Menariknya game masak-masak online kanak-kanak di Culinary Schools ini. Ianya bukan sekadar game permainan online yang biasa.
Sebaliknya lebih memberi tumpuan pada makanan, penyediaan makanan malah seni kulinari. Anak-anak pun boleh juga belajar berniaga restoran dan menerima pendedahan kerjaya dalam bidang hospitaliti.
Paling penting, sepanjang bermain game kulinari online ini tiada iklan pop-up yang akan keluar di skrin handphone mahupun PC anda. Boleh saja anak-anak terus bermain dengan tenang.
Bagus juga sebenarnya jika dapat beri pendedahan kepada anak-anak murid sama. Waktu saya, explore game ini, nampaklah akan manfaatnya yang boleh buat anak-anak malah orang dewasa pun teruja sama.
Permainan Game Masak-masak Kids Games
Ada beberapa segmen menarik di laman kids games Culinary Schools Org ini. Antaranya anak-anak boleh belajar tentang makanan di segmen Food Education Games. Boleh juga memahamkan proses penyediaan hidangan di meja makan dekat segmen Serving Eaters. Kalau ada impian nak bergelar pramusaji itu, boleh mula belajar dari sini.
Anak-anak tentu seronok melakukan eksplorasi mereka sendiri nanti. Sambil main game masak-masak, dapat belajar benda baru berkaitan makanan.
Selain kids games, ada juga lain-lain game bertema makanan yang mengasyikkan. Misalnya, game ‘Snake’, Maze Attack Game, Music Game, Paint by Number Games.
Beratus Game Masak-masak Online Tersedia Untuk Anak
Contohnya macam game : Can I Eat It? ini. Anak-anak perlu meneka sama ada item yang ditunjukkan boleh dimakan atau tidak. Jawapan perlu diberikan ikut masa yang ditetapkan. Sesuai untuk anak-anak sekolah rendah ke bawah.
Ada lagi lebih beratus permainan online di Culinary Schools berkaitan makanan yang boleh dicuba. Misalnya, Nunnicula’s Koatic kitchen, Cooking Lobe, Hidden FoodThe Boiled Eggs dan Sweety Cooking Chocolate Cake.
Info Pertukaran Nilai Sukatan Dalam Bahan-bahan Makanan
Untuk anak-anak yang berdepan masalah nak tahu jumlah sukatan ikut ml, liter, kg, gram dan sebagainya. Bolehlah minta anak-anak rujuk di Recipe Ingredient Conversion Calculator.
Sebab apa, dekat sini ada carta online yang boleh terus buat tukaran nilai sukatan dengan mudah dan automatik dah dapat jawapan. Misalnya nak tahu sukatan,
- sudu kecil, sudu besar, cawan,
- auns, gelas, cawan
- Gelen dan liter
- paun dan kilogram
- kalori dan kilojolue
Dari sebesar-besar nombor, sampailah sekecil-kecil nombor boleh disukat menggunakan kalkulator di Culinary Schools ini.
Sukat Berat Badan Dengan Weight Loss Calculator
Sebenarnya laman ini pun sesuai untuk mak-mak yang sedang berdiet. Sebab ia menyediakan kalkulator yang boleh membuat kiraan berkaitan diet anda.
Apa yang perlu dibuat untuk memastikan diet anda tepat, rutin senaman yang betul hingga mencapai berat badan unggul yang anda mahukan.
Di Weight Loss Calculator ini anda cuma perlu memasukkan jumlah berat, tinggi, umur dan aktiviti yang dilakukan. Nanti dia akan buat kiraan untuk anda.
Berpandukan data itulah nanti anda boleh buat perancangan diet yang tepat. Tidaklah nanti terjadinya diet yoyo. Sekejap naik, sekejap turun berat badan itu.
Sukat Lemak Badan Pun Boleh
Jangan tak tahu, dalam game masak-masak di Culinary Schools.org ini pun ada Body Fat Calculator. Lemak berlebihan ini sebenarnya memang tak baguslah untuk tubuh kitakan. Boleh sebabkan kolestrol tinggi pun iya.
Kalau dapat jaga dari awalkan lebih baik lagi.
Jadi, cubalah buat kira-kira ini dengan Body Fat Calculator. Boleh dapat anggaran asas apabila anda memasukkan jumlah berat, tinggi, umur dan jantina. Isi ikut apa yang diperlukan.
Untuk dapatkan jawapan lebih tepat, kemudiannya baru anda boleh buat ukuran guna pita pengukur.
Data yang diperoleh di sini pun boleh jadi panduan untuk anda menurunkan berat badan nanti.
Workout Calculator
Okay, ini memang menarik. Sesuai lah untuk anak saya si Zarif tu yang nak sangat turun berat. Sikit-sikit sebut pasal kalori. Hahaha. Jadi, bolehlah saya tunjukkan Workout Calculator ini dekat dia.
Biar dia guna sampai lebam.
Ianya untuk buat anggaran kalori yang berjaya dibakar selepas membuat kira-kira 20 senaman berbeza. Cuma perlu masukkan tinggi, berat, umur, jantina dan semana yang berjaya dilakukan dan berapa lama bersenam.
Kalkulator ini membolehkan anda memilih sehingga 200 jenis senaman.
Cara untuk dapatkan tubuh yang ideal. Sebab itu, saya kata ianya bagus untuk anak-anak sekolah. Bukan sekadar bermain game masak-masak online sebenarnya, banyak input ilmu yang boleh mereka tambah.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Blhla download utk sofea nnt
Sila-sila..