Tengah hari itu, en Yem bawa aku ke SNE Klang. Sangat terkocoh2 sampai tak sempat nak makan, sebab nak kejar assignment jam 3 di KL. Sempatkah aku sampai ke sana? Risau plak aku lambat nanti? Sian orang tu datang dari jauh kalau aku lambat camane kan?
Jam 2.20 pm aku dan Abang Cip pun bertolak ke tempat itu. Dalam jam 2.50 pm aku call ‘orang itu’. Sedihnya, bila dia beritahu yang dia masih ada di Kuala Selangor (tanpa ada rasa bersalahpun, walaupun dia tahu aku dah sampai tempat temujanji itu). Hm…stress pun ada, bengang pun ada aku sms Miza (kesian kau Miza, terpaksa dengar masalah aku). Tunggu dekat 20 minit, aku try call ‘orang itu tanya di mana’. Dia kata dah ada di Kapar.
Ok, aku lega. Tapi…kenapa tak minta maaf? Sabar lagi, tunggulah kat situ tercangak2. Tempat tuh ada internet, tapi cuma boleh buka website syarikat tuh ada. Hampeh tahap cipan! Aku tersumpah tempat itu. Dekat 3.45 pm aku sms tanya ‘orang itu di mana’. Katanya dah sampai, tapi sampai sudah tak muncul2..mungkin cari parking kot. Dekat jam 4 lebih baru bayangnya nampak.
‘Orang itu’ menyatakan rasa bersalah’. Dan aku beritahu, “Kenapa tak call bagitau sampai lambat?” Respondnya, cuma “Oh, ya ke?” Sabarkan hati aku…petang itu aku dah tak boleh nak berpura2 yang aku ok. Aku rasa sure ‘orang itu’ dapat rasakan ketidakmesraan aku. Walaupun aku cuba tersenyum, tapi senyuman aku kelat.
Sesi bergambar berjalan dengan laju sekali (semua tahukan abang Cip kalau amik gambar lama mana?). Tapi petang itu, bila aku mulakan bicara, dia pun cepat2 simpan kamera. Aku tahu, dia pun bengang. Tapi tak tahu nak menunjukkan ekspressinya. Sesi temuramah aku petang itupun berjalan dengan lajunya. Soalan aku bertubi2 tapi tanpa emosi. Harap2 tak adalah ia mempengaruhi artikel aku nanti.
Aku minta diri dan masih sabarkan hati. Mungkin orang itu ada masalahnya sendiri. Tapi yang sedihnya, bila tanya “dah makan?” Oh jawapannya membuatkan aku sebal. “Dah, itu yang terlambat ini?”. Tidakkah dia tahu yang aku TAK MAKAN lagi?
Abang Cip bagi hint nak makan di kedai makan. Tapi emosi aku dah tak stabil. Mungkin dia faham mungkin tidak, perjalanan balik itu diteruskan tanpa menyinggah ke mana-mana kedaipun. Sedih gak, dia kata “takpelah abang minum dekat cafe sahaja,” huhu…
Sampai ofis, aku terus cari kumpulan sayap kiri. Wah! diaorang sedang bergembira..ada Dini (makeup artis yang hebat itu) mama rin, wawa, eton, kak julie, wani, ida, miza pun ada (tapi miza tekun bangat dengan pcnya).
Rupanya mereka sedang ikut kelas Dini mengajar makeup..hehehe..modelnya Wani. Elok je Wani bangun, aku pun terus amik tempat. Oh! Apakah ini? Adakah ketidakseronokan yang aku alami di Kuala Lumpur tadi telah diganti dengan keseronokan yang lain? Rezeki aku petang itu, bila Dini memberi sentuhan ‘simple’ tapi aku suka sekali. Bukan aku suka kerana aku dimakeupkan? Tapi keseronokan itu lebih bersifat spiritual.
Mungkin disebabkan aku bersabar dengan situasi sebelum itu, aku mendapat sesuatu yang ‘best’ selepasnya. Ia benar2 menguji bagaimana kita menghargai nikmat syukur yang Allah berikan. Sememangnya perjalanan hidup ini telah ditentukan olehNya. Kelambatan ‘orang itu’, kecepatan aku, ada kaitan dengan apa yang akan aku dapat petang2 hari itu. Bukan senang ya hendak menadah muka dan dimakeupkan oleh Dini (Dini kau jangan gelak dengan statement aku nih..dah taraf anak raja dah aku nih…hua..hua..hua).
Balik rumah pula, dapat makan masakan mak yang best. Suatu hari nanti aku pasti akan rindu untuk menikmati masakan mak. Selagi mak masih ada, aku mahu makan dan menikmatinya. Bila dah tua2 macam ini terasa yang aku pasti akan merindui ibu bapaku suatu hari nanti. Semoga bila tibanya saat itu, aku sudah benar2 bersedia. Amin…