Pelakon Mat Kilau, Dato Jalaluddin Hassan membintangi Teater Tanjong ‘Dari Pilah Ke Istana Budaya’. Beliau memegang watak Dato’ Perdano Andika.
Yang mana, Dato Perdana ini nanti akan berdepan konflik berpanjangan dengan Buroq, anak Penghulu Luak Tanjong.
Teater Tanjong merupakan naskah sejarah berlatar belakangkan Adat Pepatih Negeri Sembilan. Sebelum pementasannya, ia telah dipertonotnkan kepada pakar-pakar dan Dato-Dato Adat.
Dan Tanjong telak diterima baik dan disahkan untuk dipentaskan.
Membaca sinopsis Teater Tanjong ini mengingatkan saya pada arwah ibu mentua. Sewaktu hayatnya, setiap kali saya pulang ke kampung ibu mentua saya akan menceritakan susurgalur darah keluarganya dengan Pagaruyung.
Sayangnya, saya cuma menantu yang mampu mendengar cerita-cerita lama arwah mentua. Tetapi saya gagal untuk menghayatinya. Dan sampai satu masa pernah saya terfikirkan semua itu mitos semata.
Tapi gambaran sebegitu sekejapan saja.
Kerana, jika tiada sejarah tiadalah kita hari ini. Sejarah yang gagal dibukukan itulah yang akhirnya menjadi mitos.
Justeru, usaha mementaskan Teater Tanjong yang dilakukan penulis, pengarah Prof. Dr AhmadRashidi Hasan bak merekodkan sejarah untuk generasi seterusnya.
Sinopsis Teater Tanjong ‘Dari Pilah Ke Istana Budaya’
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor.
Mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung.
Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu. Dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.
Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia. Ini mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan.
Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano. Namun, Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa.
Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.
Tanjong ialah seorang gadis ayu anak Dato Penghulu Luak Tanjong (adik Buroq) yang dalam percintaan dengan Anjang, anak Dato Perdano.
Ketika Tanjong diculik oleh Ba’ai, Orang Gunung dia telah diselamatkan oleh Dabur, abang Anjang. Dabur (seorang bongkok) menuntut untuk memperisterikan Tanjong kerana telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Tanjong.
Perebutan cinta Tanjong oleh kedua beradik ini menambah konflik di bumi Tanjong.
Bermulanya Dengan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Teater Tanjong merupakan sebuah karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan.
Tiada siapa menyangka, Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat.
Kini, akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya.
Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlangsung dari 9-11 September 2022.
Baca juga : Bertemu Syed Ali Di Studio Karangkraf
Pelakon Teater Tanjong Turut Dibintangi Dato’ Jalaluddin Hassan
Teater Tanjong ini dianggotai seramai 150 tenaga kerja termasuk pelakon, pemuzik, pesilat, petugas belakang tabir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas.
Turut disertai 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Teater Tanjung juga dibintangi pelakon handalan,
- Datuk Jalaluddin Hassan,
- Kartunis Ujang dan
- Penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan, Ulong Bakar.
Baca juga : Pelakon Risik Pada Hati buat penonton geram
Keunikan Teater Adat Perpatih ‘Tanjong’
Dalam teater purbawara Adat Perpatih ini juga akan dipersembahkan,
- Seni Tarian Negeri Sembilan iaitu tarian piring dan tarian tradisional
- Permainan alat muzik masyarakat Negeri Sembilan antaranya Chak Lempong @ Talempong dan tumbuk kalang.
- Nyanyian dan lagu tradisi dari ilham lagu rakyat Negeri Sembilan
- Seni Teromba atau puisi adat
- Bersembahan Bongai yang juga dikenali sebagai Latak Kuda, Rentak Kuda atau Petasih
- Seni silat Melayu
- Loghat Negeri Sembilan
- Adat istiadar Kerjan atau Menabal
- Pakaian dan budaya setempat
*Dress Code ke Istana Budaya
Objektif Pementasan Teater Tanjong
Dengan latar cerita sejarah, pementasan Teater Tanjong bertujuan untuk memberikan wadah kepada anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR.
Agar dapat melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat dalam aktiviti kesenian dan membentuk keyakinan diri.
Sebahagian keuntungan teater ini akan disalurkan semula bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan mereka yang memerlukan.
Kesungguhan semua pihak dalam pementasan ini mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia MOTAC.
Malah, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan.
Pementasan teater ini juga mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi.
Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan PRISMA.
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong.
Dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih.
Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai.
Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
Sila lock tarikh ini : 9 - 11 September 2022 untuk menyaksikan teater Tanjong bersama anak-anak.
Tiket Teater Tanjong
- Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022
- Untuk pembelian melebihi 10 tiket dan ke atas, nikmati diskaun 10% menggunakan PROMOCODE TANJONGBULK10
Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang ini :
Website Pembelian Tiket : https://ilassotickets.com/event/tanjong/
Layari juga : www.teatertanjong.com.my
Lokasi : Istana Budaya Kuala Lumpur, Panggung Sari Istana Budaya, https://goo.gl/maps/NDtoVjwzT2vezhXf6
Untuk keterangan lanjut hubungi :
Prof Dr. Ahmadrashidi
Sutradara
+60 11-6562 5009
Norsyuhada Ahmadrashidi
Penerbit
+60 19-670 7943
Mesti mantap teater ni!