Sekali langkahku terhenti

Gambar ini diambil waktu Mirza berusia 3 tahun di Lenggong, Perak. Sebelah Mirza itu kakak Farah (anak kak Laili).

Adusss…rasanya dah 2 ke 3 hari aku tak update blog ini. Malam Sabtu, janji dengan Eton dan Wawa nak online. Tapi Kak Laila sefamily dan Kak Lin sefamily datang ke rumah. Adus! terkejut ‘beruk makye’ aku..mana nak cari lauk nih!. So rembat sahaja apa yang ada kat dalam peti ais aku yang serba daif itu. Waaaa..cuma ada pekasam dan sayur taugeh sahaja. Huh! Dahsat sekali lauk aku malam ini!

Memandangkan rumah aku dekat dengan kedai makan. en Yem sempat meng’order’ sate kambing yang aku rasa paling ‘hebat’ tahap walla sekali. Bukan guna kuah kacang tau..tapi kuah kicap + black papper + kobis + tomato + bawang (versi Padang gitu). Ada gak nasi ayam penyet. Yang ini memang paling syok sekali. Walaupun kedai pakcik itu kecil sahaja, tapi masakannya aku rasa very the tip top kalau nak dibandingkan dengan sate kambing yang ada kat hotel 5 star.

Walaupun acara makan malam agak lewat sikit, tapi aku tengok berselera gak dema nih makan. Mungkin gak kitaorang dah lama tak buat family gathering macam ini. Dulu, rumah Kak Lin jadi tempat kitaorang melepak. Sekarang rumahku pula…(dalam hati berdoa panjang moga dimurahkan rezeki untuk upgrade rumah aku nih).

Dalam pada itu, aku kembali teringat janji kat Eton. Dia dah tak sabar nak tahu kesudahan kisah Adik. Huhuhu…nak tak nak aku kena gak tunaikan..Sabar ya Eton..

Tags:

2 Comments

  1. azliana September 1, 2010
  2. Netty Ah Hiyer September 6, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!