Kecintaan aku terhadap apple bermula dengan kecintaan aku terhadap en Yem. Dia penggemar dan tak kejam kot kalau aku katakan dia tuh ‘apple addicted’. Dan sekarang, ‘benda’ tuh dah menjadi satu pendapatan sampingan untuk dia; dialah tukang repair komputer/ laptop apple, tukang supply ipod apple, tukang jual laptop apple gak. Caiyok! suamiku..Kalau bukan kerana dia juga aku tak akan berpeluang nak menenyeh-nenyeh MacBook Silver yang sudah dibaluti ngan skin hijau ini.
Aku senang sekali, sebab aku dah semakin memahami macamana nak masukkan gambar sekali banyak dalam blog ini..terasa macam hendak terbang di awan biru je..la..la..la…
PS: Pix kat sebelah kiri tuh dapat menggambarkan keseronokan hati aku sekarang ini.
Sumber gambar: Dari internet