Pelakon popular Azhar Sulaiman tak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Bukan sekadar berlakon dan pengacara, malah seorang arkitek dan pereka yang hebat.
Beliaulah yang bertanggungjawab mereka beberapa buah banglo yang menjadi kediamannya dan keluarga mentua yang dinamakan Bustanu Pahamin.
Sewaktu saya bertugas di Mingguan Wanita, pernah lah juga saya menjejak ke kediaman pelakon filem Abang 92 ini. Memang cantik dan sempoi betul abang Azhar ini.
Baca juga : Zizan Razak : biodata, filem lakonan dan gosip cinta 2023
Biodata Azhar Sulaiman
- Nama penuh : Azhar Sulaiman
- Tarikh lahir : 22 Julai 1971 (umur 52 tahun)
- Asal kelahiran : Bentong, Pahang
- Pendidikan : Diploma Senibina di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Newcastle Upon Tyne.
- Kerjaya Seni : Pada tahun 1998, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cinta dan Sayang (bersama pelakon wanita Norlida Ahmad ‘Connie). Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1990/1991. Era 90-an, Azhar antara pelakon terlaris filem Melayu. Wajah kacaknya banyak melakonkan watak romantis dalam filem dan drama. Antaranya, filem Interlud, filem Abang 92. Masih aktif berlakon dan mengacara hingga ke hari ini.
Keluarga Azhar Sulaiman
Ibu Bapa
Azhar merupakan anak kepada Sulaiman bin Ismail dan Wook binti Mat Adan. Bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab merupakan seorang penjawat awam dan tokoh korporat di negara ini.
Pasangan
Pada 23 Julai 1995, Azhar mendirikan rumahtangga dengan Chempaka Emalin Pahamin. Azhar gemar memanggil isterinya dengan panggilan manja, Maling. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Isteri Azhar Sulaiman ini merupakan anak Allahyarham Datuk Pahamin Abdul Rajab yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad.
Baca juga : Tonton drama Kerana Cinta Itu Ada Di Disney+ Hotstar
Anak-anak Azhar Sulaiman
Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora (lahir pada 1998) dan dua pasangan kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin (lahir pada 2002). Kerapkali juga Azhar diuji dengan kontroversi yang melibatkan anak gadisnya. Namun, sebagai bapa penyayang beliau kalis kontroversi.
Kerjaya Lakonan Azhar Sulaiman
Filem Popular Yang Lakonan Sepanjang Karier
- 1990 – Mira Edora – filem arahan Zulkifli M. Osman yang dilakonakan bersama Julia Rais, Mustafa Kamal, Sofia Jane
- 1992 – Interlud
- 1993 – Abang 92 (filem lakonannya bersama Deanna Yusof yang menjadi fenomena ketika itu)
- 1995 – Bisikan Cinta (filem romantik bersama Maria Farida), Jimi Asmara, Sayang Salmah
- 1996 – Impian, Litar Kasih
- 1999 – KLU
- 2006 – Cicak Man
- 2007 – 1957: Hati Malaya
- 2012 – Jangan Pandang-pandang
- 2020 – Keluarga Iskandar, Bikin Filem
- 2022 – Rompak
Drama Terkenal Sepanjang Kerjaya
- 1989 – Cinta Dan Sayang (merupakan drama lakonan pertama Azhar)
- 1993 – Keluarga Ithnin, Lepak, Roda-roda Kotaraya
- 1996 – Cinta Korporat
- 1997 – Cinta Antara Benua
- 1999 – Romeo & Juliet
- 2001 – Astana Idaman
- 2006 – Mya Zara
- 2007 – Manjalara
- 2008 – Bella, Ampang Medikal
- 2012 – Keluarga Iskandar
- 2015 – Hati Perempuan, Dunia Generasi Baru
- 2016 – Isteri Tuan Ihsan
- 2022 – Budak Tebing 3
- 2023 – Projek: High Council, Kau Yang Bernama Seri, Bunga, Aku Tunggu, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu.
Kerjaya Senibina
Sewaktu menjadi arkitek di Firma Arkitek di Malaysia dan London, United Kingdom, Azhar banyak terlibat dalam beberapa projek senibina.
Antara senibina yang mendapat sentuhannya adalah Design Nexus Architect Kuala Lumpur (2004), Adifazli Architect di Kuala Lumpur (2011).
Beliau juga pernah berkongsi keindahan 6 kediaman keluarga mentua di Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan senirekanya.
Akuinya tidak mudah untuk membina enam kediaman atas tanah yang curam. Yang mana, di bawah tanah kediaman itu terdapat batu granit kelas A.
Anugerah Diterima
- Anugerah Pelakon Pembantu Popular 1996
- Anugerah Pelakon Paling Kacak Media Hiburan
- Tempat ke tiga Hero Remaja 1990/1991
Azhar Sulaiman masa muda ini memang seringkali menghiasi cover majalah terbitan Karangkraf. Sebab wajah kacaknya dan personalitinya yang mudah mesra dengan sesiapa itulah yang buatkan peminat tidak menjauh darinya.
Baca juga : Review novel Terima Kasih Allah
Media Sosial
Azhar Sulaiman juga aktif berkongsi kisah hidupnya di media sosial baik instagram mahupun facebook. Baik perkembangan peribadi, kerjaya lakonan malah kisah anak-anaknya.
Walaupun sesekali bapa ini terpalit dengan kecaman netizen terhadap anak gadisnya, Azhar tidak melatah. Malah, menangani isu anak-anaknya dengan baik di laman sosialnya.
Sehingga ke hari ini, nama Azhar Sulaiman kekal relevan di kalangan peminat hiburan tanah air.
Azhar Sulaiman suka lakonannya zaman muda dahulu… watak best-best