’ dari semua beban dan dibukakan cabang rezeki yang lain.
Tapi laluannya tak semudah doa yang diucapkan. Ianya memerlukan kekuatan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bila ada ura-ura Karangkraf mahu memperkukuhkan unit digital di kesemua majalah terbitannya. Nak tak nak mereka perlukan seseorang untuk fokus dengan content digital tanpa diganggu kerja editing mahupun pengisian artikel di majalah.
Maka tertakdirlah saya untuk berpindah sepenuhnya di unit digital Mingguan Wanita pada tahun 2017 itu. Oh! Saya bahagia sungguh waktu itu. Terasa segala beban yang melemaskan itu sedikit demi sedikit beransur pergi.
Alhamdulillah, rasa bahagia kerana Allah mendengar doa saya. Walaupun memakan waktu bertahun, saya tahu Dia sedang mempersiapkan saya untuk sesuatu yang lebih besar.
nettyahhiyer.com
Belajar SEO Ranking Website Sendiri & Cara Jadikan Content Digital Ranking Di SERP
Dan dari situlah, bermulanya saya belajar tentang apa saja berkaitan SEO ranking, bagaimana mahu mendapatkan content di SERP (carta pertama carian Google), website, Google Analytics dan seumpamanya.
Belajar di YouTube, membaca di Google, mengkaji carian data Google Analytics ikut kefahaman sendiri (hahaha.. tak tahulah betul atau tak, tapi ilmu itu berjayalah buat Mingguan Wanita hit di unit digital)
Ya, saya belajar untuk menjadikan artikel ranking pertama di SERP dengan SEO yang betul. Dulu website Mingguan Wanita tiada plug in Yoast SEO, jadi buatlah sendiri semuanya.
Sekarang ini lebih mudah, sebab plug in itu membantu sungguh. Dan saya bersyukur kerana dapat kongsikan ilmu itu dengan rakan-rakan Mingguan Wanita yang lain.
Dan tahun ini, saya dapat belajar SEO dengan lebih detail dengan kak Azni, blogger modernmumthingy.com.
Pentingnya Headline Dalam SEO Ranking
Kenapa saya katakan SEO ranking ini sepenting headline cover majalah? Mungkin jawapan saya ini agak oldskool.
Dulu waktu jadi wartawan, Kak Nuri (editor saya di Mingguan Wanita) pernah berkongsi. Pesannya, kalau nak buat tajuk/headline majalah, pastikan tajuk itu akan buat orang berpaling dua kali tengok majalah Mingguan Wanita dekat rak majalah di kedai.
Iya! Headline itu perlu menangkap emosi pembaca.
Bezanya headline majalah tak sama dengan headline content digital. Yang mana, tajuk content digital ini lebih direct. Tak ada pun bahasa bunga-bunga atau puitis.
Namun, konsepnya tetap sama; ADA JIWA.
Apa pun, dalam penulisan kali ini, saya lebih kongsikan tentang perjalanan saya belajar SEO di peringkat permulaan. InsyaAllah, akan saya usahakan untuk menulis panduan mendapatkan ranking SEO di SERP. InsyaAllah.
IKUTI KISAH LAIN DI SINI : - Mingguan Wanita dari tabloid bertukar majalah - ‘Moving to digital’ yang serba mengejutkan - Deadline setiap minggu, mencabarnya jadi wartawan Mingguan Wanita - Panduan bawa anak keluar ke mall, ini cara selamat
- Follow : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
hi best student … student paling rajin nih .. macam macam dah dia explore kan
hahaha.. rajin menggodek je. Lepas tu pening sendiri.