Bila Mirza teringin menjadi Ultraman

Mirza sebelum bertukar menjadi raksasa..ahaks

Mirza Yadiy dah semakin mengerti. Banyak perkara yang makin difahami. Perihal kartun kegemaran pun dia sudah pandai memilih. Jangan ajak dia menonton kartun2 Walt Disney, dia kurang arif tentang itu. Beri dia siri2 Ultraman pasti dia boleh kenal yang mana satu Dyna dan mana satu Max malah Mebius sekalipun. Nama2 itu sudah begitu biasa di bibirnya. Sampai satu masa dia pernah bilang mahu menjadi seperti Ultraman yang punya kuasa memancar cahaya merah untuk membunuh raksasa.

Pasti tawaku berderai saat si kecil seusia 3 tahun (kala itu) boleh bercerita tentang impiannya mahu menjadi Ultraman. Sekarang dalam usia 4 tahun, dia masih lagi ‘chinta’ dengan hero pujaannya itu. Barangkali kurang galakan membuatkan Mirza semakin melupakan hasrat untuk terbang dan melompat bagaikan ultraman. Selalu juga aku pesan pada Mirza, simpan impian untuk jadi ultraman itu dan jadikannya satu kenyataan dengan terbangkan diri ke negara Jepun. Walaupun dia mengangguk tetapi aku tahu dia belum faham maksud kata-kataku itu. Cuma harapanku moga impian si kecil Mirza itu akan menjadi nyata setelah dia dewasa.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!